Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts
Thursday, 17 January 2019
Lebih 2 tahun kereta “Total Lost”. Tiba² nampak dijual kata “Free Accident”
Kereta terpakai seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu membeli kereta baru. Ditambah dengan keadaan kereta terpakai yang kelihatan seprti baru, ramai yang gahirah membelinya tanpa memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih dahulu.
Walaupun tertera di dalam iklan mengatakan kenderaan itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan, jangan ambil langkah mudah dengan terus mempercayainya kerana bimbang anda menjadi mangsa penipuan.
Seperti kes terbaru yang berlaku ini, sepasang suami isteri terkejut apabila kereta milik mereka yang telah mengalami kemalangan dan diisytiharkan ‘total lost’ dijual semula di sebuah laman web jual beli dengan mendakwa bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Moga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada semua agar tidak terpedaya dengan penjual yang hanya mahu mengaut keuntungan.
Hati-hati dengan beli kereta second hand.
Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya accident di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.
Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free accident, low mileage.
So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.
Sumber : Pemilik minta rahsiakan via siakapkeli
6 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI DARIPADA MEKANIKA.COM.MY
1. KONDISI
Ini adalah kata kunci yang paling penting. Maksud kami sangat penting sebab segalanya bermula dari sini. Ya. Kami faham anda mungkin tiada pengalaman memeriksa kereta secara teliti. Itulah pentingnya bawa kenalan atau mekanik yang arif tentang kondisi kereta.
Periksa bahagian badan terlebih dahulu. Jika kereta pernah kemalangan teruk, dibaiki macam mana pun tetap pengendaliannya ke laut. Perlu diingat, kereta-kereta begini sangat banyak di pasaran dan pembeli amatur adalah mangsa mudah. Kereta banjir pun satu masalah juga.
Periksa bahagian tersembunyi yang sukar dilihat mata kasar seperti di bawah pelapik bonet belakang, sekeliling getah pintu dan bawah karpet lantai. Bahagian cantuman (joint section) seperti fender kepada kerangka, pillar kepada kerangka seharusnya perlu kemas catatan rivet, tiada kesan buka pasang dan warna cat mesti sekata. Mereka yang mahir mesti dapat membezakan cantuman yang dibuat di kilang berbanding kerja kimpalan mekanik bawah pokok. Itulah perbezaan kerja tangan manusia dengan tangan robot.
Periksa bahagian mekanikal supaya semuanya berfungsi. Nampak remeh tetapi JANGAN sesekali abaikan. Melainkan anda seorang kaki DIY dan mampu baiki sendiri kerosakan kecil. Pastikan semua tingkap kuasa berfungsi, lampu, indikator penting pada paparan meter dan ABS. Tapi janganlah minta jurujual uji airbag pulak, nampak sangat kau tak reti.
2. PANDU UJI
Ini langkah kedua yang penting. JANGAN sesekali beli kereta tanpa pandu uji sebab mata kita mungkin menipu. Sebelum pandu uji, hidupkan enjin kereta dan biarkan melahu 10 hingga 15 minit. Uji tahap kesejukan penghawa dingin, tengok radiator cukup sifat ke tidak, cuba telek bahagian bawah enjin kalau-kalau ada lelehan pelincir atau cecair kotak gear.
Waktu enjin melahu dan masih sejuk, tekan brek dan cuba masukkan gear “R” dan “D” untuk kereta automatik. Bagi kereta manual, masukkan kesemua gear dan pastikan gear ini terkunci sewaktu tuil dimasukkan. Kereta yang bermasalah kotak gear biasanya dia buat bodoh saja kalau anda masukkan gear waktu enjin sejuk. Bila dah panas baru gear terkunci. Ini petanda masalah besar, jangan maki jurujual tersebut. Pergi cari kereta lain lah.
Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi. Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang dah hampir meninggal dunia dan seretan brek. Ini adalah benda-benda pakai lusuh, cuba bincang dengan jurujual kalau boleh diganti baru atau dibaiki.
3. UTAMAKAN KERETA DENGAN REKOD SERVIS
Jika ia adalah satu pilihan, maka kami sarankan anda memilih kereta yang ada rekod servis buku log. Waktu dibeli baru, setiap kereta dibekalkan dengan buku rekod yang ditandakan oleh pusat servis setiap kali kereta diselenggara.
Perlu diingatkan kebanyakan kereta baru hari ini disertakan dengan servis penyelenggaraan percuma. Jadi, setiap rekod servis ini akan dicatat. Apa yang telah diganti dan tahap mana perbatuan perjalanannya direkodkan.
Tak mengapa kalau tiada rekod servis sebab sesetengah pemilik mungkin lebih arif dengan kepakaran mekanik luar. Pemilik yang bagus akan menyimpan bukti resit servis dan setiap pembaikan yang telah dibuat.
4. PERIKSA DOKUMEN
Nah. Ini lah ramai yang abaikan. Minta jurujual tunjukkan geran asli. Pastikan setiap perincian dalam spesifikasi adalah tepat tanpa pindaan. Cuba lihat bahagian kolum nombor enjin dan casis dan pastikan ianya sama dengan kereta yang hendak anda beli.
Di bawah kolum spesifikasi ada kolum kecil yang biasanya ditulis dengan “hakmilik dituntut oleh bank cekik darah bla bla bla”, pastikan ia telah dicop sebagai “DIBATALKAN” oleh pihak JPJ. Selain itu, pastikan tiada SEKATAN.
Sesetengah kereta mempunyai batasan tukaran milik seperti kereta import bukan AP terbuka khususnya kereta yang diimport masuk secara persendirian oleh pelajar/pekerja luar negara yang tak boleh dipindah milik dalam masa 24 bulan dari tarikh didaftarkan.
Ada sesetengah kereta yang diberi perlepasan tertentu oleh JPJ dan ia tertakluk di bawah sekatan tadi. Kereta-kereta ini biasanya tidak boleh dipindah milik langsung.
5. SEBUT HARGA BERTULIS
Minta sebut harga RASMI dan BERTULIS sebelum membayar sebarang wang tempahan. Ini penting ketika anda berurusan dengan kedai used car. Pastikan ia disahkan oleh peniaga tersebut dan bukannya setakat level jurujual. Salesmen kereta bukan semuanya kerja tetap di satu-satu tempat. Mereka mungkin broker yang menjadi orang tengah membawa anda sebagai pembeli.
Pastikan sebut harga tersebut ditulis jelas tentang setiap item. Misalnya, harga kereta, yuran pemprosesan, insuran, cukai jalan, kos tukar nama, pemeriksaan puspakom, sewa cermin (jika ada) dan upah runner. Pastikan juga kos GST dimasukkan sekali dan ditulis dengan JELAS dan TERANG. Dapatkan harga terakhir setelah semuanya dikira. Harga ON THE ROAD adalah penentu kereta itu berbaloi dibeli atau sebaliknya.
Saya pernah jumpa sebuah kedai yang letakkan harga murah dari kedai lain, tapi bila semak semula yuran pemprosesannya memang rasa nak karate tiang kedai itu. “Processing fee” saja dia telan RM2,500. Gila. Dah boleh beli EX5 sebiji.
Kalau dah berpuas hati, barulah bayar deposit dan minta RESIT bayaran. Pastikan klausa perjanjian yang adil. Misalnya jika pinjaman ditolak bagaimana? Perlu dipulangkan deposit? Ditolak 10 peratus?
