Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Wednesday, 16 January 2019

Wakil rakyat kena ikut ajaran Islam permudah urusan rakyat – Uncle Kentang


NAMA Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama.

Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Semalam Malaysia Gazette menemui Chee Heng di kediamannya di Puchong Utama, Selangor.

Pertemuan yang sepatutnya pada pukul 4 petang itu terpaksa dilewatkan hampir sejam. Ini kerana Chee Heng terpaksa bergegas ke wad kecemasan sebuah hospital bagi membantu rakannya yang diserang angin ahmar.


Aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memuatkan barangan seperti pakaian dan makanan kedalam kereta untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di kediaman nya yang terletak di Taman Puchong Utama, Selangor. foto IQBAL BASRI, 07 JANUARI 2018
“ Maafkan saya, bukan saya sengaja. Beginilah kehidupan saya. Sebenarnya bila kita membantu orang, ibaratnya macam kita bantu diri sendiri juga, kita takkan rugi apa-apa,” katanya memulakan perbualan.

Ketika kami menemuinya, ada empat telefon bimbit di atas meja kecilnya. Setiap satu telefon mewakili ‘pelbagai situasi’ yang berlainan. Ada khas untuk orang ramai membuat aduan, sebuah telefon bimbit untuk perkhidmatan van jenazah untuk orang Islam, sebuah telefon bimbit untuk panggilan kecemasan dan sebuah lagi untuk bantuan kepolisan masyarakat.

Tidak lama selepas kami dipelawa duduk, datang pula dua orang pembantu beliau yang datang membawa berkampit-kampit beras ke rumahnya untuk diberikan pada mereka yang tidak berkemampuan.


“ Kedua-dua mereka ini bekerja sepenuh masa dengan saya. Saya bayar gaji mereka untuk memberi bantuan pada masyarakat yang memerlukan rawatan kesihatan khususnya di Puchong ini. Kita bagi perkhidmatan percuma, ambulan percuma, van jenazah pun percuma pada golongan miskin, hantar ke hospital pun kita cuma caj sepuluh sen,” katanya.

Mengenai komitmen dan kesungguhan beliau yang ‘mengalahkan’ seorang wakil rakyat, Chee Heng tidak menunggu lama untuk membidas kebanyakan ‘Yang Berhormat’ atau YB di negara ini yang beliau sifatkan gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi mereka.

Katanya, tidak ada sebab untuk tidak memberikan perkhidmatan yang didambakan kerana setiap daripada YB ini mempunyai peruntukan yang besar untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing.

Beliau kesal kerana ahli politik ini hanya mementingkan ‘wajah’ dan propaganda politik mereka daripada membantu rakyat marhaen yang susah dan melarat.

Sebagai contoh, beliau mempersoalkan kenapa ramai para YB sekarang takut untuk meletakkan nombor telefon bimbit peribadi mereka di kain–kain pemidang (banner) terutama bila menjelang satu-satu perayaan atau hari-hari kebesaran tertentu.

Sepatutnya mereka, kata Chee Heng, perlu ikut apa yang diajar oleh agama Islam iaitu memudahkan kehidupan para pengundi yang bersusah payah mengundi mereka sehingga mencapai kemenangan setiap kali pilihan raya diadakan.

“ Saya ada empat telefon bimbit ni bukan sebab saya gila, tetapi bagi memudahkan orang menghubungi saya. Saya selalu sebut, dalam kain-kain pemidang yang digantung itu, muka kita tak penting, tetapi nombor telefon tu yang utama dan perlu letak dulu.

“ Kalau boleh biar dari jarak 10 batu lagi rakyat dah nampak, jadi rakyat senang telefon kita. Bila rakyat senang telefon kita, itulah maksudnya PERMUDAHKAN!

“ Saya ni gelojoh, saya nak Tuhan permudahkan jalan saya jadi saya permudah urusan orang . Sebab tu saya ni mudah, kalau saya boleh bagi (bantuan), saya bagi. Kalau saya tak boleh, saya kata tak boleh. Tak payah suruh orang tunggu, tak payah berpura-pura lagi,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui ramai daripada mereka yang datang menemuinya untuk meminta bantuan adalah orang Melayu.

Namun beliau tidak pernah menganggap ia berpunca daripada sifat malas golongan berkenaan, malah beliau merasakan orang Melayu juga terkenal dengan kesungguhan mereka dalam mencari rezeki.

Pun begitu beliau berpendapat, orang Melayu juga perlu mengikis sifat cemburu yang keterlaluan jika ingin terus berjaya disamping tidak lalai dalam menjaga tubuh badan serta kesihatan mereka.

“ Saya kenal ramai orang Melayu yang kuat bekerja, dia tidur empat jam saja sehari. Tengok saja orang Melayu yang pergi bekerja di Singapura, mereka sanggup kurang tidur, memang rajin. Dan satu benda yang perlu kita ingat, adakalanya bukan pemalas, tetapi rezeki belum sampai.

“ Cuma saya nak tegur sikit, Melayu ni kurang jaga kesihatan. Banyak yang kena potong kaki, kencing manis sebagai contoh. Mereka juga ‘kuat cemburu’. Kalau perniagaan kawan mereka laris, mereka taruk bomoh, taruk toyol untuk kacau. Itu kita kena kikis,” ujarnya sambil tersenyum.

Kerancakan Chee Heng berbicara tiba-tiba terhenti ketika diminta mengimbas kembali memori sewaktu di zaman persekolahannya.

Menurutnya, beliau lahir dari keluarga yang susah dan miskin. Chee Heng masih ingat bagaimana beliau terpaksa memakai seluar bersaiz besar ketika pergi ke sekolah kerana keluarganya tidak mampu membelikan pakaian mengikut saiz yang sepatutnya.

Disebabkan itu, ujarnya, beliau sering diketawakan.

“ Seluar saya besar ‘gajah’. Orang ketawa dan sindir saya. Sebab itu saya selalu mengingatkan, jangan kerana kamu susah lalu kamu ‘give up’. Susah itu juga kurniaan Tuhan supaya suatu hari nanti kamu boleh tolong orang lain,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

Wajahnya kembali ceria apabila ditanya mengenai banyak komen-komen di Facebook yang mendoakan beliau ‘diberi hidayah’ dan seterusnya memeluk Islam.

Kata Chee Heng, beliau langsung tidak marah atau terasa hati apabila diajukan perkara sedemikan.

“ Sebenarnya (komen) itu saya sifatkan sangat indah kerana orang sering mendoakan saya menjadi seorang Muslim. Bagi saya, bab agama adalah saya dengan Tuhan. Saya belum Islam, saya belum Kristian, saya belum Budhist. Akan datang saya tak tahu, mungkin tiba-tiba ada petunjuk lain, itu saya tak tahu,” katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan. – Malaysia Gazette.


Kerana Kerja Penghantar Gas,Pinangan Lelaki Ditolak Oleh Ibu Perempuan.Tetapi Akhirnya Menyesal!


KISAH SI PENGHANTAR GAS BERNAMA FAHMI
Dungun- Kisah ini merupakan luahan kisah benar daripada seorang lelaki yang bernama Fahmi. Fahmi merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan dari salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam ternama tempatan.

Walaupun die pemegang ijazah, Fahmi tidak malu berkerja dari bawah sebagai penghantar gas memasak ke pelanggan-pelanggannya.

Sebagai pembekal gas, sudah semestinya Fahmi berjumpa ramai orang. Dengan berjumpa ramai orang sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan diri & kebolehan komunikasinya bagus dari semasa ke semasa.

Selain itu dia akan lebih memahami apa itu perniagaan bermula dari basic. Sebab itulah Fahmi sanggup bekerja sebagai penghantar gas.

DETIK PERKENALAN DENGAN LINDA

Pada suatu hari, Fahmi telah pergi menghantar gas ke satu rumah orang kaya di Dungun. Sebaik sahaja sampai, Fahmi turun memberi salam & menekan loceng rumah besar itu.

