Lebih 2 tahun kereta “Total Lost”. Tiba² nampak dijual kata “Free Accident”



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Kereta terpakai seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu membeli kereta baru. Ditambah dengan keadaan kereta terpakai yang kelihatan seprti baru, ramai yang gahirah membelinya tanpa memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih dahulu.
Walaupun tertera di dalam iklan mengatakan kenderaan itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan, jangan ambil langkah mudah dengan terus mempercayainya kerana bimbang anda menjadi mangsa penipuan.
Seperti kes terbaru yang berlaku ini, sepasang suami isteri terkejut apabila kereta milik mereka yang telah mengalami kemalangan dan diisytiharkan ‘total lost’ dijual semula di sebuah laman web jual beli dengan mendakwa bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Moga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada semua agar tidak terpedaya dengan penjual yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Hati-hati dengan beli kereta second hand.

Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya accident di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.


Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan  itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free accident, low mileage.


So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.

Sumber : Pemilik minta rahsiakan via siakapkeli

6 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI DARIPADA MEKANIKA.COM.MY

1. KONDISI

Ini adalah kata kunci yang paling penting. Maksud kami sangat penting sebab segalanya bermula dari sini. Ya. Kami faham anda mungkin tiada pengalaman memeriksa kereta secara teliti. Itulah pentingnya bawa kenalan atau mekanik yang arif tentang kondisi kereta.


Periksa bahagian badan terlebih dahulu. Jika kereta pernah kemalangan teruk, dibaiki macam mana pun tetap pengendaliannya ke laut. Perlu diingat, kereta-kereta begini sangat banyak di pasaran dan pembeli amatur adalah mangsa mudah. Kereta banjir pun satu masalah juga.

Periksa bahagian tersembunyi yang sukar dilihat mata kasar seperti di bawah pelapik bonet belakang, sekeliling getah pintu dan bawah karpet lantai. Bahagian cantuman (joint section) seperti fender kepada kerangka, pillar kepada kerangka seharusnya perlu kemas catatan rivet, tiada kesan buka pasang dan warna cat mesti sekata. Mereka yang mahir mesti dapat membezakan cantuman yang dibuat di kilang berbanding kerja kimpalan mekanik bawah pokok. Itulah perbezaan kerja tangan manusia dengan tangan robot.

Periksa bahagian mekanikal supaya semuanya berfungsi. Nampak remeh tetapi JANGAN sesekali abaikan. Melainkan anda seorang kaki DIY dan mampu baiki sendiri kerosakan kecil. Pastikan semua tingkap kuasa berfungsi, lampu, indikator penting pada paparan meter dan ABS. Tapi janganlah minta jurujual uji airbag pulak, nampak sangat kau tak reti.

2. PANDU UJI

Ini langkah kedua yang penting. JANGAN sesekali beli kereta tanpa pandu uji sebab mata kita mungkin menipu. Sebelum pandu uji, hidupkan enjin kereta dan biarkan melahu 10 hingga 15 minit. Uji tahap kesejukan penghawa dingin, tengok radiator cukup sifat ke tidak, cuba telek bahagian bawah enjin kalau-kalau ada lelehan pelincir atau cecair kotak gear.

Waktu enjin melahu dan masih sejuk, tekan brek dan cuba masukkan gear “R” dan “D” untuk kereta automatik. Bagi kereta manual, masukkan kesemua gear dan pastikan gear ini terkunci sewaktu tuil dimasukkan. Kereta yang bermasalah kotak gear biasanya dia buat bodoh saja kalau anda masukkan gear waktu enjin sejuk. Bila dah panas baru gear terkunci. Ini petanda masalah besar, jangan maki jurujual tersebut. Pergi cari kereta lain lah.

Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi. Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang dah hampir meninggal dunia dan seretan brek. Ini adalah benda-benda pakai lusuh, cuba bincang dengan jurujual kalau boleh diganti baru atau dibaiki.

3. UTAMAKAN KERETA DENGAN REKOD SERVIS

Jika ia adalah satu pilihan, maka kami sarankan anda memilih kereta yang ada rekod servis buku log. Waktu dibeli baru, setiap kereta dibekalkan dengan buku rekod yang ditandakan oleh pusat servis setiap kali kereta diselenggara.

Perlu diingatkan kebanyakan kereta baru hari ini disertakan dengan servis penyelenggaraan percuma. Jadi, setiap rekod servis ini akan dicatat. Apa yang telah diganti dan tahap mana perbatuan perjalanannya direkodkan.