6. PELEPASAN TANGGUNGAN
Selepas langkah-langkah di atas semuanya berjalan lancar dan pinjaman diluluskan, tibalah masanya anda mengambil kereta. Mesti tak sabar nak bawa balik Kodiang kan? Nanti dulu. Sebelum berpindah kunci, membayar baki deposit dan menandatangani perjanjian bank, periksa semula sebut harga tadi supaya tiada apa yang ditambah.
Jika ada menjual kereta (trade in) kepada kedai tersebut, sila pastikan SEBUT HARGA asal diperoleh secara bertulis. Ni tidak, masa nak trade in cakap RM20K, bila dah nak ambil kereta baru jadi RM19K.
KESIMPULAN
Membeli kereta terpakai memerlukan pengetahuan supaya anda benar-benar dapat harga yang berbaloi dengan wang dibayar. Kami pernah senaraikan kereta keluarga paling bernilai dengan harga di bawah RM5,000. Ia masih pembelian berbaloi untuk mereka yang berbajet kecil.
Antara cara lain yang lebih jimat ialah membeli secara terus dari pemilik asal. Anda boleh semak di laman web seperti mudah.my, motortrader dan carlist.my. Berurusan sendiri dengan pemilik kereta menghilangkan kos-kos seperti yuran pemprosesan dan GST. Ia mungkin sedikit leceh sebab semuanya perlu dibuat sendiri, tetapi matematik akhirnya anda tetap dapat berjimat banyak.
Sumber: mekanika.com.my
Wednesday, 16 January 2019
Wakil rakyat kena ikut ajaran Islam permudah urusan rakyat – Uncle Kentang
NAMA Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama.
Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.
Semalam Malaysia Gazette menemui Chee Heng di kediamannya di Puchong Utama, Selangor.
Pertemuan yang sepatutnya pada pukul 4 petang itu terpaksa dilewatkan hampir sejam. Ini kerana Chee Heng terpaksa bergegas ke wad kecemasan sebuah hospital bagi membantu rakannya yang diserang angin ahmar.
Aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memuatkan barangan seperti pakaian dan makanan kedalam kereta untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di kediaman nya yang terletak di Taman Puchong Utama, Selangor. foto IQBAL BASRI, 07 JANUARI 2018
“ Maafkan saya, bukan saya sengaja. Beginilah kehidupan saya. Sebenarnya bila kita membantu orang, ibaratnya macam kita bantu diri sendiri juga, kita takkan rugi apa-apa,” katanya memulakan perbualan.
Ketika kami menemuinya, ada empat telefon bimbit di atas meja kecilnya. Setiap satu telefon mewakili ‘pelbagai situasi’ yang berlainan. Ada khas untuk orang ramai membuat aduan, sebuah telefon bimbit untuk perkhidmatan van jenazah untuk orang Islam, sebuah telefon bimbit untuk panggilan kecemasan dan sebuah lagi untuk bantuan kepolisan masyarakat.
Tidak lama selepas kami dipelawa duduk, datang pula dua orang pembantu beliau yang datang membawa berkampit-kampit beras ke rumahnya untuk diberikan pada mereka yang tidak berkemampuan.
“ Kedua-dua mereka ini bekerja sepenuh masa dengan saya. Saya bayar gaji mereka untuk memberi bantuan pada masyarakat yang memerlukan rawatan kesihatan khususnya di Puchong ini. Kita bagi perkhidmatan percuma, ambulan percuma, van jenazah pun percuma pada golongan miskin, hantar ke hospital pun kita cuma caj sepuluh sen,” katanya.
Mengenai komitmen dan kesungguhan beliau yang ‘mengalahkan’ seorang wakil rakyat, Chee Heng tidak menunggu lama untuk membidas kebanyakan ‘Yang Berhormat’ atau YB di negara ini yang beliau sifatkan gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi mereka.
Katanya, tidak ada sebab untuk tidak memberikan perkhidmatan yang didambakan kerana setiap daripada YB ini mempunyai peruntukan yang besar untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing.
Beliau kesal kerana ahli politik ini hanya mementingkan ‘wajah’ dan propaganda politik mereka daripada membantu rakyat marhaen yang susah dan melarat.
Sebagai contoh, beliau mempersoalkan kenapa ramai para YB sekarang takut untuk meletakkan nombor telefon bimbit peribadi mereka di kain–kain pemidang (banner) terutama bila menjelang satu-satu perayaan atau hari-hari kebesaran tertentu.
Sepatutnya mereka, kata Chee Heng, perlu ikut apa yang diajar oleh agama Islam iaitu memudahkan kehidupan para pengundi yang bersusah payah mengundi mereka sehingga mencapai kemenangan setiap kali pilihan raya diadakan.
“ Saya ada empat telefon bimbit ni bukan sebab saya gila, tetapi bagi memudahkan orang menghubungi saya. Saya selalu sebut, dalam kain-kain pemidang yang digantung itu, muka kita tak penting, tetapi nombor telefon tu yang utama dan perlu letak dulu.
“ Kalau boleh biar dari jarak 10 batu lagi rakyat dah nampak, jadi rakyat senang telefon kita. Bila rakyat senang telefon kita, itulah maksudnya PERMUDAHKAN!
“ Saya ni gelojoh, saya nak Tuhan permudahkan jalan saya jadi saya permudah urusan orang . Sebab tu saya ni mudah, kalau saya boleh bagi (bantuan), saya bagi. Kalau saya tak boleh, saya kata tak boleh. Tak payah suruh orang tunggu, tak payah berpura-pura lagi,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau mengakui ramai daripada mereka yang datang menemuinya untuk meminta bantuan adalah orang Melayu.
Namun beliau tidak pernah menganggap ia berpunca daripada sifat malas golongan berkenaan, malah beliau merasakan orang Melayu juga terkenal dengan kesungguhan mereka dalam mencari rezeki.
Pun begitu beliau berpendapat, orang Melayu juga perlu mengikis sifat cemburu yang keterlaluan jika ingin terus berjaya disamping tidak lalai dalam menjaga tubuh badan serta kesihatan mereka.
“ Saya kenal ramai orang Melayu yang kuat bekerja, dia tidur empat jam saja sehari. Tengok saja orang Melayu yang pergi bekerja di Singapura, mereka sanggup kurang tidur, memang rajin. Dan satu benda yang perlu kita ingat, adakalanya bukan pemalas, tetapi rezeki belum sampai.
“ Cuma saya nak tegur sikit, Melayu ni kurang jaga kesihatan. Banyak yang kena potong kaki, kencing manis sebagai contoh. Mereka juga ‘kuat cemburu’. Kalau perniagaan kawan mereka laris, mereka taruk bomoh, taruk toyol untuk kacau. Itu kita kena kikis,” ujarnya sambil tersenyum.
Kerancakan Chee Heng berbicara tiba-tiba terhenti ketika diminta mengimbas kembali memori sewaktu di zaman persekolahannya.
Menurutnya, beliau lahir dari keluarga yang susah dan miskin. Chee Heng masih ingat bagaimana beliau terpaksa memakai seluar bersaiz besar ketika pergi ke sekolah kerana keluarganya tidak mampu membelikan pakaian mengikut saiz yang sepatutnya.
Disebabkan itu, ujarnya, beliau sering diketawakan.