Alangkah terkejutnya apabila seorang gadis cantik telah membuka pintu. Gadis itu bernama Linda. Linda merupakan seorang yang peramah & tidak sombong. Dia menerima baik kedatangan Fahmi yang menghantar gas ke rumahnya.

Selesai mengangkat & memasang gas, sebelum balik Fahmi sempat lagi untuk memberanikan diri untuk meminta nombor telefon Linda. Bermula dari situlah mereka berkenalan & lama-kelamaan mereka bercinta.

Akan tetapi, ibu kepada Linda dapat tahu mengenai percintaan Linda & Fahmi si penghantar gas. Ibu Linda seorang Datin yang sangat mementingkan status. Ibu Linda sudah mempunyai calon lain yang mahu dijodohkan kepada Linda. Calon itu seorang anak Dato yang kaya.

PINANGAN DITOLAK SEBAB KERJA TIDAK SETARAF

Walaupun ditentang ibu, Linda tetap meneruskan hubungannya dengan Fahmi kerana dia berpendapat Fahmi merupakan seorang yang baik, rendah diri, pandai berkata-kata & juga mampu menjadi imam dalam solat.

Tak lama kemudian, Fahmi nekad untuk menghantar rombongan meminang ke rumah Linda. Ibu Linda sangat terkejut dengan kedatangan rombongan itu. Kerana dia telah ada rancangan lain untuk Linda.

Satu kejadian sedih telah berlaku dimana ibu Linda telah MENOLAK pinangan daripada keluarga Fahmi. Hanya kerana Fahmi hanya seorang penghantar gas, kerja yang tidak glemer, dia telah menolaknya bulat-bulat. Ibu bapa Fahmi berasa sangat malu & marah dimalukan sedemikian rupa.

Ibubapa Fahmi telah tawar hati & meninggalkan rumah Linda sambil berkata “Ayuh nak, kita tinggalkan sahaja orang yang sombong ini. Mungkin kamu tidak berjodoh dengan dia. Tidak mengapa, Bunga bukan sekuntum”

HAKIKAT SEBENAR FAHMI & KELUARGA

Namun satu tanda tanya menjadi persoalan dibenak minda keluarga Linda ialah, kenapa Fahmi yang kerjanya hanya penghantar gas mampu memakai kereta mewah Nissan Skyline.

Kereta yang menjadi idaman orang muda seusia Fahmi. Setelah disiasat, rupa-rupanya Fahmi berkerja sebagai penghantar gas rupanya adalah sebahagian daripada perancangan ayah Fahmi supaya menimba pengalaman dari bawah.

Fahmi rupa-rupanya berkerja di syarikat besar pengedar gas terbesar di Negeri Terengganu. Ayah Fahmi merupakan CEO disitu. Fahmi adalah bakal CEO seterusnya yang dalam proses pembelajaran yang bakal menerajui perniagaan ayahandanya kelak.

PENYESALAN

Terduduk ibu Linda apabila mengetahui cerita sebenar. Linda menangis teresak-esak. Ada juga dia cuba memujuk keluarga Fahmi semula, namun sukar diterima. Ini adalah pengajaran yang besar buat keluarga Linda,terutama ibunya.

Janganlah memandang keduniaan, janganlah menghina orang lain, janganlah menilai orang lain hanya dari luaran.Sebagai ibu bapa juga perlulah memeudahkan urusan jodoh anak,bukan meyusahkan.

Sumber: penaviral.com

Tolonglah Berhenti Letak Bedak Talkum Di Muka Dan Kemalluan Anak Jika Sayangkan Anak


Pasti setiap ibu sudah biasa menggunakan bedak bayi kepada anak-anak. Bukan sahaja wangi, namun untuk mengelakkan gatal serta alergi kulit yang lain. Disapunya bedak tersebut penuh ke muka anak atau bahagian tubuh lain. Bila sudah dibesarkan dengan bedak, jadi susah untuk buang tanggapan ada bahaya yang menanti pada bedak talkum yang biasa digunakan.
Benarkah begitu? Sebagai pengguna anda seharusnya prihatin, bukan tidak boleh menggunakannya langsung, tapi ada cara dan tekniknya untuk pakai. Namun untuk selamat, lebih baik tukar sahajalah kepada bedak talkum jenis ”free talc” untuk keselamatan anak-anak atau kita sendiri yang menggunakannya.

Perkongsian oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin yang tular di laman facebook seeprti di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Pilihan di tangan masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua.

MAAFKAN AYAH MAYA… AYAH TAK TAHU…

Sebelum tidur Maya buat muka mengada. “Ayah, ayah, Maya cantik tak?”

Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah. Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu.


Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat. Bedak je kot, aku dulu pun pakai!


Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas itu tapi batuknya masih berlaku. Something wrong…

Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak talkum terkenal yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan can  cer ovari!

Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!


Actually kalau diteliti kes bedal talkum terkenal tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK ITU DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.

Saya highlight supaya bagi faham.

Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak talkum terkenal ini kepada anak anda.

1) Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit
2) Jangan letak dalam lampin anak!
3) Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan
4) ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!

Kalau anda nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABYPOWDER ! Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.

Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.

Kalau anda perasan packaging baru bedak talkum ini memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka utk kanak2, tapi untuk packaging yang lama termasuk yg ada kat rumah sy tu, memang tak dinyatakan.


Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date. Selamat menjadi pengguna bijak!

Psss : sesiapa yg beli bedak talkum terbaru ini, bleh amek gambar tak ada ke yg amaran bahaya ni?.  Kita kadang-kala memang terlepas pandang benda-benda macam ni. Hal ini nampak macam remeh,tak mungkin lah berlaku atau kita kata eh tak logik lah. Tapi ingatlah,kecuaian kita ini boleh mebawa padah kepada orang yang paling kita sayang. Oleh marilah kita menjadi pengguna yang bijak dan peka dengan hal-hal sebegini. Semoga kisah ini menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.

Sekiranya bermanfaat.kongsikanlah bersama rakan anda. Terima kasih.

Sumber: Siakapkeli.my

Sunday, 13 January 2019

Amaran NASA. Asteroid Sebesar Piramid Giza Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok


Sejak akhir-akhir ini berita tentang kejadian bencana-bencana  alam telah menarik perhatian media dan ramai masyarakat di seluruh dunia. Berita tentang asteroid dan isu pemanasan global semakin serius . Berikut adalah beberapa berita terbaru yang amat membimbangkan. Dunia ini memang sudah tua hanya menunggu harinya.
NASA baru-baru ini mengesahkan batuan angkasa, Asteroid 2016 AZ8 akan terbang melintasi Bumi pada jarak yang agak dekat, Isnin ini.

Asteroid yang mempunyai kelebaran 430 meter ini akan terbang pada jara 2.3 juta batu daripada Bumi.

Apa yang mengejutkan, pemerhatian lanjut yang dibuat oleh NASA mengesahkan 2016 AZ8 bukanlah satu-satunya asteroid batuan angkasa yang bakal terbang melintasi Bumi, sebaliknya ia diekori satu lagi batuan angkasa dengan bentuk seolah-olah sebatang curut.

NASA kemudian mengesahkan asteroid berbetuk curut yang lebih kecil itu bertindak seperti bulan yang terbang sambil mengelilingi 2016 AZ8 pada jarak kira-kira 400 meter dan mempunyai lebar 180 meter.


Viral Dua Beradik Selongkar Sampah. YB Adun Dedah Identiti Sebenar Mereka.


Ekoran viral dua beradik berpakaian sekolah selongkar sampah, YB Adun Pelabuhan Klang tekad mencari mereka seawal jam 430pagi. Alhamdulillah ini rupanya identiti sebenar mereka. Terbaik YB !!

DUA BERADIK TULAR WARGA MYAMMAR

Dua beradik berpakaian sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah tular di laman sosial bukan warga tempatan, sebaliknya warganegara Myanmar.

Menurut Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, ibu bapa kanak-kanak terbabit merupakan pelarian Rohingya dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, pihaknya menjejaki keluarga berkenaan selepas mendapat makluman daripada netizen di laman sosial.

