Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, 17 January 2019

Lebih 2 tahun kereta “Total Lost”. Tiba² nampak dijual kata “Free Accident”


Kereta terpakai seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu membeli kereta baru. Ditambah dengan keadaan kereta terpakai yang kelihatan seprti baru, ramai yang gahirah membelinya tanpa memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih dahulu.
Walaupun tertera di dalam iklan mengatakan kenderaan itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan, jangan ambil langkah mudah dengan terus mempercayainya kerana bimbang anda menjadi mangsa penipuan.
Seperti kes terbaru yang berlaku ini, sepasang suami isteri terkejut apabila kereta milik mereka yang telah mengalami kemalangan dan diisytiharkan ‘total lost’ dijual semula di sebuah laman web jual beli dengan mendakwa bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Moga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada semua agar tidak terpedaya dengan penjual yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Hati-hati dengan beli kereta second hand.

Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya accident di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.


Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan  itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free accident, low mileage.


So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.

Sumber : Pemilik minta rahsiakan via siakapkeli

6 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI DARIPADA MEKANIKA.COM.MY

1. KONDISI

Ini adalah kata kunci yang paling penting. Maksud kami sangat penting sebab segalanya bermula dari sini. Ya. Kami faham anda mungkin tiada pengalaman memeriksa kereta secara teliti. Itulah pentingnya bawa kenalan atau mekanik yang arif tentang kondisi kereta.


Periksa bahagian badan terlebih dahulu. Jika kereta pernah kemalangan teruk, dibaiki macam mana pun tetap pengendaliannya ke laut. Perlu diingat, kereta-kereta begini sangat banyak di pasaran dan pembeli amatur adalah mangsa mudah. Kereta banjir pun satu masalah juga.

Periksa bahagian tersembunyi yang sukar dilihat mata kasar seperti di bawah pelapik bonet belakang, sekeliling getah pintu dan bawah karpet lantai. Bahagian cantuman (joint section) seperti fender kepada kerangka, pillar kepada kerangka seharusnya perlu kemas catatan rivet, tiada kesan buka pasang dan warna cat mesti sekata. Mereka yang mahir mesti dapat membezakan cantuman yang dibuat di kilang berbanding kerja kimpalan mekanik bawah pokok. Itulah perbezaan kerja tangan manusia dengan tangan robot.

Periksa bahagian mekanikal supaya semuanya berfungsi. Nampak remeh tetapi JANGAN sesekali abaikan. Melainkan anda seorang kaki DIY dan mampu baiki sendiri kerosakan kecil. Pastikan semua tingkap kuasa berfungsi, lampu, indikator penting pada paparan meter dan ABS. Tapi janganlah minta jurujual uji airbag pulak, nampak sangat kau tak reti.

2. PANDU UJI

Ini langkah kedua yang penting. JANGAN sesekali beli kereta tanpa pandu uji sebab mata kita mungkin menipu. Sebelum pandu uji, hidupkan enjin kereta dan biarkan melahu 10 hingga 15 minit. Uji tahap kesejukan penghawa dingin, tengok radiator cukup sifat ke tidak, cuba telek bahagian bawah enjin kalau-kalau ada lelehan pelincir atau cecair kotak gear.

Waktu enjin melahu dan masih sejuk, tekan brek dan cuba masukkan gear “R” dan “D” untuk kereta automatik. Bagi kereta manual, masukkan kesemua gear dan pastikan gear ini terkunci sewaktu tuil dimasukkan. Kereta yang bermasalah kotak gear biasanya dia buat bodoh saja kalau anda masukkan gear waktu enjin sejuk. Bila dah panas baru gear terkunci. Ini petanda masalah besar, jangan maki jurujual tersebut. Pergi cari kereta lain lah.

Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi. Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang dah hampir meninggal dunia dan seretan brek. Ini adalah benda-benda pakai lusuh, cuba bincang dengan jurujual kalau boleh diganti baru atau dibaiki.

3. UTAMAKAN KERETA DENGAN REKOD SERVIS

Jika ia adalah satu pilihan, maka kami sarankan anda memilih kereta yang ada rekod servis buku log. Waktu dibeli baru, setiap kereta dibekalkan dengan buku rekod yang ditandakan oleh pusat servis setiap kali kereta diselenggara.

Perlu diingatkan kebanyakan kereta baru hari ini disertakan dengan servis penyelenggaraan percuma. Jadi, setiap rekod servis ini akan dicatat. Apa yang telah diganti dan tahap mana perbatuan perjalanannya direkodkan.

Tak mengapa kalau tiada rekod servis sebab sesetengah pemilik mungkin lebih arif dengan kepakaran mekanik luar. Pemilik yang bagus akan menyimpan bukti resit servis dan setiap pembaikan yang telah dibuat.

4. PERIKSA DOKUMEN

Nah. Ini lah ramai yang abaikan. Minta jurujual tunjukkan geran asli. Pastikan setiap perincian dalam spesifikasi adalah tepat tanpa pindaan. Cuba lihat bahagian kolum nombor enjin dan casis dan pastikan ianya sama dengan kereta yang hendak anda beli.

Di bawah kolum spesifikasi ada kolum kecil yang biasanya ditulis dengan “hakmilik dituntut oleh bank cekik darah bla bla bla”, pastikan ia telah dicop sebagai “DIBATALKAN” oleh pihak JPJ. Selain itu, pastikan tiada SEKATAN.