“ Seluar saya besar ‘gajah’. Orang ketawa dan sindir saya. Sebab itu saya selalu mengingatkan, jangan kerana kamu susah lalu kamu ‘give up’. Susah itu juga kurniaan Tuhan supaya suatu hari nanti kamu boleh tolong orang lain,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
Wajahnya kembali ceria apabila ditanya mengenai banyak komen-komen di Facebook yang mendoakan beliau ‘diberi hidayah’ dan seterusnya memeluk Islam.
Kata Chee Heng, beliau langsung tidak marah atau terasa hati apabila diajukan perkara sedemikan.
“ Sebenarnya (komen) itu saya sifatkan sangat indah kerana orang sering mendoakan saya menjadi seorang Muslim. Bagi saya, bab agama adalah saya dengan Tuhan. Saya belum Islam, saya belum Kristian, saya belum Budhist. Akan datang saya tak tahu, mungkin tiba-tiba ada petunjuk lain, itu saya tak tahu,” katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan. – Malaysia Gazette.
Tolonglah Berhenti Letak Bedak Talkum Di Muka Dan Kemalluan Anak Jika Sayangkan Anak
Pasti setiap ibu sudah biasa menggunakan bedak bayi kepada anak-anak. Bukan sahaja wangi, namun untuk mengelakkan gatal serta alergi kulit yang lain. Disapunya bedak tersebut penuh ke muka anak atau bahagian tubuh lain. Bila sudah dibesarkan dengan bedak, jadi susah untuk buang tanggapan ada bahaya yang menanti pada bedak talkum yang biasa digunakan.
Benarkah begitu? Sebagai pengguna anda seharusnya prihatin, bukan tidak boleh menggunakannya langsung, tapi ada cara dan tekniknya untuk pakai. Namun untuk selamat, lebih baik tukar sahajalah kepada bedak talkum jenis ”free talc” untuk keselamatan anak-anak atau kita sendiri yang menggunakannya.
Perkongsian oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin yang tular di laman facebook seeprti di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Pilihan di tangan masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua.
MAAFKAN AYAH MAYA… AYAH TAK TAHU…
Sebelum tidur Maya buat muka mengada. “Ayah, ayah, Maya cantik tak?”
Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah. Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu.
Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat. Bedak je kot, aku dulu pun pakai!
Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas itu tapi batuknya masih berlaku. Something wrong…
Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak talkum terkenal yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan can cer ovari!
Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!
Actually kalau diteliti kes bedal talkum terkenal tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK ITU DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.
Saya highlight supaya bagi faham.
Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak talkum terkenal ini kepada anak anda.
1) Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit
2) Jangan letak dalam lampin anak!
3) Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan
4) ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!
Kalau anda nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABYPOWDER ! Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.
Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.
Kalau anda perasan packaging baru bedak talkum ini memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka utk kanak2, tapi untuk packaging yang lama termasuk yg ada kat rumah sy tu, memang tak dinyatakan.
Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date. Selamat menjadi pengguna bijak!
Psss : sesiapa yg beli bedak talkum terbaru ini, bleh amek gambar tak ada ke yg amaran bahaya ni?. Kita kadang-kala memang terlepas pandang benda-benda macam ni. Hal ini nampak macam remeh,tak mungkin lah berlaku atau kita kata eh tak logik lah. Tapi ingatlah,kecuaian kita ini boleh mebawa padah kepada orang yang paling kita sayang. Oleh marilah kita menjadi pengguna yang bijak dan peka dengan hal-hal sebegini. Semoga kisah ini menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.
Sekiranya bermanfaat.kongsikanlah bersama rakan anda. Terima kasih.
Sumber: Siakapkeli.my
Haa…ni lah namanya bengkel Melayu…Aku nak bengkel ini di VIRAL.
Aku nak viral bengkel melayu ni biar semua org tau apa yg aku alami. Semalam aku hantar kete kat bengkel ni utk repair power window yang tak function. Bengkel ni nampak sebok banyak kerete dan pomen tu ckp tk sempat siap sbb dah lewat.
Aku terpaksa tinggalkan kete kat bengkel sbb power window dah turun tk mau naik. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik umah naik grab.
Arini aku datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kete aku. Pastu pasang balik siap semua pomen terus bg kunci kete kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya berapa kos?
MasyaAllah dia cakap, TAK PAYAH BAYAR. Takde apa yg rosak dan diganti, cuma wayar switch longgar dia pasang balik bg ketat jer.
Kalau kedai lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sbb buang masa dia buat keje, upah parking satu malam dlm bengkel lg. Tolong la support bengkel org kita, masih ada lg yang jujur diluar sana.
Ni lokasi bengkel yg sy maksudkan.
FZ Auto Pro Servis
4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
03-8068 5479
https://maps.app.goo.gl/G21SP
sumber: Hamdan Abdul Manan
Jangan miliki kereta sendiri kalau tak tahu penjagaan ini.
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.
Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
Sumber: thevocket
Sunday, 13 January 2019
Viral Dua Beradik Selongkar Sampah. YB Adun Dedah Identiti Sebenar Mereka.
Ekoran viral dua beradik berpakaian sekolah selongkar sampah, YB Adun Pelabuhan Klang tekad mencari mereka seawal jam 430pagi. Alhamdulillah ini rupanya identiti sebenar mereka. Terbaik YB !!
DUA BERADIK TULAR WARGA MYAMMAR
Dua beradik berpakaian sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah tular di laman sosial bukan warga tempatan, sebaliknya warganegara Myanmar.
Menurut Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, ibu bapa kanak-kanak terbabit merupakan pelarian Rohingya dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Katanya, pihaknya menjejaki keluarga berkenaan selepas mendapat makluman daripada netizen di laman sosial.
“Kita bersama bersama sukarelawan Team Muafakat Klang mengambil inisiatif untuk mencari keluarga adik beradik itu seawal jam 4.30 pagi tadi kerana tidak mendapat maklumat lengkap bagi menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan.
“Alhamdulillah kita berjaya menemui keluarga tersebut hasil maklumat pengunjung serta pekerja di Pasar Pelabuhan Klang,” katanya.
Menurut Azmizam, bapa kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Islam Abdul Husson, 43, dan isterinya, Nujumah Khatu Sultan Islam, 43, tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.
“Nur Islam bekerja sebagai pembantu di kedai menjual sayur-sayuran di pasar berkenaan dengan upah RM50 sehari, manakala isterinya tidak bekerja.
“Pasangan ini mempunyai enam anak berumur 14 hingga setahun dan menyewa di sebuah rumah kedai berhampiran pasar berkenaan.
“Disebabkan gji diperoleh tidak mencukupi, mereka terpaksa mencari barang-barang lusuh untuk dijual bagi menampung kehidupan lapan beranak,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, sewa dan bayaran utiliti rumah yang mereka diami sekarang dibayar oleh majikan bapa anak-anak tersebut.
“Difahamkan, dua kanak-kanak, Mohammed Jubair, 14, dan adiknya, , Sufaidah Nur Islam, 11, bersekolah di salah satu sekolah swasta di Klang,” katanya.
Menurut Azmizam, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu keluarga tersebut bagi meringankan kos perbelanjaan anak-anak mereka.
“Memandangkan mereka ini warga asing, tetapi atas dasar kemanusiaan, kita akan membatu keluarga ini.
“Jika orang ramai ingin menyumbang, boleh menghubungi keluarga mereka di talian 011-25481224,” katanya.
Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada netizen kerana peka dengan perkara ini.
“Tapi kita mahu mereka bertanggungjawab bila hendak memuat turun sebarang perkara, kena ada maklumat lengkap agar tidak timbul sebarang persepsi tidak baik,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Saturday, 12 January 2019
Kenapa Tak Cas Orang Ambil Gambar. Jawapan Ayah Mowgli Malaysia Buat Ramai SEBAK
Wartawan tanya, photographer yang ambil gambar menang anugerah dapat ribu-ribu ringgit, tetapi kenapa pakcik tak cas? Jawapan ayah Mowgli Malaysia buat ramai sebak. Mengejutkan.
CUKUPLAH DOAKAN SAYA SIHAT DAN SEDEKAH AL FATIHAH BILA SAYA TIADA KELAK
“TAK pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara,” kata Mohd Syukur Khamis, 14, yang foto memaparkan aksi manjanya bersama haiwan itu tular di media sosial.
Pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.
Gambar tular itu dirakamkan jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman berasal dari Johor dan berkahwin dengan orang Kuala Terengganu yang kini menetap di Bangi, Selangor.
Keunikan gambar Mohd Nazri turut tu melayakkannya memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.’
ADVERTISING
Malah, selain Mohd Nazri, sebelum ini sudah ramai jurugambar yang memenangi anugerah hasil gambar memaparkan momen Mohd Syukur bersama haiwan ternakan itu.
Mohd Syukur berkata, sejak usia empat tahun dia sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.
Malah, ketika mengikuti Mohd Syukur ke kandang kerbau itu haiwan berkenaan umpama taat dan mendengar kata, serta menurut segala arahan remaja itu lantas memudahkan sesi fotografi.
Mohd Syukur yang mesra disapa Kur di kalangan ahli keluarganya berkata, dia tidak takut bermanja dengan peliharaan itu yang dianggap sebagai rakannya.
“Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.
“Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor,” katanya yang menjadi perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016.
Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
“Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati,” katanya.
MUHAMMAD Syukur bersama kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk. Syukur menjadi perhatian dunia selepas gambar keakrabannya dengan kerbau yang dirakam seorang jurugambar tular di media sosial. FOTO Ghazali Kori
Anak bongsu dari lapan beradik itu berkata, walaupun sering didatangi jurugambar yang mahu merakam gambarnya, keluarganya tidak pernah menetapkan sebarang bayaran, sebaliknya tumpang gembira apabila jurugambar bertuah memenangi pertandingan antarabangsa.
“Cuma kebanyakan jurugambar ada memberi ‘tips’ dan jika ada saya terima, jika tak ada pun tak mengapa. Saya bersyukur kerana dengan kelebihan saya ini, sehingga kini saya dapat menyimpan kira-kira RM1,000 hasil ‘tips’ yang diterima,” katanya yang bercita-cita menjadi penternak.
Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.
“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu, hari ini.
Mohd Syukur bukan sahaja berkebolehan menjinakkan binatang, tetapi juga berkemahiran membaiki motosikal, kerana sering membantu abangnya, Mohamad Alias, 29, yang bekerja sebagai mekanik.
Sementara itu bapa Mohd Syukur, Khamis Jusoh, 63, berkata, dia menjadi penternak kerbau sejak 30 tahun lalu dan tidak pernah menyangka anaknya akan menjadi tular seperti hari ini kerana haiwan peliharaannya itu.
“Mohd Syukur memang suka ikut saya ke kandang terutama setiap petang ketika kerbau masuk semula ke kandang. Sebenarnya semua anak saya pun rapat dengan binatang peliharaan saya termasuk yang perempuan, tetapi Mohd Syukur lebih sedikit kerana haiwan ini bijak menunjukkan kasih sayang ketika bersamanya.
“Walaupun Mohd Syukur kini menjadi tumpuan, saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk menjadi kaya kerananya, malah saya tidak mengenakan sebarang bayaran.
“Ramai yang kata, jurugambar yang merakam gambar Mohd Syukur dan masuk pertandingan menang beribu-ribu ringgit dan saya patut minta bayaran, tetapi bagi saya, cukuplah mereka doakan saya sihat dan sedekahkan Alfatihah jika saya sudah tiada nanti,” katanya.
Sementara itu Mohd Nazri ketika dihubungi berkata, gambar Mohd Syukur bersama kerbaunya itu yang melayakkan dia memenangi anugerah peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan dalam 20 gambar terbaik dunia dirakamkan pada 2017.
“Saya tahu mengenai Mohd Syukur pada 2014 selepas melihat gambar dimuatnaik Dollah Deen Photography di Facebook. Ketika itu saya terdetik mahu mencari Mohd Syukur dan terfikir saya ini orang Kuala Terengganu, tetapi tidak tahu mengenai remaja ini.
“Bermula dari situ saya baik dengan keluarganya dan setiap kali pulang ke Kuala Terengganu saya akan mengambil gambar Mohd Syukur. Tidak sangka pula gambar yang dirakam pada 2017 itu membawa tuah kepada saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
NASA Temui Bongkah Ais RATA Di Kutub. Hasil Kajian Seterusnya Buat Ramai TAK SANGKA
Saintis NASA di kutub Bumi temui bongkah gergasi ais yang bersaiz rata di permukaan. Hasil kajian seterusnya buat ramai terduduk. Allahu tak sangka. Mengejutkan.
BONGKAH PELIK BERBENTUK AIS RATA (TABULAR)
Sesuatu yang bukan boleh dilihat setiap hari: bongkah ais yang berbentuk geomatrikal ibarat dipotong mesin gergaji gergasi.
Walaupun bukan pertama kali penemuan seumpamanya, namun bongkah serpihan dari rak ais Larcen C, Antartika ini sangat luar biasa.
Ini adalah bongkah ais rata (tabular). Berbeza dengan bongkah ais yang berbentuk pelbagai (non-tabular), seperti yang menenggelamkan kapal Titanic, kepingan ais rata ini mempunyai permukaan yang rata, sisi yang curam dan kadangkala bersaiz sangat besar.
Saiz terbesarnya boleh mencecah ratusan batu lebar dan ratusan kaki dalam dari permukaan.
HASIL KAJIAN MENGEJUTKAN
NASA menemui bongkah ais ini pada 16 Oktober lalu ketika menjalani program Operation IceBridge-misi berterusan dalam memantau kawasan kutub serta sistem iklim dunia.
Hasil kajian seterusnya amat mengejutkan. Bongkah ais ini belum diukur tepat kebesarannya, namun dianggarkan bersaiz 1.6km persegi. Perlu diingat, itu apa yang kita nampak, selebihnya di bahagian ditenggelami air, Tuhan saja yang tahu.
Apa pun, dengan hanya melalui sekeping gambar ini tidak menceritakan segalanya. Agak mencurigakan untuk kepingan bongkah ais berbentuk geometrik sesempurna ini. Tapi itulah, foto ini tetap boleh dianggap klasik!
PS: Subhanallah banyak lagi fenomena alam yang masih tidak difahami lagi oleh manusia yang cerdik-cerdik. Semoga penemuan saintis NASA ni menambahkan iman kita kepada Allah. Jangan lupa untuk kongsikan ye.