“Kita bersama bersama sukarelawan Team Muafakat Klang mengambil inisiatif untuk mencari keluarga adik beradik itu seawal jam 4.30 pagi tadi kerana tidak mendapat maklumat lengkap bagi menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan.

“Alhamdulillah kita berjaya menemui keluarga tersebut hasil maklumat pengunjung serta pekerja di Pasar Pelabuhan Klang,” katanya.

Menurut Azmizam, bapa kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Islam Abdul Husson, 43, dan isterinya, Nujumah Khatu Sultan Islam, 43, tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.

“Nur Islam bekerja sebagai pembantu di kedai menjual sayur-sayuran di pasar berkenaan dengan upah RM50 sehari, manakala isterinya tidak bekerja.

“Pasangan ini mempunyai enam anak berumur 14 hingga setahun dan menyewa di sebuah rumah kedai berhampiran pasar berkenaan.

“Disebabkan gji diperoleh tidak mencukupi, mereka terpaksa mencari barang-barang lusuh untuk dijual bagi menampung kehidupan lapan beranak,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, sewa dan bayaran utiliti rumah yang mereka diami sekarang dibayar oleh majikan bapa anak-anak tersebut.

“Difahamkan, dua kanak-kanak, Mohammed Jubair, 14, dan adiknya, , Sufaidah Nur Islam, 11, bersekolah di salah satu sekolah swasta di Klang,” katanya.

Menurut Azmizam, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu keluarga tersebut bagi meringankan kos perbelanjaan anak-anak mereka.

“Memandangkan mereka ini warga asing, tetapi atas dasar kemanusiaan, kita akan membatu keluarga ini.

“Jika orang ramai ingin menyumbang, boleh menghubungi keluarga mereka di talian 011-25481224,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada netizen kerana peka dengan perkara ini.

“Tapi kita mahu mereka bertanggungjawab bila hendak memuat turun sebarang perkara, kena ada maklumat lengkap agar tidak timbul sebarang persepsi tidak baik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, 8 January 2019

Cikgu tanya “Siapa punya beg ni?” ” Saya” -Kawan² gelakkan plastik beg ikan


Setiap individu pastinya mempunyai kisah pahit di sebalik kisah manis. Namun, perkongsian kisah sebegini bukanlah untuk menagih simpati tetapi untuk memberikan sedikit sebanyak inspirasi. Jika kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah.
Sedikit perkongsian saya semasa di sekolah rendah sekitar tahun 1992-1997.

Anak Askar Pencen, Penoreh Getah

Saya dilahirkan pada tahun 1985 iaitu tahun yang sama ayah saya bersara sebagai tentera dengan elaun persaraan yang kecil.

Emak pula suri rumah sepenuh masa membesarkan 9 orang anak. Ayah melakukan pelbagai kerja termasuk menoreh getah bagi menampung keperluan keluarga.

Dan saya, merupakan anak ke 8 daripada 9 beradik. Ketika berusia 5 tahun, saya belum dapat memasuki pra sekolah atas faktor kekangan kewangan keluarga.

Pada ketika itu, kakak sulung saya sedang melanjutkan pengajian di universiti. Tiga yang lain berada di sekolah menengah manakala tiga lagi di sekolah rendah. Seorang lagi, merupakan adik perempuan saya.

Keinginan untuk ke sekolah amat tinggi kerana setiap pagi melihat rakan-rakan sebaya di kampung telah pun ke sekolah, memakai baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dengan alat tulis, pensil warna dan bekas air yang berwarna-warni. Sungguh mengujakan. Tapi, saya hanya mampu melambai mereka ke sekolah dari pagar rumah.

Guna semula plastik beli ikan sebagai beg sekolah

Pada tahun 1991, usia saya 6 tahun, akhirnya ayah mendaftarkan saya pra sekolah. Gembiranya bukan kepalang. Saya sudah membayangkan beg sekolah dan alat tulis yang diimpikan.

Namun, ayah memberitahu yang ayah tidak mampu membeli itu dan ini. Saya memahami dan tidak kisah asalkan dapat pergi sekolah.Emak pula mengumpul pensel-pensel lama yang saya ingat panjangnya hanya saiz jari kelingking.

Pemadam? Ikatkan saja tali getah di hujung pensel untuk dibuat pemadam. Gam pula emak masakkan tepung kanji dan dimasukkan ke dalam bekas.

Baju? Jangan risau emak kata. Baju lama abang-abang saya boleh dipakai lagi. Beg pula? Emak ke dapur, mencari sesuatu dan kelihatan buntu.

Akhirnya, emak membasuh plastik yang digunakan untuk membungkus ikan yang dibeli pagi tadi.

Emak kata untuk sementara. Lalu saya ke sekolah menggunakan beg plastik itu. Pemegang plastik disangkut ke bahu seperti beg sekolah biasa. Entah kenapa, pada ketika itu saya tidak rasa malu dan silu. Yang penting, dapat ke sekolah dan belajar macam kawan-kawan saya.

Sampai di kelas, beg-beg sekolah dikumpulkan di suatu sudut dan hanya akan dipulangkan sebelum pulang ke rumah. Sebelum pulang, cikgu akan mengangkat beg satu persatu dan bertanya siapa pemilik beg untuk dikembalikan.

“Siapa yang bawa beg plastik ni?” “Saya!”.

Pada ketika itu, saya rasa sedikit malu sebab ditertawakan kawan-kawan. Tapi saya segera mendapatkan beg tersebut. Tidak lama bertahan, plastik koyak. Setelah kerap mengganti beg plastik. Emak mengadu pada ayah supaya membelikan saya beg sekolah baru.

Ayah berikhtiar. Saya berdebar. Ayah pulang, ayah menunjukkan beg baru. Saya melompat kegembiraan. Saya gembira dapat beg baru walaupun sebenarnya ayah hanya beli beg plastik lain.

Kali ini beg plastik yang cantik. Lebih kukuh. Ada gambar sebelah biru sebelah merah. Saya masih ingat, sebab beg itu cukup bermakna.

Beberapa bulan kemudian, koyak juga. Akhirnya, kakak sulung memberikan beg lamanya kepada saya, beg sandang putih dengan gambar kereta api. Saya menerima sahaja asalkan ada juga beg.

Aci Beri Baju Sekolah

Terasa janggal apabila hampir separuh penggal, saya seorang sahaja yang masih tidak mempunyai pakaian seragam. Jiran saya berbangsa India melihat saya masih tiada baju seragam lalu dia memberikan salah satu baju seragam anaknya kepada saya.

Saya terus pakai baju tersebut dan tidak sabar pulang ke rumah untuk menunjukkan kepada ayah dan emak yang saya telah ada baju sekolah! Ayah saya terkejut dan bertanya dari mana saya mendapatkan baju.

Aci bagi!!! Tapi ayah tertawa, baju tersebut ternyata tidak sesuai dengan saya. Saya berlari dan melompat hampir terjatuh. Bajunya besar. Seluarnya labuh. Tidak kisah. Saya sudah terlalu gembira. Emak segera mengubahsuai saiz baju tersebut.

Terima kasih Aci!!! Tiada baju sekolah bukan isu baru dalam keluarga saya. Abang saya juga tiada t shirt seragam sukan. Ketika bersukan, dia pakai baju Melayu juga.

Tiada duit belanja

Di sekolah rendah, sebagai anak pesara tentera dan suri rumah, kedudukan kewangan keluarga membolehkan kami adik-beradik mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Namun, apabila makanan sama berulang, tekak kanak-kanak saya mula bosan untuk makan roti keras dan telur sejuk serta bubur lambuk kenyal. Teringin sekali nak makan di kantin bersama kawan-kawan.

Teringin sekali makan mee goreng.

Satu hari, saya pergi sahaja di kantin melihat kawan-kawan makan mee goreng. Harganya RM0.20. Memang saya tidak mampu. Saya tiada walau sesen pun.

Saya meminta-minta kawan saya untuk rasa mee goreng, diberikan sesudu. Sedapnya. Esoknya saya tidak mahu makan RMT juga.