Sesetengah kereta mempunyai batasan tukaran milik seperti kereta import bukan AP terbuka khususnya kereta yang diimport masuk secara persendirian oleh pelajar/pekerja luar negara yang tak boleh dipindah milik dalam masa 24 bulan dari tarikh didaftarkan.

Ada sesetengah kereta yang diberi perlepasan tertentu oleh JPJ dan ia tertakluk di bawah sekatan tadi. Kereta-kereta ini biasanya tidak boleh dipindah milik langsung.


5. SEBUT HARGA BERTULIS

Minta sebut harga RASMI dan BERTULIS sebelum membayar sebarang wang tempahan. Ini penting ketika anda berurusan dengan kedai used car. Pastikan ia disahkan oleh peniaga tersebut dan bukannya setakat level jurujual. Salesmen kereta bukan semuanya kerja tetap di satu-satu tempat. Mereka mungkin broker yang menjadi orang tengah membawa anda sebagai pembeli.

Pastikan sebut harga tersebut ditulis jelas tentang setiap item. Misalnya, harga kereta, yuran pemprosesan, insuran, cukai jalan, kos tukar nama, pemeriksaan puspakom, sewa cermin (jika ada) dan upah runner. Pastikan juga kos GST dimasukkan sekali dan ditulis dengan JELAS dan TERANG. Dapatkan harga terakhir setelah semuanya dikira. Harga ON THE ROAD adalah penentu kereta itu berbaloi dibeli atau sebaliknya.

Saya pernah jumpa sebuah kedai yang letakkan harga murah dari kedai lain, tapi bila semak semula yuran pemprosesannya memang rasa nak karate tiang kedai itu. “Processing fee” saja dia telan RM2,500. Gila. Dah boleh beli EX5 sebiji.

Kalau dah berpuas hati, barulah bayar deposit dan minta RESIT bayaran. Pastikan klausa perjanjian yang adil. Misalnya jika pinjaman ditolak bagaimana? Perlu dipulangkan deposit? Ditolak 10 peratus?

6. PELEPASAN TANGGUNGAN

Selepas langkah-langkah di atas semuanya berjalan lancar dan pinjaman diluluskan, tibalah masanya anda mengambil kereta. Mesti tak sabar nak bawa balik Kodiang kan? Nanti dulu. Sebelum berpindah kunci, membayar baki deposit dan menandatangani perjanjian bank, periksa semula sebut harga tadi supaya tiada apa yang ditambah.

Jika ada menjual kereta (trade in) kepada kedai tersebut, sila pastikan SEBUT HARGA asal diperoleh secara bertulis. Ni tidak, masa nak trade in cakap RM20K, bila dah nak ambil kereta baru jadi RM19K.

KESIMPULAN

Membeli kereta terpakai memerlukan pengetahuan supaya anda benar-benar dapat harga yang berbaloi dengan wang dibayar. Kami pernah senaraikan kereta keluarga paling bernilai dengan harga di bawah RM5,000. Ia masih pembelian berbaloi untuk mereka yang berbajet kecil.

Antara cara lain yang lebih jimat ialah membeli secara terus dari pemilik asal. Anda boleh semak di laman web seperti mudah.my, motortrader dan carlist.my. Berurusan sendiri dengan pemilik kereta menghilangkan kos-kos seperti yuran pemprosesan dan GST. Ia mungkin sedikit leceh sebab semuanya perlu dibuat sendiri, tetapi matematik akhirnya anda tetap dapat berjimat banyak.

Sumber: mekanika.com.my

Saturday, 12 January 2019

Tips Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual (Serius Smart)


Ikut jadual waktu adalah benda paling annoying waktu zaman sekolah. Apasal la waktu kita sekolah dulu tak tahu pun cara ni

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni saya nak kongsikan cara saya susun buku sekolah anak-anak mengikut jadual. Cara ni memang saya dah praktikkan sejak Faris darjah 2. Tahun ni pun dia dah darjah 4, so, dah dua tahun saya kaji keberkesanan cara ni. Sekarang Alisya darjah 1 pun saya gunakan cara yang sama.

Cara ini saya rasakan agak praktikal dan sistematik untuk saya dan anak-anak. Yang paling penting anak-anak saya boleh urus sendiri buku-buku mereka ikut jadual kelas. So, tak perlulah saya nak susun buku mereka, sebab confirm mereka boleh buat sendiri.

Apa yang diperlukan cuma:

1. File – cari file yang ringan dan tidak tebal. Dari pemerhatian saya, button file atau velcro file, sesuai untuk anak-anak. Tak berat sangat dan mudah untuk digunakan oleh anak-anak. Satu file untuk satu subjek. Macam Alisya ada lapan subjek, so lapan file. Setiap file akan diisi dengan buku teks, buku aktiviti dan buku tulis. Konsepnya 1 file, 1 subjek. Bagi buku yang ada dua jilid (biasanya buku BM, BI dan Maths), untuk enam bulan pertama masukkan buku jilid satu sahaja. Buku jilid dua biasanya hanya dipakai selepas anak-anak selesai ujian pertengahan tahun.


2. Label – saya gunakan Labelmaker DYMO untuk menandakan file dengan nama subjek. Atau anda boleh print je subjek-subjek yang ada kemudian tampal pada file tu. Label yang dibuat, haruslah berdasarkan jadual waktu kelas anak-anak. Maksudnya kalau untuk subjek Matematik ditulis sebagai MATHS di dalam jadual, maka labelkan MATHS juga pada file berkenaan. Tujuannya supaya anak tidak keliru, semasa menyusun buku nanti.