Sumber: LiveScience via Makanlena
Hukum Sengaja Tidak Mahu Bayar Hutang ! Share Kepada Wall FB Member Yang Selalu Buat Lupa
Waktu kita hutang dia, tak masuk gaji lagi dah sibuk wassap dah , kalah along ! Dunia macam dah terbalik, orang minta hutang rasa malu , tapi orang yang berhutang cool je tak fikir apa.
Apakah hukum sekiranya terdapat seseorang itu sengaja untuk tidak mahu membayar hutang? Walaupun orang yang memberi hutang itu masih mampu dan tidak mempunyai masalah dengan kewangan. Atau dalam situasi yang lain, sengaja untuk menganiaya orang yang membantunya secara ikhlas.
Roh Orang Berhutang
Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allh SWT selagi hutang tidak dibayar. Bahkan Rasulullah SAW tidak akan bersolat ke atas mayat yang hutang belum dijelaskan. Ada hadisnya.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya.
Sehingga hutang dijelaskan”. (Bukhari dan Tarmizi)
Hadis lain pula meriwayatkan Abu Qatadah pernah menjamin membayar hutang seseorang mati sebelum sebanyak dua dinar. Setelah dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda;
“Sekarang telah sejuk kulitnya”. (Al Hakim, Ail Baihaqi, At Tayalisi dan Ahmad)
Kadang-kadang orang yang hendak menuntut semula hutangnya berasa malu. Orang yang berhutang pula rasa tidak berasa dan buat-buat lupa dengan hutangnya.
Berdosa besar bagi seseorang sekiranya sengaja untuk tidak membayar hutangnya. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya:
“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)”. (Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya:
“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)
Sekiranya anda berhutang dan anda sudah mampu untuk membayarnya lebih baik anda melunaskan hutang anda tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wednesday, 9 January 2019
Doktor Ini Kongsi 8 Cara Berpeluang Untuk Mendapat Anak Kembar
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.
Anak kembar selalunya kelihatan comel. Telatah mereka berdua sering mencuit hati ibubapa. Kalau seorang ketawa,kembarnya pasti ketawa,seorang menangis,yang lagi satu juga turut ikut menangis. Sangat lucukan. Namun bukan mudah untuk memiliki anak kembar ini. Selain faktor rezeki,terdapat juga faktor-faktor lain yang membuatkan seseorang itu lebih mudah untuk mendapatkan bayi kembar.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.
Berikut antara perkongsian beliau;
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar;
1.Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %. Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %. Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2.Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6.Makan Keladi Dan Ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Walau apa pun anak yang kita dapat,bersyukurlah sebab oleh bagi peluang pada kita untuk menjaga anak syurga ni. Ianya satu amanah yang berat harus dipikul. Berikan didikan dan asuhan yang cukup untuk menjadikan mereka seorang insan berguna pada masa akan datang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar. Selamat mencuba.
Sumber:Dr Hamid Arshat
Kredit: mingguanwanita.my
” Saya telah mimpi……” – Sampai meremang ustaz dengar kisah mimpinya punca gadis ini masuk Islam
Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kehadiran ‘saudara’ baru ini merupakan satu berita gembira.
Mendapat sokongan keluarga, hasrat Neythrose untuk yang ingin memeluk agama islam sejak 7 tahun dahulu akhirnya tercapai. Tersenyum kagum admin bila baca ‘perjalanan’ dia memeluk islam ini.
“Lepas 7 tahun menunggu masa yang tepat..Dah lama sangat nak”
“alhamdulillah….. after 7 years waiting for the right time..21/11/2018 best moment ever..thanks always support me, congrats to myself,thanks pada mereka yang terlibat .really appreciate.
” Since ramai yang Dm tanya sebab apa saya convert..so saya share dekat sini je la ye . actually benda ni memang dah lama sangat nak, zaman form 1 smpai spm tu memang la family kata masih muda lagi, but sekarang ni dah 20 pandai dah buat pilihan sendri ,and family saya pun okey je.”
Menurutnya, punca utama yang membuatkan hasratnya membuak-buak untuk berhijrah setelah 7 tahun ini adalah disebabkan satu mimpi aneh yang terjadi kepadanya.
Ramai terkejut, mana taknya mimpi yang dia alami itu terjadi sewaktu dia masih belum memeluk agama islam lagi. Ustaz yang membimbingnya untuk mengucap syahadah sewaktu berhijrah sendiri meremang bila mendengarnya.
” Saya ada 1 mimpi , bila saya cerita dekat orang sekeliling diorang pun terkejut..sampai hari syahadah ustaz tu meremang..”
“ Sekian lama tunggu , oneday hmm tahun ni juga dalam bulan 3 atau 4 kot. saya ada 1 mimpi , bila saya cerita dekat orang sekeliling diorang pun terkejut , saya cerita sebab nak tahu je kenapa dapat mimpi macam tu, sampai hari syahadh ustaz tu meremang dengar cerita mimpi ni
” so dari mimpi tu la saya proceed sampai la dah convert , mimpi tu cerita nya macam ni “malam tu tidurkan so mimpi la ada sorang perempuan ni pakai telekung duk atas sejadah depan dia ada al-quran.dalam masjid tu dia je yang paling bersinar.”
Mimpi yang dialami olehnya ini, seolah-seolah memberikan satu petanda untuk dia berhijrah. Dari situ hasratnya untuk memeluk islam makin membuak-buak dan pada tanggal 21/11/2018. Dia secara rasminya sudah menjadi ‘keluarga’ sesama islam.
Bila mimpi macam tu 21/11/2018 baru dapat convert
“ Dalam masa yang sama, dia panggil saya duk sekali dengan dia , sedar tak sedar saya pun dah pakai telekung dah masa tu , tapi saya tak nampak muka perempuan tu,sebab sinar sangat.dalam masjid tu cuma kami berdua je. dah duduk dengan dia terus terjaga , sebab azan .
” Senang cakap saya memang dah lama minat , cuma menunggu masa yg sesuai tu agak lama , bila mimpi macam tu 21/11/2018 baru dapat convert .. tu je la boleh share”
Sudah pastinya netizen begitu kagum dengan wanita ini, ada yang terharu dengan kisahnya. Bahkan dia disambut mesra oleh netizen yang beragama islam.
“Selamat datang ke keluarga besar islam” komen Netizen
Sementara itu, ramai netizen yang mengucapkan tahniah dan rasa syukur selepas membaca kisah Neythrose ini yang sememangnya telah menjentik perasaan semua.
Berikut adalah komen yang diberikan netizen
” Alhamdulillah. Beruntungnya kamu ibarat bayi yang baru lahir bila peluk Islam. I’m so happy and proud of you walaupun tak kenal..”
” Semoga istiqamah , kalau nmpak yg buruk org Islam buat bukan bermakna Islam tu buruk tapi org Islam tu yang jahil tentang Islam . Find the beauty and truth about the real practice of Islam..”
” Alhamdulillah Suci dari dosa ibarat bayi yg baru lahir. Alhamdulillah im so happy for you!!!! Walaupun tak kenal, welcome to the family!..”
” Alhamdulillah..subhanallah..allah swt maha mengthui segala2 nya..truskan brdiri d bwah pnji islam..jnji allah swt itu psti..truskn mncri hdyah allah swt..amin..”
Sumber : lobakmerah
Tuesday, 8 January 2019
Inilah Cara Mengenal Pasti Restoran Mamak MUSLIM Atau Tidak. CHECKMATE!!