Saya pergi di kantin lagi. Duduk memerhati dan mengendeng kawan-kawan yang makan mee goreng. Tumpang selera orang kata. Tidak dapat tahan, saya meminta lagi. Dapat sesudu. Memang sedap. Sehingga satu ketika, kawan tersebut sudah tidak selesa diganggu saya untuk meminta makannya.

“Hari-hari nak mengecek mee kita, kita bagi tahu mak kita”. Sejak itu, saya tidak mengecek makanan orang lagi. Tahan selera.

Bekal Nasi Lemak Olok-olok

Emak sentiasa memahami. Anaknya ingin makan di kantin. Ingin makan makanan yang lebih sedap. Esok paginya, emak membungkus nasi putih biasa seperti bungkusan nasi lemak. Olok-oloknya seperti nasi lemak yang dijual di kantin untuk kami adik-beradik bawa bekal ke sekolah.

Emak kreatif! Kami semua teruja. Sekarang saya sudah boleh makan di kantin. Saya makan nasi lemak olok-olok saya dengan kawan-kawan lain.

Pernah juga bekalan air di rumah terputus. Emak tidak dapat menyediakan bekalan makanan. Ketika itu saya nampak muka emak sangat risau memikirkan apa anak-anaknya akan makan.

Emak selongkar kabinet dapur. Ada tin milo yang berkarat. Emak buka penutup dengan sudu. Rupanya di dalam tin tersebut ada koleksi duit syiling 5 sen.

Emak beri seorang 30 sen. 20 sen untuk beli makanan, 10 sen beli minuman. Gembira, sebab itu kali pertama ada duit belanja. Saya beli mee goreng kegemaran saya dan air sirap.

Namun, saya terbayang-bayang tabung tin milo emak saya. Saya nampak di dalamnya sudah tiada lagi baki syiling. Kami semua tidak meminta lagi duit belanja kerana kami sendiri nampak tiada lagi baki dalam tabung tin milo yang emak sorok di kabinet dapur.

Jana pendapatan, jual lukisan dan anjur pertandingan. Suatu hari, ada kawan saya memberikan saya rasa kuih karipap yang dibeli di kantin. Sedap juga.

Saya berjumpa abang saya, bercerita tentang sedapnya kuih karipap. Abang membelikan saya satu, 10 sen harganya. Mana abang dapat duit? Rupanya, abang menjual lukisan tangannya. Dari situ, saya dapat idea untuk menjual lukisan juga.

Saya lukis gambar kartun 5 orang. Setiap satunya berharga RM0.10. Kawan-kawan suka lukisan saya. Semuanya terjual. Tanpa membuang masa, saya membeli 5 biji karipap. Saya makan tiga, dan lagi dua saya beri kepada abang saya.

Tapi, abang saya marah. Abang suruh saya berjimat. Sepatutnya sehari beli satu karipap sahaja katanya. Abang maklumkan perkara ini pada emak. Emak juga menegur saya supaya lebih berjimat.

Saya akur saya telah membazirkan kesemua wang dalam masa sehari. Sepatutnya saya berjimat. Ayah amat mementingkan berjimat cermat dan menabung. Kalau dapat duit raya, ayah hanya benarkan beli barang bermanfaat. Saya membeli jam tangan. Wang baki ayah buka akaun Tabung Haji.

Suatu hari kawan memberitahu, kedai runcit di depan sekolah ada alat baru bernama mesin canggih bernama mesin fotostat.

Saya tidak tahu mesin apa itu. Kawan saya membawa lukisan saya (gambar doraemon) ke kedai dan fotokopi gambar tersebut. Saya amat teruja.

Jadi, saya mengumpul beberapa orang kawan yang suka mewarna untuk bertanding mewarnakan lukisan saya. Saya akan menjadi juri. Mereka setuju. Saya akan lukis dan fotokopi. Yuran penyertaan RM0.20. Saya dapat sedikit untung.

Selepas kejayaan pertama, saya buat pertandingan kali kedua. Penyertaan bertambah ramai termasuk pelajar kelas sebelah. Lukisan semakin rumit. Dengan wang penyertaan, saya membeli alat tulis kepada pemenang. Baki duit, saya beli alat tulis yang saya impi, pensel tekan-tekan (mekanikal).


Kenangan bersama keluarga besar ketika sambutan hari raya yang lalu.

Masuk pertandingan demi hadiah

Saya masuk pelbagai pertandingan. Semua pertandingan saya akan usaha untuk menang. Saya bukan nak asah bakat sangat. Saya bukan gilakan populariti atas pentas. Saya hanya perlukan hadiah.

Hadiah-hadiah pertandingan biasanya alat tulis dan buku. Saya amat memerlukannya kerana saya tidak mampu membelinya.

Segalanya bermula ketika peperiksaan darjah satu. Soalannya meminta pelajar hanya mewarnakan buah-buahan dalam gambar-gambar yang diberikan. Pasti, saya dapat membezakan buah-buahan dengan bukan buah-buahan.

Saya jadi panik sebab saya tiada pensel warna. Lalu saya hanya warnakan dengan pensel.

Selepas cikgu menanda kertas soalan, cikgu bertanya di dalam kelas “kenapa warnakan buah rambutan warna hitam? Buah dah busuk ke?”. Lalu saya ditertawakan. Pengalaman ini amat sedih. Saya hanya tidak mampu. Bukan tidak tahu.

Tidak lama selepas itu, kawan saya menghadiahi saya pensel warna. Dia memberitahu ayahnya. Itulah pensel warna pertama saya. Terima kasih.

Alhamdulillah, selepas itu, tiada satu pun pertandingan saya kalah. Saya menjuarai pertandingan melukis poster di peringkat sekolah dan daerah.

Saya dapat hadiah set alat tulis yang lengkap termasuk set geometri yang lebih cantik dan mahal daripada yang dimiliki rakan-rakan sekelas saya.

Saya jadi teruja untuk masuk pertandingan selalu. Saya masuk pertandingan otak komputer, saintis muda, menulis khat, syarahan, berzanji, dan sukaneka.

Pelbagai hadiah membuatkan saya semakin teruja. Ayah sentiasa memberikan sokongan. Setiap kali pulang ke rumah membawa hadiah, ayah akan jerit “Anak Ayah!!!”.

Saya suka menyusun hadiah di rumah, emak tersenyum dan sehingga sekarang emak bercerita tentang saya kepada cucu-cucunya yang suka menyusun hadiah dari ruang tamu sehingga ke dapur rumah. Banyaknya!!!

Saya masuk pertandingan bercerita sehingga berjaya ke peringkat kebangsaan dan mendapat pelbagai buku dan wang tunai. Wang tunai tersebut ayah simpan. Ada digunakan untuk membeli kasut sekolah pertama dari kedai kasut. Saya tidur bersama kasut tersebut. Puas rasanya memiliki kasut dengan usaha sendiri.

Sebelum ini, ayah akan belikan kasut sekolah lelong yang dijual secara lambak di pasar malam. Bukan kasut putih. Tetapi oleh kerana harga lelongnya mampu milik, ayah saya belikan juga. Tapi saya akan sapukan kapur biar nampak putih.

Basikal

Darjah 6, tahun 1997, saya menyertai pertandingan mewarna peringkat kebangsaan dengan meminjam set pensel warna rakan saya, anak orang berada.

Penyertaan melebihi 1000 peserta dari seluruh negara. Hadiah utamanya, sebuah basikal. Saya teringin sekali ada basikal sendiri. Saya sudah terbiasa jika ingin sesuatu kena usaha sendiri. Sebab tahu ayah tidak mampu.

Alangkah berdebarnya menunggu keputusan. Sehinggalah keputusan tiga tempat teratas. Saya diumumkan mendapat tempat kedua. Semua rakan bersorak. Tapi saya bersedih. Ini bermakna, saya terlepas mendapat hadiah sebuah basikal.