Labelmaker DYMO masa saya beli tu, harganya RM39.90 satu set di Jusco

Contoh file yang telah dilabel. Label seperti apa yang ada dalam jadual.

3. Jadual waktu kelas – semestinya jadual waktu kelas anak-anak. Dengan adanya file mengikut subjek ini, maka anak-anak hanya perlu membawa file subjek yang berkenaan mengikut hari.


Contoh jadual waktu kelas. Label perlulah ikut seperti ditulis pada jadual kelas.

Kelebihan buku disusun mengikut subjek di dalam file.

1. Memudahkan anak-anak untuk menyusun sendiri buku mengikut jadual kelas.

2. Anak-anak hanya perlu keluarkan file yang berkenaan semasa di dalam kelas. Jika waktu BM, maka file BM yang dikeluarkan. Anak-anak tak perlu lagi mencari satu-satu buku di dalam beg. Habis waktu BM, mereka hanya perlu simpan semula buku-buku BM di dalam file dan keluarkan file subjek berikutnya. Sama juga bila nak siapkan kerja rumah, mereka hanya perlu keluarkan file yang berkenaan. Senang!

3. Seperti yang kita sedia maklum, jadual kelas anak-anak biasanya akan dirombak beberapa kali dalam setahun. Dengan adanya file subjek ni, maka tidak timbul masalah untuk melabel semula semua buku, mengikut jadual waktu baru.

Saya juga pernah menggunakan kaedah
yang pernah viral seperti ini, tapi tidak praktikal
untuk saya dan anak-anak. Jadual sekolah anak-anak
bertukar setiap 3 bulan.

4. Kalis air dan minyak. Macam mana tu? Disebabkan Faris memang hari-hari bawa bekal, kadang-kadang tertumpah sup ke, minyak ke pada buku-buku yang dibawa. Macam tu juga kalau hari hujan, mesti buku basah. Sejak saya masukkan buku-buku dalam file, alhamdulillah buku-buku selamat… InsyaAllah.

Inilah cara saya susun buku sekolah Faris dan Alisya. InsyaAllah, file ni tahan lama, ia bukanlah item yang perlu diganti setiap tahun. Setakat ni untuk Faris, dia masih pakai file dari darjah 2. Saya cuma gantikan tiga ke empat file, sebab file tu dah rosak dan koyak.

Moga entri ini bermanfaat buat ibu bapa yang mencari solution untuk menyusun buku sekolah anak mengikut jadual… Thanks for reading!

Bahaya! Rupanya Jangkitan Cacing ini Yang Boleh Buat Anak Kita Pendek Dari Kawan Sekelasnya!


Kalau tak percaya Paklong cakap, cuba lepas anak kita yang pendek pendek ni berak, hampa pi belek di tahi dia  ada tak cacing putih macam gambar yang Paklong tunjuk dalam ni. Kompem  ada !  🙁

Secara jujurnya bila kali terakhir makan ubat cacing? Jika sering rasa letih,tak sihat, sakit perut, batuk teruk berpanjangan dan sebagainya mungkin merupakan tanda, tubuh badan ada jangkitan cacing!



Bahaya sebenarnya jika cacing-cacing ini dibiarkan ‘membiak’ didalam badan kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan pada kesihatan.

Berikut merupakan perkongsian nota ringkas mengenai jangkitan cacing oleh Dr Abdul Rahim Nor sebagai panduan.

1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dalam usus anda.

2.Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia.kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah immune & kebersihan tak dijaga.

3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1 tahun 6 bulan. Ubat Albendazole/Mebendazole yang hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pada cacing & cacing kehilangan tenaga & mati.

4.Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.

5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain-lain binatang peliharaan..

Tanda-Tanda Ada Infeksi Cacing
* Keluar cacing daripada lubang najis atau nampak cacing pada najis.

* Gatal dubur.

* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit

* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.

* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam

* Tiada selera makan, pucat

* Kurang berat badan walaupun selera makan ada

* Menggesir gigi ketika tidur malam.

* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru2.

Cara-cara Elak Jangkitan Cacing
* Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.

* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum makan.

* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.

* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.

* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.

* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.

* Namun, wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing!

Kesan Sampingan Infeksi Cacing
1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah tak henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.

2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.

3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.

4.Ada cacing hisap darah menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

Jadi jangan pandang acuh tak acuh.Bahaya jangkitan cacing ni.

Cara Nak Bunuh Cacing
1.Makan buah tomato mentah atau

Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.

3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

Kredit: Dr Abdul Rahim Nor

Wednesday, 9 January 2019

Baca Zikir Ini Ketika Memasak. Insyaallah, Anak Takkan Degil Dan Melawan Cakap Kita


Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?
Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.

Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan). Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak. Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Sumber: limaumanis.com
Kredit: islamagamaku.net

Tuesday, 8 January 2019

Inilah Cara Mengenal Pasti Restoran Mamak MUSLIM Atau Tidak. CHECKMATE!!


Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu. Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyem   belih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipo pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyem    belih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Jom kita lihat bagaimana nak kenal pasti restoran mamak muslim atau tidak:

1. Hari Deepavali adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka. Tapi tengok juga,kadang-kadang kedai mamak memang suka masak kambing saja. Kari kambing mabeles.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Kadang-kadang mereka sudah bijak. Setakat bagi salam pada pekerja-pekerja india bukan Islam itu apa lah sangat. Mereka kadang kala sudah pandai,dan  boleh sponta menjawab. Jadi kita teruskan ujian kedua,suruh mereka baca al-Fatihah atau lafaz syahadah. Kalau boleh baca,sah la mereka memang muslim. Boleh oder roti banjir dua. Kalau gagap-gagap tak tau baca. Tau dah ni mamak ori ke mamak celop.

5. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

6. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

Sumber: Kepoh kuat

Silap lapor polis bongkar restoran ‘Islam’ bukan milik muslim

Sebuah restoran di Seksyen 25, Shah Alam – yang menggunakan nama Islam dan tulisan jawi pada papan tandanya diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), gara-gara laporan polis dibuat pemiliknya terhadap lelaki yang menampar pekerjanya.

Kejadian bermula apabila pekerja restoran terbabit ditampar kerana menegur pelanggan menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

Pemilik restoran itu yang tidak puas hati membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Malangnya, laporan itu membongkar siapa sebenarnya pemilik restoran ‘Islam’ itu – bukan muslim – dan cuba mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran di dalam premisnya.

Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian Pengurusan Halal JAIS dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, melakukan serbuan, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja restoran itu, termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja sahaja beragama Islam.

Sumber memberitahu, terdapat ayat al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan penganut Hindu.

Pemeriksaan juga mendapati kebersihan premis tidak memuaskan dan bahagian pemprosesannya terlalu kotor, sementara bahan mentah, serta peralatan memasak diletakkan di atas lantai.

“Produk daging juga diperoleh daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel. Pemilik premis diarah mendapatkan daging yang mempunyai sijil halal.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, kedua-dua pemilik restoran terbabit tiada di lokasi kejadian,” kata sumber itu yang mengesahkan premis terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk mematuhi arahan dan perintah dikeluarkan.

Ketika dihubungi hari ini, pegawai JAIS mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan di restoran terbabit.

sumber: ismaweb

Tolong Jangan Hantar Anak Ke SJKC Kalau…Nasihat Sangat Berguna Kepada Ibubapa


Saya yakin sebab utama ibubapa Melayu memasukkan anak ke SJKC kerana inginkan anak mereka boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin atau sekolah itu paling hampir dengan rumah mereka.
Jangan hantar anak ke SJKC jika anda tidak bersedia. Apa persediaannya?

1. Jelaskan kepada anak anda apakah tujuan anda menghantar mereka.

Anak sulung saya, Faqihuddin pernah menangis ketika berumur 6 tahun ketika pra-sekolah SJKC kerana tidak dapat menjawab soalan peperiksaan Bahasa Cina manakala anak kedua saya pernah mempertikaikan “Kenapa Abah hantar Saifullah ke sekolah CIna? Saifullah tak nak”. Oleh itu, ibubapa jangan ‘remote’ anak sesuka hati tanpa memahami perasaan anak. Hantarkan sahaja anak ke SK jika anda mahu mereka lebih berjaya.

2. Siapkan ilmu agama sebaiknya, bukan harapkan ustazah di SJKC

Kalau di SK, sebelum masuk tandas dan sebelum makan di kantin, ada la juga doa ditulis sebagai peringatan untuk pelajar muslim. Suasana dan persekitaran di SK tidak sama dengan SJKC. Saya biasa menemani anak saya makan berbekal di kantin ketika waktu rehat. Sambil makan sambil dengar lagu cina didendangkan.

Itu mungkin budaya mereka, saya hormati kerana SJKC suka kepada nyanyian dan tarian sebagai aktiviti sekolah. Cikgu dan pelajar biasanya dengan pakaian skirt pendek, berbeza dengan SK yang lebih nampak sopan dengan berkurung. Nampak atau tidak perbezaan suasana tersebut?

3. Bahasa dan Komunikasi

Isu ini saya nak ulas panjang sedikit. Harap bersabar dalam membaca.

Tidak ada komunikasi rasmi di antara pelajar dan guru menggunakan bahasa kebangsaan(Bahasa Melayu) dalam perhimpunan pagi dan majlis-majlis rasmi. Proses pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas pun masih diterjemahkan ke dalam bahasa mandarin.

Maka, wajarlah orang cina di SJKC sukar berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik dan orang Melayu boleh berbahasa mandarin kerana suasana ini.

Bila saya baca titah Sultan Perak yang meminta sekolah vernakular ini memastikan pelajarnya menguasai BM, gesaan NGO dan wakil rakyat meminta supaya kerajaan atasi segera masalah BM di SJKC, saya jadi gelisah. Saya hanya terfikir bahawa semua gesaan ini tidak akan berjaya jika pelajar itu sendiri yang tidak berminat atau bersungguh-sungguh untuk menguasainya.

Kerap kali di SJKC, saya suka bersembang dengan pelajar cina dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak cina ini biasanya muka ‘blur’ sekejap bila saya bercakap dengan mereka. Biasanya mereka akan senyap atau memanggil kawan lain untuk menterjemahkan bahasa saya. Yang lari terus pun ada. Kelakar betul, kadang-kadang saya minta anak saya sahaja terjemahkan jika mampu. Kalau tidak, kami sama-sama buntu.

Pada sisi yang berbeza, saya melihat pelajar Melayu akan berusaha untuk faham dan berkomunikasi dalam bahasa cina kerana mereka tahu jika mereka tidak menguasainya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.

Bila anak saya mendapat semua semua A dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini, saya dipuji oleh semua guru yang saya kenal bila berjumpa. Ironinya, pelajar Melayu pasti ketinggalan ketika darjah 1 kerana masalah bahasa. Mereka kata anak saya pandai, pandai awak ajar anak. Guru besar ingatkan kami boleh berbahasa cina.