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu. Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyem belih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipo pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyem belih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Jom kita lihat bagaimana nak kenal pasti restoran mamak muslim atau tidak:
1. Hari Deepavali adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.
2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka. Tapi tengok juga,kadang-kadang kedai mamak memang suka masak kambing saja. Kari kambing mabeles.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.
3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.
4. Kadang-kadang mereka sudah bijak. Setakat bagi salam pada pekerja-pekerja india bukan Islam itu apa lah sangat. Mereka kadang kala sudah pandai,dan boleh sponta menjawab. Jadi kita teruskan ujian kedua,suruh mereka baca al-Fatihah atau lafaz syahadah. Kalau boleh baca,sah la mereka memang muslim. Boleh oder roti banjir dua. Kalau gagap-gagap tak tau baca. Tau dah ni mamak ori ke mamak celop.
5. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.
6. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
Sumber: Kepoh kuat
Silap lapor polis bongkar restoran ‘Islam’ bukan milik muslim
Sebuah restoran di Seksyen 25, Shah Alam – yang menggunakan nama Islam dan tulisan jawi pada papan tandanya diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), gara-gara laporan polis dibuat pemiliknya terhadap lelaki yang menampar pekerjanya.
Kejadian bermula apabila pekerja restoran terbabit ditampar kerana menegur pelanggan menghisap rokok di dalam premis berkenaan.
Pemilik restoran itu yang tidak puas hati membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Malangnya, laporan itu membongkar siapa sebenarnya pemilik restoran ‘Islam’ itu – bukan muslim – dan cuba mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran di dalam premisnya.
Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian Pengurusan Halal JAIS dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, melakukan serbuan, semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja restoran itu, termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja sahaja beragama Islam.
Sumber memberitahu, terdapat ayat al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan penganut Hindu.
Pemeriksaan juga mendapati kebersihan premis tidak memuaskan dan bahagian pemprosesannya terlalu kotor, sementara bahan mentah, serta peralatan memasak diletakkan di atas lantai.
“Produk daging juga diperoleh daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel. Pemilik premis diarah mendapatkan daging yang mempunyai sijil halal.
“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, kedua-dua pemilik restoran terbabit tiada di lokasi kejadian,” kata sumber itu yang mengesahkan premis terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk mematuhi arahan dan perintah dikeluarkan.
Ketika dihubungi hari ini, pegawai JAIS mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan di restoran terbabit.
sumber: ismaweb
Cikgu tanya “Siapa punya beg ni?” ” Saya” -Kawan² gelakkan plastik beg ikan
Setiap individu pastinya mempunyai kisah pahit di sebalik kisah manis. Namun, perkongsian kisah sebegini bukanlah untuk menagih simpati tetapi untuk memberikan sedikit sebanyak inspirasi. Jika kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah.
Sedikit perkongsian saya semasa di sekolah rendah sekitar tahun 1992-1997.
Anak Askar Pencen, Penoreh Getah
Saya dilahirkan pada tahun 1985 iaitu tahun yang sama ayah saya bersara sebagai tentera dengan elaun persaraan yang kecil.
Emak pula suri rumah sepenuh masa membesarkan 9 orang anak. Ayah melakukan pelbagai kerja termasuk menoreh getah bagi menampung keperluan keluarga.
Dan saya, merupakan anak ke 8 daripada 9 beradik. Ketika berusia 5 tahun, saya belum dapat memasuki pra sekolah atas faktor kekangan kewangan keluarga.
Pada ketika itu, kakak sulung saya sedang melanjutkan pengajian di universiti. Tiga yang lain berada di sekolah menengah manakala tiga lagi di sekolah rendah. Seorang lagi, merupakan adik perempuan saya.
Keinginan untuk ke sekolah amat tinggi kerana setiap pagi melihat rakan-rakan sebaya di kampung telah pun ke sekolah, memakai baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dengan alat tulis, pensil warna dan bekas air yang berwarna-warni. Sungguh mengujakan. Tapi, saya hanya mampu melambai mereka ke sekolah dari pagar rumah.
Guna semula plastik beli ikan sebagai beg sekolah
Pada tahun 1991, usia saya 6 tahun, akhirnya ayah mendaftarkan saya pra sekolah. Gembiranya bukan kepalang. Saya sudah membayangkan beg sekolah dan alat tulis yang diimpikan.
Namun, ayah memberitahu yang ayah tidak mampu membeli itu dan ini. Saya memahami dan tidak kisah asalkan dapat pergi sekolah.Emak pula mengumpul pensel-pensel lama yang saya ingat panjangnya hanya saiz jari kelingking.
Pemadam? Ikatkan saja tali getah di hujung pensel untuk dibuat pemadam. Gam pula emak masakkan tepung kanji dan dimasukkan ke dalam bekas.
Baju? Jangan risau emak kata. Baju lama abang-abang saya boleh dipakai lagi. Beg pula? Emak ke dapur, mencari sesuatu dan kelihatan buntu.
Akhirnya, emak membasuh plastik yang digunakan untuk membungkus ikan yang dibeli pagi tadi.
Emak kata untuk sementara. Lalu saya ke sekolah menggunakan beg plastik itu. Pemegang plastik disangkut ke bahu seperti beg sekolah biasa. Entah kenapa, pada ketika itu saya tidak rasa malu dan silu. Yang penting, dapat ke sekolah dan belajar macam kawan-kawan saya.
Sampai di kelas, beg-beg sekolah dikumpulkan di suatu sudut dan hanya akan dipulangkan sebelum pulang ke rumah. Sebelum pulang, cikgu akan mengangkat beg satu persatu dan bertanya siapa pemilik beg untuk dikembalikan.
“Siapa yang bawa beg plastik ni?” “Saya!”.
Pada ketika itu, saya rasa sedikit malu sebab ditertawakan kawan-kawan. Tapi saya segera mendapatkan beg tersebut. Tidak lama bertahan, plastik koyak. Setelah kerap mengganti beg plastik. Emak mengadu pada ayah supaya membelikan saya beg sekolah baru.
Ayah berikhtiar. Saya berdebar. Ayah pulang, ayah menunjukkan beg baru. Saya melompat kegembiraan. Saya gembira dapat beg baru walaupun sebenarnya ayah hanya beli beg plastik lain.
Kali ini beg plastik yang cantik. Lebih kukuh. Ada gambar sebelah biru sebelah merah. Saya masih ingat, sebab beg itu cukup bermakna.
Beberapa bulan kemudian, koyak juga. Akhirnya, kakak sulung memberikan beg lamanya kepada saya, beg sandang putih dengan gambar kereta api. Saya menerima sahaja asalkan ada juga beg.
Aci Beri Baju Sekolah
Terasa janggal apabila hampir separuh penggal, saya seorang sahaja yang masih tidak mempunyai pakaian seragam. Jiran saya berbangsa India melihat saya masih tiada baju seragam lalu dia memberikan salah satu baju seragam anaknya kepada saya.
Saya terus pakai baju tersebut dan tidak sabar pulang ke rumah untuk menunjukkan kepada ayah dan emak yang saya telah ada baju sekolah! Ayah saya terkejut dan bertanya dari mana saya mendapatkan baju.
Aci bagi!!! Tapi ayah tertawa, baju tersebut ternyata tidak sesuai dengan saya. Saya berlari dan melompat hampir terjatuh. Bajunya besar. Seluarnya labuh. Tidak kisah. Saya sudah terlalu gembira. Emak segera mengubahsuai saiz baju tersebut.