Emak dan ayah serta adik beradik turut berbangga dan mengucapkan tahniah, saya tidak dapat menahan sedih. Saya menangis. Ayah pelik, anaknya mendapat tempat kedua menewaskan lebih 1000 peserta lain dan mendapat liputan akhbar serta menerima hadiah yang banyak. Barulah ayah tahu bahawa saya kecewa tidak menjadi juara untuk memiliki sebuah basikal.

Lama bermurung, lalu ayah membawa saya ke kedai basikal. Saya pelik kerana ayah pastinya tidak mampu. Ayah simpan wang kemenangan saya sebelum ini dan ayah menambah sedikit simpanan ayah dan meminta untuk dibayar secara ansuran. Akhirnya saya memiliki basikal. Ayah mengajar saya berusaha sehabis baik untuk memiliki sesuatu. Ayah suruh saya buat yang terbaik dalam peperiksaan UPSR.

Pelajar Mithali

Menerusi pencapaian saya dalam kokurikulum, sekaligus meningkatkan prestasi saya dalam akademik.

Saya mampu menulis karangan kerana biasa memasuki pertandingan syarahan dan bercerita. Saya mahir Matematik dan Sains kerana sering menyertai pertandingan Saintis Muda dan Otak Komputer selain sering berkira-kira menguruskan kewangan.

Kerana petah berkata-kata sejak memasuki pertandingan syarahan di peringkat negeri dan bercerita peringkat kebangsaan, saya juga dilantik menjadi pengawas, ketua badan beruniform dan pengerusi persatuan. Akhirnya, saya diangkat menjadi Pelajar Mithali pada tahun 1997 dengan keputusan UPSR 4A.

Saya selalu tidak merasakan hidup saya susah, malah selalu bersyukur.Emak selalu bercerita tentang kisah ayah jauh lebih sedih. Ayah anak yatim piatu. Surat beranak pun tiada. Arwah nenek memberitahu ayah, sijil lahirnya sudah dibawa lari tentera Jepun. Ayah berjalan mencari rezeki 9 batu hari-hari.

Kak Long? Mak beritahu sehingga tangannya menggelembung panas menjinjing beg sekolah yang berat di waktu panas. Selalu mengikut ayah pindah randah mengikut tugasan tenteranya. Hampir seluruh negeri ayah menetap. Emak memotivasikan dengan menceritakan bahawa Kak Long sentiasa dapat nombor 1 di dalam kelas walau ke mana sahaja sekolah dipindahkan. Kak Long kini seorang doktor veterinar. Jika Kak Long boleh, mengapa tidak saya.

Emak pernah berseloroh, agaknya, kalau kita hidup macam tu di zaman sekarang, mungkin keluarga kita mendapat liputan rancangan Bersamamu TV3.

DR MOHD ISTAJIB MOKHTAR

BSy (Law), MSy, PhD (Malaya)

– Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.


Kelayakan Akademik

Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-undang)

-Lulus dengan Kepujian dengan Cemerlang.   -Anugerah Pelajaran DiRaja Universiti Malaya 2008.

Sarjana Syariah (Syariah, Undang-undang dan Pencemaran Air)

-3 Tesis Terbaik (Kategori Master), Yayasan Nurul Yaqeen 2011.

Doktor Falsafah (Etika Perundangan Islam dan Konservasi Biodiversiti)

-Tesis Cemerlang.  – Anugerah Graduan PhD Cemerlang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2015

Semoga memberikan inspirasi buat adik adik ya. Jangan lupa like komen dan share ya.

Credit : GPS Bestari

Subhanallah.Keluarga ini berkayuh basikal ke Mekah.Turut serta anak 6 tahun.


BUKIT MERTAJAM: Setelah dua ari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, hari ini meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Muchlis Abdullah, 47, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.

Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.

Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ keluarga itu bermula pada 11 Julai dengan Muchlis dan anak sulung mereka, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isterinya Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak mereka, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.

Keluarga itu tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum menyambung perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.


Di Pulau Pinang, Muchlis dan keluarga menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.

Keluarga itu meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.

Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui keluarga itu ialah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.

Menurut Muchlis, persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.

Beliau berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.

“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.

Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.


“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya  ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.

Sumber: Bernama via kehidupansatupersinggahan

7 Fadhilat Mengerjakan Ibadah Umrah

Adalah menjadi impian semua Islam di dunia untuk sampai ke tanah suci Allah, Mekah dan Madinah. Bersyukur kepada siapa yang sudah mengerjakan ibadah Umrah/Haji. Bagi yang belum berkesempatan, usahlah anda risau. Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah menerima kita sebagai tetamuNya suatu hari nanti. Pada entri kali ini, ingin mengupas tentang fadhilat-fadhilat (kelebihan) mengerjakan ibadah Umrah.  Mengerjakan ibadah Umrah sama istimewanya dengan mengerjakan ibadah Haji.Kebanyakan hadis banyak menceritakan perihal kelebihan menunaikan ibadah Umrah.

#1 Menjadi Tetamu Allah

Ibadah Umrah menjadi istimewa apabila kita dipilih dan menjadi tetamu Allah di tanah suci untuk menunaikan Umrah.Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperhang”

#2 Pahala & Ganjaran Dilipatgandakan oleh Allah

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda pada tahun haji Wada’ di Mekah,

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

#3 Tidak Dihisab Jika Mening    gal Donia Semasa Menunaikan Umrah

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu mening   gal donia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa mening   gal donia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’

#4 Pahala Umrah di Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

#5 Menghilangkan Dosa & Kefakiran

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

#6 Diwajibkan Walaupun Sekali (jika mampu)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja.Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Ibnu Umar RA berkata,“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Riwayat Bukhari)

#7 Penghapusan Dosa

Rasululluh S.A.W telah bersabda yang bermaksud

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Sumber: massnizam travel

Saturday, 5 January 2019

Cabut rumput,terjumpa makhluk macam mentadak,badan manusia,berkepak & mata besar


Pengalaman bertembung makhluk pelik mentadak serupa manusia, yang dilalui Anna Cottage ketika membersihkan laman depan rumahnya benar-benar memberi kejutan. Kejadian berlaku pada 20 Mac lalu dicatatkan dalam status facebooknya. Dua hari selepas itu barulah dia mendapat jawapannya.
“Tak tahu nak kata apa. Dan apa petanda yang nak ditunjukkan. Pada mulanya dah nak masuk rumah. Hari dah mula panas, kepala pula rasa pening nak muntah.

“Bila terpandangkan rumput dalam pasu kertas, mulalah duduk dan cabut-cabut rumput dalam pasu. Ambil pula gunting, guntinglah pucuk yang dah gugur bunga.

“Tiba-tiba terselak dahan bunga kertas. Terkejut nampak seperti mentadak tapi macam bentuk manusia. Badannya.. matanya besar. Pandang ke arah ku.”

Hatinya tertanya-tanya, makhluk apakah itu? Tak pernah seumur hidupnya melihat makhluk sedemikian. Badan Anna menggigil sejuk.

“Tengok je menatang tu, kuatkan diri nak tahu apa bendanya. Kuis dengan gunting. Tiba-tiba tangannya menahan gunting tu seolah-olah dia takut kita nak bunuh dia.

“Matanya berkedip memandangku. Dia bergerak seperti manusia panjat pokok.”

“Ya Allah! Apa benda ini?” Ana menjerit cepat-cepat panggil anak kecilnya, Danish.


Terkejut Sampai Terjelepuk Depan Pergola
Minta ambilkan handphone untuk dia merakamnya. Tapi makhluk itu terus terbang ke pokok kertas besar depan pergola.

Aku kuatkan diri bangun ikut tapi cari-cari makhluk itu dah tak ada. Tak nampak dah dia terbang ke mana.

Gegar-gegar dahan dah tak ada.

Aku hairan terus terjelepuk depan pergola.

“Sejuk macam air batu badanku. Rasa tak berdarah. Dalam fikiranku, apakah bendanya itu. Rupa bentuk macam manusia. Cara memanjat macam manusia.”