Sebenarnya, Isteri saya yang bersungguh-sungguh mengajar anak menggunakan ‘google translate’, membuat tekaan soalan dan melihat contoh soalan peperiksaan SJKC di internet. Saya hanya membantu sekadar termampu dan biasanya menyerah awal terutama pada subjek Sains dan Bahasa Cina supaya diri ini tidak stres.

Baru-baru ini, ketika hari keputusan UPSR diumumkan, saya bersembang dengan guru besar sekolah anak saya. Beliau biasanya akan mencadangkan pelajar Melayu yang masih lemah dalam bahasa cina pada tahap 2 untuk ke SK demi masa hadapan mereka. Ya, saya akui kata guru besar tersebut.

Kalau ibubapa Melayu sendiri tidak mampu membantu pembelajaran bahasa cina anaknya, saya cadangkan terus sahaja hantar ke SK bermula darjah 1 lagi, tidak perlu buang masa untuk jadikan anak bahan eksperimen.

Tidak lupa juga untuk saya cadangkan kepada ibubapa Cina yang mahu anaknya menguasai bahasa Melayu, hantar sahaja anak ke SK. Kerajaan pun tidak perlu fikirkan perkara yang mustahil untuk diselesaikan.

Kesimpulannya, jangan hantar anak ke SJKC jika…


-Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak-
Bapa yang baru mengenal SJKC

Sumber: Facebook Syed Mohd Aizuddin Al-Qassam
Kredit: www.blogmazeer.com

Bolehkah Bayi Baru Lahir Tidur “Menggunakan Bantal”? Meskipun Nampak Remeh, Namun Hal Ini Mampu Mempengaruhi Kehidupan Anak Anda Sepanjang Hidupnya


Bayi yang baru lahir menghabiskan waktu mereka dengan tidur setiap hari, karena itulah, lingkungan tempat tidur dan tatanan agar bayi terasa nyaman adalah hal yang sangat penting. Bantal adalah salah satu hal yang membuat tidur menjadi lebih enak, namun perlukah seorang bayi menggunakan bantal?
Yah, ketika bayi yang baru lahir tidur, dokter menyarankan agar tidak menggunakan bantal, karena tulang belakang bayi yang baru lahir pada dasarnya sudah lurus, jika bagian kepala ditinggikan, maka akan membuat bentuk kepala dan leher malah menjadi bengkok.

Penggunaan bantal itu sendiri memang gunanya adalah untuk mendukung tulang belakang dan membiarkan agar otot relaks. Bagi orang dewasa mungkin akan merasa tidak nyaman jika tidur tidak dengan bantal, namun bagi bayi, bantal malah memiliki dampak yang buruk.

Penggunaan bantal pada bayi membuat pertumbuhan dan perkembangan bayi terganggu dan menjadi tidak normal, bahkan dapat menyebabkan kesulitan bernapas.

Selain itu, bayi juga lebih sensitif dan rentan terhadap debu, bulu atau bahan lainnya yang terkandung di dalam perlengkapan tidur. Bahan-bahan itulah yang menimbulkan seorang bayi alergi.

Apa yang harus diperhatikan agar bayi tidur dengan nyaman dan aman?

Singkirkan mainan, bantal dan selimut yang mungkin mengganggu sang bayi.
Atur suhu ruangan, agar bayi tidak merasa kedinginan maupun kepanasan.
Biasakan untuk membiarkan bayi tidur di tempat tidurnya.

Ternyata Tidur Menggunakan Bantal Berbahaya Untuk Bayi
Sebagian masyarakat meyakini bahwa menggunakan bantal berbentuk huruf U untuk bayi dapat membantu kepala bayi terbentuk bundar sempurna. Hati-hati karena anggapan ini keliru. Hingga saat ini belum ada bukti tentang manfaat bantal bagi bayi. Sebaliknya, para pakar justru menganjurkan orang tua tidak menggunakan bantal apa pun untuk bayi hingga berusia dua tahun.

Bentuk kepala bayi baru lahir belum sempurna karena pengaruh proses kelahiran atau alat bantu persalinan (seperti forsep). Kepalanya membutuhkan waktu untuk bisa berubah ke bentuk yang ideal.

Meski proses kelahiran dapat berdampak kepada bentuk kepala bayi, sebenarnya tidak ada yang perlu dikhawatirkan. Pada sebagian besar kasus, bentuk kepala bayi dapat menjadi bundar sempurna seiring berjalannya waktu. Oleh karena itu, tidak perlu menyiasatinya dengan bantal yang justru membahayakan bayi.

Inilah alasan kenapa bantal bentuk huruf U atau bantal apa pun tidak baik untuk bayi:

Bantal berpotensi mengundang bahaya sesak napas atau tersedak.
Jika bantal robek, isi bantal bisa keluar. Jika sedikit saja isian bantal keluar, lalu masuk ke mulut atau hidung bayi, menjadikan dirinya berisiko mengalami tersedak.
Jika bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U, bayi akan kesulitan untuk membalik atau memutar kepalanya ke salah satu sisi ketika dia gumoh atau muntah. Kondisi ini berisiko membuat bayi tersedak oleh muntahannya sendiri.
Bantal juga dikaitkan dengan sindrom kematian mendadak pada bayi. Disebut pula dengan SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome.