Terima kasih Aci!!! Tiada baju sekolah bukan isu baru dalam keluarga saya. Abang saya juga tiada t shirt seragam sukan. Ketika bersukan, dia pakai baju Melayu juga.
Tiada duit belanja
Di sekolah rendah, sebagai anak pesara tentera dan suri rumah, kedudukan kewangan keluarga membolehkan kami adik-beradik mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Namun, apabila makanan sama berulang, tekak kanak-kanak saya mula bosan untuk makan roti keras dan telur sejuk serta bubur lambuk kenyal. Teringin sekali nak makan di kantin bersama kawan-kawan.
Teringin sekali makan mee goreng.
Satu hari, saya pergi sahaja di kantin melihat kawan-kawan makan mee goreng. Harganya RM0.20. Memang saya tidak mampu. Saya tiada walau sesen pun.
Saya meminta-minta kawan saya untuk rasa mee goreng, diberikan sesudu. Sedapnya. Esoknya saya tidak mahu makan RMT juga.
Saya pergi di kantin lagi. Duduk memerhati dan mengendeng kawan-kawan yang makan mee goreng. Tumpang selera orang kata. Tidak dapat tahan, saya meminta lagi. Dapat sesudu. Memang sedap. Sehingga satu ketika, kawan tersebut sudah tidak selesa diganggu saya untuk meminta makannya.
“Hari-hari nak mengecek mee kita, kita bagi tahu mak kita”. Sejak itu, saya tidak mengecek makanan orang lagi. Tahan selera.
Bekal Nasi Lemak Olok-olok
Emak sentiasa memahami. Anaknya ingin makan di kantin. Ingin makan makanan yang lebih sedap. Esok paginya, emak membungkus nasi putih biasa seperti bungkusan nasi lemak. Olok-oloknya seperti nasi lemak yang dijual di kantin untuk kami adik-beradik bawa bekal ke sekolah.
Emak kreatif! Kami semua teruja. Sekarang saya sudah boleh makan di kantin. Saya makan nasi lemak olok-olok saya dengan kawan-kawan lain.
Pernah juga bekalan air di rumah terputus. Emak tidak dapat menyediakan bekalan makanan. Ketika itu saya nampak muka emak sangat risau memikirkan apa anak-anaknya akan makan.
Emak selongkar kabinet dapur. Ada tin milo yang berkarat. Emak buka penutup dengan sudu. Rupanya di dalam tin tersebut ada koleksi duit syiling 5 sen.
Emak beri seorang 30 sen. 20 sen untuk beli makanan, 10 sen beli minuman. Gembira, sebab itu kali pertama ada duit belanja. Saya beli mee goreng kegemaran saya dan air sirap.
Namun, saya terbayang-bayang tabung tin milo emak saya. Saya nampak di dalamnya sudah tiada lagi baki syiling. Kami semua tidak meminta lagi duit belanja kerana kami sendiri nampak tiada lagi baki dalam tabung tin milo yang emak sorok di kabinet dapur.
Jana pendapatan, jual lukisan dan anjur pertandingan. Suatu hari, ada kawan saya memberikan saya rasa kuih karipap yang dibeli di kantin. Sedap juga.
Saya berjumpa abang saya, bercerita tentang sedapnya kuih karipap. Abang membelikan saya satu, 10 sen harganya. Mana abang dapat duit? Rupanya, abang menjual lukisan tangannya. Dari situ, saya dapat idea untuk menjual lukisan juga.
Saya lukis gambar kartun 5 orang. Setiap satunya berharga RM0.10. Kawan-kawan suka lukisan saya. Semuanya terjual. Tanpa membuang masa, saya membeli 5 biji karipap. Saya makan tiga, dan lagi dua saya beri kepada abang saya.
Tapi, abang saya marah. Abang suruh saya berjimat. Sepatutnya sehari beli satu karipap sahaja katanya. Abang maklumkan perkara ini pada emak. Emak juga menegur saya supaya lebih berjimat.
Saya akur saya telah membazirkan kesemua wang dalam masa sehari. Sepatutnya saya berjimat. Ayah amat mementingkan berjimat cermat dan menabung. Kalau dapat duit raya, ayah hanya benarkan beli barang bermanfaat. Saya membeli jam tangan. Wang baki ayah buka akaun Tabung Haji.
Suatu hari kawan memberitahu, kedai runcit di depan sekolah ada alat baru bernama mesin canggih bernama mesin fotostat.
Saya tidak tahu mesin apa itu. Kawan saya membawa lukisan saya (gambar doraemon) ke kedai dan fotokopi gambar tersebut. Saya amat teruja.
Jadi, saya mengumpul beberapa orang kawan yang suka mewarna untuk bertanding mewarnakan lukisan saya. Saya akan menjadi juri. Mereka setuju. Saya akan lukis dan fotokopi. Yuran penyertaan RM0.20. Saya dapat sedikit untung.
Selepas kejayaan pertama, saya buat pertandingan kali kedua. Penyertaan bertambah ramai termasuk pelajar kelas sebelah. Lukisan semakin rumit. Dengan wang penyertaan, saya membeli alat tulis kepada pemenang. Baki duit, saya beli alat tulis yang saya impi, pensel tekan-tekan (mekanikal).
Kenangan bersama keluarga besar ketika sambutan hari raya yang lalu.
Masuk pertandingan demi hadiah
Saya masuk pelbagai pertandingan. Semua pertandingan saya akan usaha untuk menang. Saya bukan nak asah bakat sangat. Saya bukan gilakan populariti atas pentas. Saya hanya perlukan hadiah.
Hadiah-hadiah pertandingan biasanya alat tulis dan buku. Saya amat memerlukannya kerana saya tidak mampu membelinya.
Segalanya bermula ketika peperiksaan darjah satu. Soalannya meminta pelajar hanya mewarnakan buah-buahan dalam gambar-gambar yang diberikan. Pasti, saya dapat membezakan buah-buahan dengan bukan buah-buahan.
Saya jadi panik sebab saya tiada pensel warna. Lalu saya hanya warnakan dengan pensel.
Selepas cikgu menanda kertas soalan, cikgu bertanya di dalam kelas “kenapa warnakan buah rambutan warna hitam? Buah dah busuk ke?”. Lalu saya ditertawakan. Pengalaman ini amat sedih. Saya hanya tidak mampu. Bukan tidak tahu.
Tidak lama selepas itu, kawan saya menghadiahi saya pensel warna. Dia memberitahu ayahnya. Itulah pensel warna pertama saya. Terima kasih.
Alhamdulillah, selepas itu, tiada satu pun pertandingan saya kalah. Saya menjuarai pertandingan melukis poster di peringkat sekolah dan daerah.
Saya dapat hadiah set alat tulis yang lengkap termasuk set geometri yang lebih cantik dan mahal daripada yang dimiliki rakan-rakan sekelas saya.
Saya jadi teruja untuk masuk pertandingan selalu. Saya masuk pertandingan otak komputer, saintis muda, menulis khat, syarahan, berzanji, dan sukaneka.
Pelbagai hadiah membuatkan saya semakin teruja. Ayah sentiasa memberikan sokongan. Setiap kali pulang ke rumah membawa hadiah, ayah akan jerit “Anak Ayah!!!”.
Saya suka menyusun hadiah di rumah, emak tersenyum dan sehingga sekarang emak bercerita tentang saya kepada cucu-cucunya yang suka menyusun hadiah dari ruang tamu sehingga ke dapur rumah. Banyaknya!!!