“Kalian mungkin tak percaya. Tapi itulah kejadian pagi ini yang menjadi pertanyaanku. Makhluk apa itu dan apa yang Allah nak tunjukkan padaku.”

Tubuhku masih menggigil lagi ketika ini.

Jantungku laju seperti baru lepas berlari


Selepas 2 Hari Temui Jawapan Makhluk Mentadak Serupa Manusia
Persoalan yang bermain-main di fikiran Anna akhirnya terjawab apabila anak buahnya menunjukkan gambar yang digoogle di Internet. Seperti yang disahkan, itulah rupa makhluk yang dilihatnya ada di laman garden rumahnya.

“Akhirnya terjawab sudah. Memang benak makhluk Allah ini wujud rupanya.”

Hari ini ada kelas di rumah awah ibu. Seperti biasa setiap hujung minggu, kami ada kelas untuk famili. Habis je kelas, anak buah ku tanya.

“Acik benda apa yang acik nampak hari tu?

Aku pun ceritalah apa yang aku nampak dan gambarkan apa yang ku lihat.

“Ooo.. Acik benda itu memang ada kat oversea. Dia macam pari pari.”

Aku kata tak. Dia bentuk rupa badan macam manusia, kepak macam mentadak.

Ya.. Rupanya Sama
“Ya cik! Ada kat sana. Ada wujud kehidupan tu. Nanti orang google. Macam ini kan?” terperanjat aku melihat gambar tu.

“Ya Allah.. ya lah sama sebijik macam yang Acik nampak tu. Cuma kepaknya macam mentadak, mata besar tapi memang sama bentuk badan dengan muka dia,”

Sejuk seluruh tubuhku. “Betul-betul ada.. rupanya ya. Acik ingat ada benda yang tak baik nak jadi kat Acik or petanda apa la nak dibagitau kat Acik”

“Memang terkejut betul aku bila melihat apa yang aku alami benar-benar wujud.”Buat sahabat semua, inilah rupa benda yang aku lihat dipokok bungaku kejadi pada pagi Selasa lalu. Cuma beza kepaknya seperti mentadak dan matanya besar terjojol

Semoga apa yang berlaku hanya untuk pengetahuanku tentang adanya kehidupan lain di muka bumi ini.

Sumber/Foto : Anna Cottage
Kredit: mingguanwanita.my

Thursday, 3 January 2019

Passport ayah dipegang pihak Thailand.Perlu RM200,000 untuk pulang.


PASANGAN suami isteri yang kemalangan di Thailand, mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang, Selangor, selepas keluarga kepada warga Thailand yang meninggal dunia dalam kejadian itu menuntut pampasan RM200,000.
Dalam kemalangan pada 10 malam 19 Disember lalu, Abd Wahab Yahaya, 56, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, dikatakan bertembung dengan pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand.

Mengikut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.

Anak kepada pasangan itu, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, berkata, dia sekeluarga kini buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan bapanya yang p4rah dan masih dirawat di Hospital Krabi, Krabi.

“Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya peÏ€gsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ing4tan sekejap.

“Bapa pula p4tah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendar4han pada mata.

“Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang mennggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amirun Aziz berkata, bapanya kini masih dirawat dan baru selesai menjalani pembedahan di negara berkenaan serta tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan ia dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari depan.

“Malah, pasport bapa berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Dalam keadaan kesihatan bapa yang teruk, saya sekeluarga mahu bapa dibawa pulang secepat mungkin ke negara ini memandangkan ibu sudah dibenarkan pulang .

“Bapa tidak dibenarkan pulang kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa.

“Saya sekeluarga kini sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah bapa di Rawang untuk menampung tuntutan berkenaan. Saya meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

“Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank saya 162713016800. Segala jasa baik semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih,” katanya.

Baru Kenal Tak Sampai 2 Jam Tetapi Sanggup Jadi Penjamin Dan Cagarkan Harta.. Subhanallah.

Assalamualaikum kepada semua rakan2 sedikit info kes V1ral Kemalangan di Krabi.

Ketika semua orang di Malaysia berseronok untuk menyambut kedatangan tahun baru 2019 pada tengah malam ni tetapi lain pulak cerita En, Abdul Wahab yg terpaksa kesedihan utk memikirkan tentang nasib beliau yg kem4langan pada 19/12/18 di Krabi.

Sy bersama Abg Zakrozen Wazir (Group Harley BigBike Malaysia) sempat juga pergi menziarahi En,Wahab utk bertanya status keadaan beliau di krabi, Alhamdulillah En,Wahab dalam keadaan sihat walaupun dlm keadaan yg sangat menyedihkan beliau hanya boleh makan menggunakan jarum straw utk dimasukan dlm mulut yg ditutupi rapat dengan besi & getah disebabkan rahangnya p4tah.

PERLU JAMINAN WARGA TEMPATAN ( THAILAND )

Menurut En,Wahab beliau di ikat jamin sebanyak 120k Thai Bhat & perlu ada jaminan orang tempatan thai utk letakkan geran tanah atau rumah sebagai jaminan beliau daripada pihak makamah sekiranya di ikat jamin duit sahaja tidak lagi memenuhi syarat tersebut.

Kenal Tak Sampai 2 Jam ..


Di sebalik cerita tersebut, yg sy paling menyentuh hati adalah ada orang thailand yg baru kenal x sampai 2 jam sanggup menggadaikan tanah kepada En,Wahab sebagai jaminan beliau, kalau di ikutkan hamba Allah tersebut tiada apa2 kaitan persaudaraan pun dgn en, Wahab tetapi dia sanggup buat begitu kalau dia x bgi geran tanah tersebut en,wahab akan ditahan didalam l0kap thailand di Krabi, Allah anda semua bayangkan keadaaan dia yg p4tah 3 tempat di kawasan muka dgn dia pula sakit kencing manis yg perlu makan ubat tiap2 hari dengan menggunakan straw jarum hospital.

Disini sy dpt rasakan yg ketentuaan Allah itulah yg paling berkuasa melainkan manusia, dalam kita mengharapkan org lain Allah menghantar org lain yg sanggup gadaikan nilai yg x semua org sanggup buat begitu.

Pada 3 Januari 2019 ni en,Wahab akan dinaikan di makamah krabi utk kes perbicaraan beliau di krabi.

Pihak keluarga si m4ti tersebut meminta pampasan yg x masuk akal sebanya 3.6M Thai Bhat kepada en,wahab walupun siasatan belum putuskan lagi beliau bersalah. Dengan bantuan org malaysia & Konsul General Malaysia di Songkhla akan pergi bersama en,wahab ke perbicaraan beliau nanti.

Sy disini menyeru semua rakyat malaysia dapat bersabar banyak2 dan jaga emosi masing2, kita berserah kepada Allah sahaja menentukan kes pakcik Wahab diringankan dan dipermudahkan.

Untuk bantuan kewangan dan sebagainya boleh berhubung terus kepada menantu lelaki Pakcik wahab Izwan Yahaya di Krabi.

Sy ingin meminta kepada semua yg membaca posting sy berkenaan kes kemalangan Pakcik wahab disharekan sebanyak mungkin mana nak tahu dalam kesempitan tersebut ada Hamba Allah yg ingin menghulurkan bantuan kepada beliau. Sekurang2 nya kita bantu utk share berita sebegini utk peringatan kepada semua pelancong2 dari malaysia yg datang Thailand.

Sekian laporan daripada sy Yeid Farid Agent Travel Thailand di Krabi.

Sumber 1: Hmetro
Sumber 2: Yeid Farid

Sunday, 23 December 2018

Anak merengek mahu ibu. Ayah pakai niqab untuk pujuk susukan anak.


Bukan mudah nak menjadi ibu dan ayah ni, lagi-lagi ketika anak masih kecil banyak perkara yang perlu dititikberatkan.
Bayangkan kalau anak pula jenis ‘melekat’dengan ibu, memang susahlah si ibu kalau nak menjalankan kerja lain..alamak susah kalau macam tu.