Bantal dan Sindrom Kematian Mendadak pada Bayi
SIDS merupakan kematian tidak terjelaskan yang biasanya terjadi ketika bayi sedang tidur. Meski bayi terlihat sehat, dia bisa mengalami SIDS. Fenomena ini terutama terjadi pada bayi berusia kurang dari setahun. SIDS juga dikenal sebagai kematian boks bayi karena bayi sering kali meninggal dalam boks mereka.

Walaupun penyebabnya belum diketahui secara pasti, SIDS dikaitkan dengan abnormalitas pada porsi otak bayi yang mengontrol pernapasan dan terbangun dari tidur. Teori lainnya mengungkapkan bahwa bayi dapat memiliki risiko SIDS yang lebih tinggi bila tidur dengan posisi tengkurap, khususnya bila bayi tidur di kasur yang lembut atau dengan seprai, bersama boneka mainan, atau bahkan dengan bantal di dekat wajahnya.

Sebuah teori menyatakan bahwa permukaan bantal yang lembut atau benda di sekitarnya memungkinkan terciptanya sekat kecil di sekitar mulut bayi dan menjebak hembusan napas. Sebagai akibatnya, bayi menghirup kembali hembusan napasnya. Kadar oksigen di dalam tubuhnya kemudian akan menurun dan karbon dioksida akan terakumulasi. Akhirnya, kekurangan oksigen dapat berkontribusi terhadap SIDS.

Tips Menggunakan Bantal
Berikut adalah beberapa hal yang orang tua perlu perhatikan terkait penggunaan bantal untuk bayi.

Jauhkan semua bantal dari keranjang bayi pada malam hari atau ketika bayi sedang tidak diawasi.Bantal boleh digunakan untuk bayi tidur siang dengan catatan bahwa Anda turut mengawasi. Bila Anda tidak mengawasinya, lebih baik jauhkan bantal.
Jika bayi tertidur dengan bantalnya, perlahan-lahan ambil bantal dengan lembut dan letakkan bayi di keranjangnya.Pilih bantal dengan isian yang bersifat hipoalergenik atau rendah risiko alergi.

Pilih bantal yang kecil dan kukuh dengan sarung yang halus.Jangan menggunakan bantal yang dihias dengan kancing, manik-manik, rumbai, atau dekorasi jahitan lainnya.
Dianjurkan untuk tidak menggunakan bantal yang terbuat dari bahan poliester karena kain poliester dapat menyebabkan iritasi. Utamakan yang berbahan kain katun.
Periksa secara rutin apakah kain bantal robek. Bila robek, singkirkan bantal tersebut.
Bersihkan bantal secara rutin. Bantal dapat menjadi sarang kuman, debu, keringat, sisa susu yang mengering, atau minyak bayi. Cuci bantal sesuai dengan petunjuk perawatan dan pastikan benar-benar kering sebelum digunakan.

Jangan gunakan bantal jika Anda meletakkan bayi di dalam ayunan.Jika bayi Anda memiliki ruam pada kulitnya dan terus berkembang, periksakan dirinya ke dokter.Jangan memberi makan bayi Anda saat dia sedang berbaring di atas bantal. Suapi bayi dengan posisi seperti sedang menyusui.

Sebenarnya bayi berusia di bawah dua tahun tidak membutuhkan bantal untuk membuatnya nyaman atau membantu kepalanya menjadi bundar sempurna. Anda tidak perlu memaksakan menggunakan bantal untuk bayi. Di samping itu, jika bayi Anda tidur bersama Anda, jangan lupa untuk menjauhkan semua bantal atau guling.

Sumber: www.cerpen.co.id

Saturday, 29 December 2018

9 Petua Hilangkan Kecing Manis. Boleh Cuba!


Anda atau orang tersayang menderita kencing manis? Jom kami kongsikan petua hilangkan kencing manis menggunakan bahan yang ada di dalam dapur.

1. Lidah buaya
Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Caranya:

Ambil 1 batang lidah buaya
Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
Ramas dan bilaskan dengan air
Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk
Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali
2. Jus peria katak & epal hijau

Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau. Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.

Bahan- bahannya:

Sebiji peria katak
Sebiji epal hijau
4 cawan air kosong
Cara penyediaannya: Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

3. Kulit kayu manis
Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita. Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Bahan-bahannya:

3 batang kulit kayu manis
Sebiji lemon
Sadu sudu madu
1 liter air
Caranya, hiris lemon. Masukkan lemon dan kulit kayu manis ke dalam periuk. Masukkan air. Rebus hingga mendidih. Minum satu cawan pagi dan malam.

4. Halia
Petua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.

Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.

Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.

Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

5. Ginseng
Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

6. Daun kari
Daun kari membantu menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat. Kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia. Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit Diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pankreas, sehingga meningkatkan fungsi insulin.

7. Halba
Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat besar sebagai ubat kencing manis alternatif. Biji Halba membantu menurunkan gula darah. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan dan memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

8. Bawang putih
Membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis. Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa , kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.

9. Bunga cengkih
Rempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman. Ia juga menawarkan faedah kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis. Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu, cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.

Itulah dia 9 petua hilangkan kencing manis yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 25 December 2018

Walaupun Sayang,Tolong Buang Kuali Non Stick Macam Ini Atau Anda Rela Makan Masakan Yang Mengandungi……


Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan diimport daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas iya elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut antara perkongsian oleh Hadihaizil Din sebagai panduan.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.

Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.

Ya CALAR yang merbahaya.

Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.

Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.

Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.

Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.

Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.

Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.

Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

6 Tip Guna Kuali Non Stick

Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.

1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.

Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.

2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.

3.Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.

4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.

5.Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.

6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.

Semoga bermanfaat!