Saya masuk pertandingan bercerita sehingga berjaya ke peringkat kebangsaan dan mendapat pelbagai buku dan wang tunai. Wang tunai tersebut ayah simpan. Ada digunakan untuk membeli kasut sekolah pertama dari kedai kasut. Saya tidur bersama kasut tersebut. Puas rasanya memiliki kasut dengan usaha sendiri.
Sebelum ini, ayah akan belikan kasut sekolah lelong yang dijual secara lambak di pasar malam. Bukan kasut putih. Tetapi oleh kerana harga lelongnya mampu milik, ayah saya belikan juga. Tapi saya akan sapukan kapur biar nampak putih.
Basikal
Darjah 6, tahun 1997, saya menyertai pertandingan mewarna peringkat kebangsaan dengan meminjam set pensel warna rakan saya, anak orang berada.
Penyertaan melebihi 1000 peserta dari seluruh negara. Hadiah utamanya, sebuah basikal. Saya teringin sekali ada basikal sendiri. Saya sudah terbiasa jika ingin sesuatu kena usaha sendiri. Sebab tahu ayah tidak mampu.
Alangkah berdebarnya menunggu keputusan. Sehinggalah keputusan tiga tempat teratas. Saya diumumkan mendapat tempat kedua. Semua rakan bersorak. Tapi saya bersedih. Ini bermakna, saya terlepas mendapat hadiah sebuah basikal.
Emak dan ayah serta adik beradik turut berbangga dan mengucapkan tahniah, saya tidak dapat menahan sedih. Saya menangis. Ayah pelik, anaknya mendapat tempat kedua menewaskan lebih 1000 peserta lain dan mendapat liputan akhbar serta menerima hadiah yang banyak. Barulah ayah tahu bahawa saya kecewa tidak menjadi juara untuk memiliki sebuah basikal.
Lama bermurung, lalu ayah membawa saya ke kedai basikal. Saya pelik kerana ayah pastinya tidak mampu. Ayah simpan wang kemenangan saya sebelum ini dan ayah menambah sedikit simpanan ayah dan meminta untuk dibayar secara ansuran. Akhirnya saya memiliki basikal. Ayah mengajar saya berusaha sehabis baik untuk memiliki sesuatu. Ayah suruh saya buat yang terbaik dalam peperiksaan UPSR.
Pelajar Mithali
Menerusi pencapaian saya dalam kokurikulum, sekaligus meningkatkan prestasi saya dalam akademik.
Saya mampu menulis karangan kerana biasa memasuki pertandingan syarahan dan bercerita. Saya mahir Matematik dan Sains kerana sering menyertai pertandingan Saintis Muda dan Otak Komputer selain sering berkira-kira menguruskan kewangan.
Kerana petah berkata-kata sejak memasuki pertandingan syarahan di peringkat negeri dan bercerita peringkat kebangsaan, saya juga dilantik menjadi pengawas, ketua badan beruniform dan pengerusi persatuan. Akhirnya, saya diangkat menjadi Pelajar Mithali pada tahun 1997 dengan keputusan UPSR 4A.
Saya selalu tidak merasakan hidup saya susah, malah selalu bersyukur.Emak selalu bercerita tentang kisah ayah jauh lebih sedih. Ayah anak yatim piatu. Surat beranak pun tiada. Arwah nenek memberitahu ayah, sijil lahirnya sudah dibawa lari tentera Jepun. Ayah berjalan mencari rezeki 9 batu hari-hari.
Kak Long? Mak beritahu sehingga tangannya menggelembung panas menjinjing beg sekolah yang berat di waktu panas. Selalu mengikut ayah pindah randah mengikut tugasan tenteranya. Hampir seluruh negeri ayah menetap. Emak memotivasikan dengan menceritakan bahawa Kak Long sentiasa dapat nombor 1 di dalam kelas walau ke mana sahaja sekolah dipindahkan. Kak Long kini seorang doktor veterinar. Jika Kak Long boleh, mengapa tidak saya.
Emak pernah berseloroh, agaknya, kalau kita hidup macam tu di zaman sekarang, mungkin keluarga kita mendapat liputan rancangan Bersamamu TV3.
DR MOHD ISTAJIB MOKHTAR
BSy (Law), MSy, PhD (Malaya)
– Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.
Kelayakan Akademik
Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-undang)
-Lulus dengan Kepujian dengan Cemerlang. -Anugerah Pelajaran DiRaja Universiti Malaya 2008.
Sarjana Syariah (Syariah, Undang-undang dan Pencemaran Air)
-3 Tesis Terbaik (Kategori Master), Yayasan Nurul Yaqeen 2011.
Doktor Falsafah (Etika Perundangan Islam dan Konservasi Biodiversiti)
-Tesis Cemerlang. – Anugerah Graduan PhD Cemerlang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2015
Semoga memberikan inspirasi buat adik adik ya. Jangan lupa like komen dan share ya.
Credit : GPS Bestari
Subhanallah.Keluarga ini berkayuh basikal ke Mekah.Turut serta anak 6 tahun.
BUKIT MERTAJAM: Setelah dua ari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, hari ini meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Muchlis Abdullah, 47, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.
Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.
Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ keluarga itu bermula pada 11 Julai dengan Muchlis dan anak sulung mereka, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isterinya Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak mereka, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.
Keluarga itu tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum menyambung perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, Muchlis dan keluarga menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.
Keluarga itu meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.
Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui keluarga itu ialah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.
Menurut Muchlis, persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.
Beliau berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.
“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.
Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.
“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.
Sumber: Bernama via kehidupansatupersinggahan
7 Fadhilat Mengerjakan Ibadah Umrah
Adalah menjadi impian semua Islam di dunia untuk sampai ke tanah suci Allah, Mekah dan Madinah. Bersyukur kepada siapa yang sudah mengerjakan ibadah Umrah/Haji. Bagi yang belum berkesempatan, usahlah anda risau. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah menerima kita sebagai tetamuNya suatu hari nanti. Pada entri kali ini, ingin mengupas tentang fadhilat-fadhilat (kelebihan) mengerjakan ibadah Umrah. Mengerjakan ibadah Umrah sama istimewanya dengan mengerjakan ibadah Haji.Kebanyakan hadis banyak menceritakan perihal kelebihan menunaikan ibadah Umrah.
#1 Menjadi Tetamu Allah
Ibadah Umrah menjadi istimewa apabila kita dipilih dan menjadi tetamu Allah di tanah suci untuk menunaikan Umrah.Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperhang”
#2 Pahala & Ganjaran Dilipatgandakan oleh Allah
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda pada tahun haji Wada’ di Mekah,
“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
#3 Tidak Dihisab Jika Mening gal Donia Semasa Menunaikan Umrah
Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,
“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu mening gal donia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa mening gal donia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’
#4 Pahala Umrah di Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”
#5 Menghilangkan Dosa & Kefakiran
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”
#6 Diwajibkan Walaupun Sekali (jika mampu)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja.Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Ibnu Umar RA berkata,“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Riwayat Bukhari)
#7 Penghapusan Dosa
Rasululluh S.A.W telah bersabda yang bermaksud
“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”
Sumber: massnizam travel
Subscribe to:
Posts (Atom)