Namun perkara itu terpaksa dilalui seorang bapa kepada enam orang anak apabila dia ‘terpaksa’ menyamar menjadi isterinya bagi memastikan anak kecilnya berhenti menangis.

Pemilik facebook Farizah Jaafar dalam postingnya di facebook berkata, si bapa telah mati akal untuk menyenyapkan anak kecilnya, Haqq yang merengek mahukan ibunya.

So, disebabkan Farizah merupakan seorang yang berniqap maka suaminya mengambil keputusan untuk memakai niqab isterinya dan menyusukan anak mereka, ternyata helah tersebut menjadi apabila si bongsu senyap dan ‘menyonyot’ botol susu yang diberikan suaminya itu.

Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm ser@m . Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum. Tp kali ni bulat mata dia.”

Katanya pada ketika itu dia terfikir, sekiranya suaminya bersuara hatta batuk sekalipun pasti anak kecil itu tau yang berniqab tersebut bukan ibunya yang sebenar.

“Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi. Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap”

#ini_bukan_mak_nakkk
#bapak_kau_ninja
#anwarrul_haqq

Katanya mereka mempunyai 5 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, selepas 9 tahun barulah dapat yang si baby, sebab tu ‘melekat’ lain macam dengan ibunya..patutlah, jarak anaknya jauh, memang manja la.

“Kami anak 5 Perempuan, 1 lelaki. 9thn baru dpt yg si baby. Harus la manje nak merap ngn mak , sampai abi pun terpaksa olok2 jadi mak”

Farizah menjelaskan dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan order kek, sebab tu suaminya terpaksa menyamar dengan memakai niqab, supaya anak lelakinya senyap.Lagipun Haqq agak susah dilayan oleh orang lain.

“ni hanya jln terakhir je usaha bapak nye haqq nak kasi dia diam. Puas pujuk..kang klu tak ibu x leh buat keje nak oii. Mujur bapak boleh olok2 jadik mak.”

So tak lama lepas Farizah muat naik gambar suaminya berniqab, postingnya terus viral dan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang kelakar melihat aksi ‘ninja’ suaminya itu.

Anak termenung fikir kenapa ibu seksi..


Aurat tu bang tak tutup habis…


Mengekek akak gelak fie oiii…


Bapak tenung tu tajam sangat, ce lembut sikit…


Kadang-kadang kami yang lelaki ni terpaksa berkorban demi keluarga yang tersayang, sekali sekali undercover untuk anak ape salahnya kan?hahah

sumber: Lobak merah

Monday, 17 December 2018

Ditegur Polis kerana bayinya tidak memakai carseat, Pemandu ini bingung kerana mereka belum ada anak.. Saat dia menoleh ke belakang ternyata..


Kisah itu bermula apabila kereta Nikk Rock yang dipandu oleh suaminya tiba-tiba diberhentikan oleh polis tempatan di saat mereka baru keluar dari rumah..

Walaupun polis itu adalah jiran mereka, tetapi suami Nikk sangat panik kerana dia tidak tahu apa kesalahan yang dia buat.

Polis segera menyapa suami Nikk dan memberi amaran kepadanya untuk meletakkan kereta bayi di dalam kereta untuk keselamatan bayi mereka.

“Saya perlu jujur. Alasan saya menghentikan anda adalah kerana anda mempunyai anak kecil di dalam kereta yang tidak menggunakan kerusi bayi,” kata anggota polis itu sambil menunjuk ke tempat duduk kosong mereka.

Bagaimanapun, suami Nikki keliru kerana mereka tidak mempunyai anak dan tiada bayi di dalam kereta.

“Saya tidak mempunyai bayi,” kata suami Nikk.Polis meminta suami Nikk jika dia pasti dan menjawab dengan mengangguk.

Tiba-tiba Nikk yang merekodkan kejadian itu mengeluarkan kit ujian kehamilan.
Pada mulanya suami Nikk masih tidak menyedari apa yang berlaku sehingga Nikk menjelaskan bahawa dia hamil.

“Kami mempunyai bayi di dalam kereta yang tidak menggunakan kerusi kereta,” katanya sambil ketawa ketika dia berkata satu perkataan.

“Saya fikir ini bermakna anda akan menjadi bapa,” kata polis.
Polis lain tiba-tiba datang dan memberikan hadiah untuk suami Nikk.

Dalam hadiah ada beruang teddy yang berkata, ‘Selamat bertemu di hari lahir mu ayah.’
Ternyata Nikk akan melahirkan anak di jangka pada hari jadi suaminya.

Suami Nikk tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan kejutan itu..
Nikk sengaja merancang dan meminta polis menolongnya.

Dia mahu memberitahu suaminya tentang kehamilannya dengan cara yang unik dan istimewa.
Plan itu berjaya, suami Nikk segera memeluk Nikk di dalam kereta dan kelihatan sangat gembira.

Kejutan yang hebat bukan?

P/S Ibu2 di luar sana boleh try cara ini atau cara yang lain daripada yang lain untuk memberi kejutan pada suami anda..

Kasihan! Bayi Ini Dilahirkan Tanpa Jari! Ternyata Ibunya Lakukan ini selama hamil.. Hati2 ibu diluar sana…

Kisah tragis ini dialami oleh bayi dari keluarga Xiao Lei. Bila si ibu diketahui mengandung dia dan keluarganya sangat gembira dengan berita itu.

Tetapi Xiao Lei berasa sangat kesepian, walaupun ada ibu mertua yang menjaga dia dan suami yang sangat menyukainya, dia masih berasa bosan dan kesepian. Dia tidak perlu melakukan kerja rumah, tidak ada hiburan di rumah, membuatnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan sepanjang hari.

Apabila tiba masanya untuk melahirkan, semua orang sedang menunggu kelahiran bayi.
Tetapi sebaik sahaja dia melihat bayi itu, suami Xiao Lei terkejut melihat keadaan anaknya, dia merasakan dirinya sendiri dan Xiao Lei tidak mempunyai sebarang penyakit

Doktor berkata: terdapat kemungkinan disebabkan oleh jangkitan toxoplasma, yang menyebabkan perubahan bentuk organ kanak-kanak.

Apa yang membuatnya pelik ialah mereka tidak ada anjing atau kucing, bagaimana mereka boleh mendapatkan jangkitan ini?

Semua ahli keluarga keliru, Xiao Lei juga hanya senyap. Rupa-rupanya, ada hari ketika pergi ke taman belakang rumah,

Xiao Lei menemui kucing liar yang sangat menyedihkan. Pada masa itu hati Xiao Lei tersentuh untuk membawanya, memandikan dan menyikat bulu kucing itu.

Xiao Lei tidak memberitahu suaminya mengenai perkara ini, dia secara senyap- senyap memberikan rumah kucing itu tempat tinggal.

Xiao Lei tahu tidak ramai orang yang akan pergi ke halaman belakang supaya tidak ada yang akan melihatnya.
Ternyata haiwan kucing adalah haiwan pembawa kuman Toxoplasma yang membahayakan janin pada rahim.

Sunday, 16 December 2018

Ini hukuman dan denda, jika tak solat fardhu di Terengganu


KUALA TERENGGANU – Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardhu di negeri ini boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fadhu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardhu.

Bagi kesalahan itu, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Bagi kesalahan itu, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Tegasnya, tindakan yang dikenakan terhadap umat Islam di negeri ini adalah satu pelaksanaan yang relevan, malah masyarakat perlu tahu itu bukan bertujuan menghukum tetapi sebagai pengajaran bagi mendidik umat Islam mematuhi perintah ALLAH menerusi pelaksanaan undang-undang.

“Tindakan itu juga, secara tidak langsung menunjukkan kasih sayang pemimpin yang bertanggungjawab untuk mengelakkan umat Islam daripada terus melakukan dosa dan maksiat.

“Bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula, peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, secara lisan melalui ceramah selain turun padang mendekati masyarakat terutama golongan remaja hari ini bagi memberi kesedaran dan mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya menjaga solat fardhu,” katanya.