Sumber:Hadihaizil Din & RASA
Kredit: mingguanwanita.my

MAHU ANAK KEMBAR? DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN INI KONGSI BEBERAPA TIPS UNTUK SUAMI ISTERI SUPAYA BOLEH DAPATKAN ANAK KEMBAR!


Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami isteri yang mengimpikan untuk mendapatkan anak kembar. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu akan kaedah atau cara untuk mendapatkan bayi kembar.

Baru-baru ini, seorang doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah berkongsi 8 tips buat pasangan suami isteri yang mahukan anak kembar di Facebook miliknya.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr Hamid:

BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR.

Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telur/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan. Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing mempunyai uri sendiri.

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan lelaki benih, embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, janin mati dan lain-lain masalah.

1. Peluang orang Asia mendapatkan kembar hanya 1-2%

Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan adalah antara 1 hingga 4%. Orang Afrika dikatakn mempunyai kadar kembar tertinggi iaitu sebanyak 4%. Orang Amerika dan Eropah pula 3% dan orang Asia termasuk orang malaysia adalah terendah iaitu pada kadar  1 – 2% sahaja.

2. Keturunan kembar sebelah ibu.

Jika ada kembar dalam keluarga khususnya dari sebelah keluarga ibu, peluang hamil kembar dikatakan meningkat kepada 4 kali ganda.

3. Hamil ketika umur 40 tahun ke atas .

Mereka yang telah melahirkan 4 orang anak atau lebih dikatakan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan kembar. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun ke atas.

4. Amalkan vitamin dan asid folik.

Mereka yang mempunyai tahap kesihatan terbaik dan makan berzat dan berkhasiat serta mengamalkan makan makanan tambahan seperti vitamin dan asid folik lebih berpeluang untuk hamil kembar.

5. Makan produk tenusu.

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu menjadi penyebab kepada hamil kembar.

6. Makan keladi dan ubi.

Orang-orang asli di Africa yang makan keladi dan ubi didapati mempunyai peluang melahirkan kembar 4 kali ganda lebih tinggi daripada orang lain.

7. Hormon kesuburan.

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil kesuburan clomid mempunyai peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang mengambil suntikan hormon gonadotrophin mempunyai peluang untuk memiliki kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlakunya kembar 4 atau lebih dan perkara ini meyebabkan risiko keguguran yang tinggi.

8. Rawatan IUI dan IVF

Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan kembar.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Monday, 24 December 2018

Jenis2 Krim Kulit dan Fungsi, JANGAN BELI SEBARANGAN!


Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.

Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yg Allah pinjamkan ini.

Saya bahagikan krim kepada 6 jenis utk mudah faham:

1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM

Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil ” krim”, tapi ada beberapa persediaan ” krim” ini, iaitu:

1- OINTMENT : ianya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus( lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit ( more potent). Kita gunakan “krim” jenis ointment ini pada kawasan kulit yg dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel ( lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yg sudah lichenfied.

2- CREAM : ianya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yg less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

3- LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yg berbulu , juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) spt kawasan ketiak , kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.

Jadi, bila dapat “krim”, tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?

Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yg saya tulis kat atas, ada 6 jenis…

1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.

Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh:
– Hydrocortisone – Clobetasone – Mometasone – Fluticasone – Betamethasone.

Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.

Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudia di ikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.

Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan ( systemic absorption ).

2) ANTI FUNGAL CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.

Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh:
– Miconazole – Clotrimazole – Econazole – Ketoconazole – Fluconazole
Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)

Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.

3) ANTIBIOTIC CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.

Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN”
Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin

4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:

– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.

Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.

Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.

Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka —- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.

5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.

6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.

Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yg lama, Insya Allah no problem ( tak macam krim steroid). Kita sarankan utk mereka yg ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu ( 50 % – 50% , 60% – 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.

Krim pelembab yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian. Cakap pasal mandi, utk org yg kulitnya ada eczema / sensitive skin, hati hati guna sabun mandi yg berubat …contohnya Dettol…Protex..sebab chemical dari sabun2 ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So guna kan mandian yg ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Utk kulit yg super sensitive juga, kita advised utk jangan lap badan terlalu kuat dgn towel. Tinggalkan sikit basah2 / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab utk maintain kelembapan area tu.

ANTI VIRUS CREAM


KRIM PELEMBAB – AQUEOUS CREAM


KRIM STEROID


ANTI FUNGAL CREAM


KRIM PELEMBAB YG BEST..HIHIHIHI


KRIM PELEMBAB – BRAND EZERRA

COMBINATION CREAM: STEROID + ANTIBIOTIC


ANTIBIOTIC CREAM


KRIM STEROID CLASS 1 ADALAH PALING SELAMAT. KELAS IV PALING POWER.


CONTOH LICHENIFICATION, IAITU KULIT JADI MENEBAL SEBAB KRONIK ECZEMA – kesan di garu lama


CONTOH LICHENIFICATION juga.


krim anti fungal.


KRIM POWER. COMBINATION 3 IN 1.
SEMUA ADA!


TOPICAL STEROID CREAM POTENCY


ANTI FUNGAL + STEROID CREAM


INI IALAH ANTIGUNGAL JENIS TERBINAFINE.
Brand name popular LAMISIL

=============================================

So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya ” saya nak krim warna putih tu “. Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu ” serasi ” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.

PENTING! Suami yang Biarkan Isterinya Tak Bertudung, Tak akan Dilihat Oleh Allah di Akhirat… Mesti Kongsi!