Tak mengapa kalau tiada rekod servis sebab sesetengah pemilik mungkin lebih arif dengan kepakaran mekanik luar. Pemilik yang bagus akan menyimpan bukti resit servis dan setiap pembaikan yang telah dibuat.

4. PERIKSA DOKUMEN

Nah. Ini lah ramai yang abaikan. Minta jurujual tunjukkan geran asli. Pastikan setiap perincian dalam spesifikasi adalah tepat tanpa pindaan. Cuba lihat bahagian kolum nombor enjin dan casis dan pastikan ianya sama dengan kereta yang hendak anda beli.

Di bawah kolum spesifikasi ada kolum kecil yang biasanya ditulis dengan “hakmilik dituntut oleh bank cekik darah bla bla bla”, pastikan ia telah dicop sebagai “DIBATALKAN” oleh pihak JPJ. Selain itu, pastikan tiada SEKATAN.

Sesetengah kereta mempunyai batasan tukaran milik seperti kereta import bukan AP terbuka khususnya kereta yang diimport masuk secara persendirian oleh pelajar/pekerja luar negara yang tak boleh dipindah milik dalam masa 24 bulan dari tarikh didaftarkan.

Ada sesetengah kereta yang diberi perlepasan tertentu oleh JPJ dan ia tertakluk di bawah sekatan tadi. Kereta-kereta ini biasanya tidak boleh dipindah milik langsung.


5. SEBUT HARGA BERTULIS

Minta sebut harga RASMI dan BERTULIS sebelum membayar sebarang wang tempahan. Ini penting ketika anda berurusan dengan kedai used car. Pastikan ia disahkan oleh peniaga tersebut dan bukannya setakat level jurujual. Salesmen kereta bukan semuanya kerja tetap di satu-satu tempat. Mereka mungkin broker yang menjadi orang tengah membawa anda sebagai pembeli.

Pastikan sebut harga tersebut ditulis jelas tentang setiap item. Misalnya, harga kereta, yuran pemprosesan, insuran, cukai jalan, kos tukar nama, pemeriksaan puspakom, sewa cermin (jika ada) dan upah runner. Pastikan juga kos GST dimasukkan sekali dan ditulis dengan JELAS dan TERANG. Dapatkan harga terakhir setelah semuanya dikira. Harga ON THE ROAD adalah penentu kereta itu berbaloi dibeli atau sebaliknya.

Saya pernah jumpa sebuah kedai yang letakkan harga murah dari kedai lain, tapi bila semak semula yuran pemprosesannya memang rasa nak karate tiang kedai itu. “Processing fee” saja dia telan RM2,500. Gila. Dah boleh beli EX5 sebiji.

Kalau dah berpuas hati, barulah bayar deposit dan minta RESIT bayaran. Pastikan klausa perjanjian yang adil. Misalnya jika pinjaman ditolak bagaimana? Perlu dipulangkan deposit? Ditolak 10 peratus?

6. PELEPASAN TANGGUNGAN

Selepas langkah-langkah di atas semuanya berjalan lancar dan pinjaman diluluskan, tibalah masanya anda mengambil kereta. Mesti tak sabar nak bawa balik Kodiang kan? Nanti dulu. Sebelum berpindah kunci, membayar baki deposit dan menandatangani perjanjian bank, periksa semula sebut harga tadi supaya tiada apa yang ditambah.

Jika ada menjual kereta (trade in) kepada kedai tersebut, sila pastikan SEBUT HARGA asal diperoleh secara bertulis. Ni tidak, masa nak trade in cakap RM20K, bila dah nak ambil kereta baru jadi RM19K.

KESIMPULAN

Membeli kereta terpakai memerlukan pengetahuan supaya anda benar-benar dapat harga yang berbaloi dengan wang dibayar. Kami pernah senaraikan kereta keluarga paling bernilai dengan harga di bawah RM5,000. Ia masih pembelian berbaloi untuk mereka yang berbajet kecil.

Antara cara lain yang lebih jimat ialah membeli secara terus dari pemilik asal. Anda boleh semak di laman web seperti mudah.my, motortrader dan carlist.my. Berurusan sendiri dengan pemilik kereta menghilangkan kos-kos seperti yuran pemprosesan dan GST. Ia mungkin sedikit leceh sebab semuanya perlu dibuat sendiri, tetapi matematik akhirnya anda tetap dapat berjimat banyak.

Sumber: mekanika.com.my

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Lebih 2 tahun kereta “Total Lost”. Tiba² nampak dijual kata “Free Accident”"

Post a Comment