Suami mempunyai tanggung jawab besar kepada isteri dan anak-anaknya. Karena semua yang diperbuat anak dan isterinya saat nanti akan dimintai pertanggungjawabanya. Sebagai contoh, misal Anda baik, cantik, tapi ia tak mau menutup aurat? Wah, berarti sang suami harus ekstra sabar menasehati isterinya nih. Lho, kenapa yang repot-repot suaminya, jika sang isteri tidak menutup aurat? Jawabnya ada dalam firman-Nya:

“Katakanlah kepada orang laki–laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allâh maha mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung,” (QS. An-Nûr [24]:31).

Berdasarkan ayat di atas, perintah menutup aurat itu wajib diberlakuan untuk semua muslimah, termasuk isteri kita. Oleh karena itu, sebagai seorang suami yang sholeh dan bijak, tentu kita harus menasehati pasangan hidup kita agar tidak mendapatkan dosa karena melalaikan perintah Allah SWT di atas. Terlebih, sebagai seorang suami itu memiliki tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan isterinya agar menjalankan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Dimana semua amanah itu kelak akan dimintai pertanggungjawabannya oleh Allah SWT.

Selain itu, jika seorang suami membiarkan isterinya mengumbar aurat maka ia akan termasuk dalam salah satu ciri laki-laki yang tidak akan dilihat Allah SWT pada hari kiamat. Salah satunya adalah dayuts, yaitu laki-laki yang tidak punya rasa cemburu terhadap istrinya. Perbuatannya disebut diyatsah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat: orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang meniru gaya laki-laki, dan dayuts.”(HR. An Nasa’i dan Ahmad).

Adapun salah satu bentuk perbuatan diyatsah atau sikap laki-laki dayyuts yaitu membiarkan istrinya tidak menutup aurat. Sebab, menutup aurat adalah kewajiban seorang muslimah. Tidak ada satu pun ulama yang mengingkari kewajiban menutup aurat. Sedangkan aurat wanita menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Oleh karena itu, jika kita sebagai seorang suami tidak ingin terkategori dalam ciri laki-laki dayuts, maka mulai saat ini kita nasehati isteri kita secara ma’ruf, baik langsung maupun tidak langsung.

Cara menasehati langsung misalnya dengan menjelaskan perintah Allah SWT tentang kewajiban menutup aurat bagi perempuan muslim, tentu menasehatinya dengan cara ma’ruf tanpa harus membentak-bentak atau memarahinya.

Sementara cara menasehati tidak langsung misalnya dengan memberikan video ceramah-ceramah atau buku-buku tentang kewajiban menutup aurat. Semoga kita para suami diberikan kesabaran dan kelapangan hati untuk mendidik isteri kita agar menjadi lebih baik lagi. Waallahu’alam.

Inilah 63 petua rumah tangga bahagia daripada Dr Fadzilah Kamsah.


Setiap manusia pasti menginginkan sebuah rumah tangga yang bahagia. Suami isteri sentiasa mahu menjadi yang terbaik kepada pasangan masing-masing.Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Apabila menghadapi masalah diantara suami isteri,bawalah berbincang. Setiap masalah boleh diselesaikan. Jangan mudah menyalahkan pasangan dan fikir mahu lari daripada masalah. Hal ini sterusnya akan membawa kepada keretakan rumah tangga yang akhinya mengakibatkan penceraian.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada keluarga anda.

1. Doa yang berterusan.  2. Patuh ajaran agama.  3. Murah dengan pujian.4. Murah dengan khidmat.  5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.  7. Mencari kebaikan pasangan.  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.  12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.  13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.  15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.  23. Perhubungan sek   sual yang sihat dan diredai.  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.  27. Meletakkan hak kepada pasangan.  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.  30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.  33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.  34. Memahami peranan ‘pasangan’.  35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.  39. Tujuh kali puji dan satu teguran.  40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.  42. Sentiasa berterus terang.  43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.  48. Lebih banyak memberi daripada menerima.  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.  50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi  (c) Fizikal dan ekonomi  (d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).  53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan  (b) Hobi  (c) Kegemaran  (d) Makanan  (e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.  57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).  59. Tidak meminta yang bukan-bukan.  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.  63. Redha, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Ini Semestinya Akan Membuat Para Surirumah Tersenyum Puas


Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.

Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.

Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.

Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.

Sampaikan pagi ni,“Amoi!.” Jiran sebelah tegur

Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.

“Ada apa aunty?” Tanya saya

“Amoi you pakai sabun apa? “

“Banyak wangi lor.”

Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.

Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.

Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua.

Tambahan. Manfaat Cuka Pada Pakaian

1. Mencerahkan dan memutihkan.

Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.

2. Menghilangkan bau lembap.

Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

3. Melembutkan pakaian.

Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.

Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.

Sunday, 23 December 2018

KENAPA PERLU ELAKKAN JEMUR BAJU DI MALAM HARI ?! PATUTLAH MAK SELALU BASUH BALIK BAJU YANG LUPA ANGKAT WAKTU MALAM. RUPA-RUPANYA INI SEBABNYA! TOLONG SEBARKAN!


Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari?

Assalamualaikum, rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Patutlah mak selalu basuh balik baju yang kalau lupa angkat waktu malam. Jadi, sama-sama kita elakkan memakai baju yang tersidai lebih pada waktu Maghrib.

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari? SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MEH BACA NI
(Drp Ustaz Syahidan KUIS)

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².

Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.

Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan ‘kenderaan’ jin adalah angin.

Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

Elakkan duduk di pintu.

Selalu² baca surah Al~Baqarah

Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

…share dgn rakan2 anda