Penguatkuasa JHEAT turun padang mengedar risalah tentang kesedaran kewajipan menjaga solat fardhu kepada orang awam di sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, seramai lapan lelaki Islam dicekup kerana didapati ponteng solat Jumaat sepanjang tempoh 2016 hingga November lalu.

Jelasnya, kesemua mereka ini didakwa di bawah Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu mana-mana lelaki akil baligh yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan dibenarkan hukum syarak merupakan satu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Nik Zuhaiza berkata, penguatkuasaan itu juga adalah bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan melaksanakan solat fardhu yang lain bermula dengan penekanan solat Jumaat secara berjemaah.

“Mungkin ada umat Islam yang seumur hidup tidak pernah solat. Menerusi penguatkuasaan ini secara tidak langsung akan membuatkan dia hadir ke masjid walaupun bukan secara sukarela dan siapa tahu hadirnya hidayah dan memberi kesedaran kepadanya,” ujarnya.

Beliau berkata, kempen dan kesedaran perlu diteruskan dan diperkasa lagi supaya selari dengan tindakan undang-undang yang diambil.

“Di bahagian penguatkuasaan, kami akan pastikan kempen kesedaran kepada umat Islam selari dengan penguatkuasaan yang diambil,” katanya.

sumber: sinar harian

Saturday, 15 December 2018

Piya Dedah RAHSIA Vietnam Menjelang Final AFF Di Tempat Lawan Nanti. TAK SANGKA.


Bekas pemain kebangsaan, Piya beritahu rahsia Vietnam buat pemain Malaysia yang mengejutkan ramai, menjelang final di Vietnam nanti.

PIYA – JANGAN GERUN PADA VIETNAM

Biarpun Vietnam dianggap pilihan menjuarai Piala AFF 2018, namun tiada yang mustahil buat Harimau Malaya untuk melakar kejuatan pada final kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.

Bekas perancang tengah Harimau Malaya, Badhri Radzi menegaskan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu turun dengan keyakinan tinggi dan tidak usah gerun dengan sebarang tekanan di stadium keramat Naga Emas.

Badhri yang berada dalam skuad kebangsaan sewaktu saingan Piala AFF 2014, menjelaskan sejarah sudah membuktikan Vietnam sebenarnya tidak terlalu kebal digelanggang sendiri selepas kecundang 2-4 kepada Harimau Malaya pada aksi separuh akhir kedua ketika itu.

“Pada 2014 kita tewas 1-2 di Shah Alam dan perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 di Vietnam. Tapi dengan keyakinan tinggi semua pemain kita berjaya menewaskan mereka 4-2 di Hanoi.

“Tapi bezanya kali ini tugas lebih mudah Harimau Malaya apabila hanya perlu menang tanpa mengira jaringan selepas seri 2-2 di Bukit Jalil,” kata Badhri yang lebih mesra dengan panggilan Piya.
ADVERTISING

“Sebab itu saya kata tiada yang mustahil, kerana jika menang 1-0 pun sudah cukup buat Malaysia. Semua pemain hanya perlu yakin kepada diri sendiri dan semua rakan sepasukan.

“Jangan terlalu fikir kelebihan Vietnam bagi mengelak daripada tekanan dan pemain hanya perlu turun beraksi seperti biasa.”

RAHSIA VIETNAM

Mungkin ramai yang dah lupa, Vietnam pernah kecundang dengan Malaysia dahulu di stadium mereka. Mereka sebenarnya agak gopoh dan tidak tenang di gelanggang sendiri.

Empat tahun lalu, puluhan ribu penyokong di Stadium My Dinh menjadi saksi kebangkitan dramatik Harimau Malaya untuk menyingkirkan Vietnam pada separuh akhir Piala AFF dengan agregat 5-4.

Kali ini, Harimau Malaya hanya memerlukan kemenangan tipis atau sekurang-kurangnya 3-3 selepas terikat 2-2 pada aksi pertama di Satdium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Selain itu, Piya juga percaya aksi di hadapan penyokong Vietnam tidak perlu dijadikan masalah utama untuk Harimau Malaya sekali lagi mengulangi sejarah 2014 di Hanoi.

“Mungkin Vietnam ada kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, tapi itu bukan masalah utama. Malah, penyokong kita pun ramai yang akan ke sana untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

“Kita sebagai pelawat juga boleh melakukan sesuatu dan saya percaya dengan barisan pemain berkualiti yang ada dalam skuad ketika ini, Malaysia mampu muncul juara Piala AFF 2018,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Kisah Sultan Kelantan Tak Dapat Masuk Restoran Kerana Penuh, Lepas Anda Baca Apa Yang Sultan Buat Masa Kejadian Ni Pasti Anda Terharu. YA ALLAH MULIANYA AKHLAK AGONG KITA!


Seorang pemilik restoran menceritakan bagaimana Sultan Muhammad V meminta maaf kepadanya kerana tidak membuat tempahan awal.

KOTA BHARU: Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian sifat mulia yang terdapat pada diri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Seri Paduka yang tidak terlalu berprotokol amat menguja dan menyentuh hati rakyat jelata, terutama mereka yang berpengalaman berurusan dengan baginda.

Sifat baginda itu terpancar pada peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu.

Baginda, ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons.

Tetapi diberitahu oleh pengusaha, restoran penuh hingga tidak dapat menunaikan permintaan baginda.

Tanpa banyak bicara, baginda pun berlalu dari situ.

Namun, anda boleh bayangkan betapa kesalnya pemilik restoran Chan Khek Jun yang tidak dapat melayani seorang VVIP!

Mengimbau kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.

Malah, kata Chan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.

“Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.

“Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal,” kata Chan ketika ditemui Bernama di restorannya.

Chan berkata baginda mengunjungi restorannya sekitar tahun 2000 ketika masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan – tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.

“Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda,” katanya.

Ikan masak stim jadi kegemaran

Chan berkata baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.

“Baginda tidak menitah menyediakan pinggan atau sudu dan garpu khusus, dan hanya menggunakan apa sahaja yang ada di restoran ini,” katanya.

Mengenai masakan kegemarannya di restoran itu, Chan berkata baginda gemar masakan yang kurang berminyak, masin dan pedas.

“Justeru, kami akan menggunakan minyak zaitun, mengurangkan garam dan lada dalam setiap makanan dipesan baginda,” katanya.

Chan berkata makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.

Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa “sizzling”, udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.

Air halia merupakan minuman kegemaran baginda.

Sementara itu, pekerja Restoran Four Season, Nur Emiezza Mohd Noor, 29, berkata pengalaman menjadi pelayan Sultan Muhammad V akan terus segar dalam ingatannya sepanjang 11 tahun berkhidmat di restoran itu.

Nur Emiezza berkata setiap kali baginda hadir untuk bersantap, beliau akan diamanahkan oleh Chan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

“Pada mulanya rasa gementar, namun keperibadian tinggi Sultan Muhammad V, yang sentiasa merendah diri membuatkan saya tidak lagi kekok,” katanya.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Istiadat pertabalan Agong telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April lalu.

Thursday, 13 December 2018

Final AFF. Kata TERKINI Sumareh Kepada Syahmi Buat Peminat TERUJA


Syahmi Safari hero Malaysia ketika menentang Thai tak dapat beraksi ketika Final lawan Vietnam di Bukit Jalil. Menjelang Final di Vietnam, Sumareh memberi komen mengejutkan terhadap Syahmi buat ramai peminat teruja.

BANTUAN SYAHMI MEMUDAHKAN TUGAS SAYA – SUMAREH

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh gembira dengan kehadiran semula tonggak pertahanan kanan, Syahmi Safari yang kini bebas daripada penggantungan menjelang aksi kedua final Piala AFF menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

Jelas Sumareh, ketiadaan pemain muda Selangor itu pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 2-2 Selasa lalu, amat dirasai terutama ketika melancarkan serangan ke kubu lawan.

Syahmi yang menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan di separuh akhir kedua menentang Thailand, kerap membantu bahagian serangan menerusi hantaran silang menarik sekali gus memudahkan tugas Sumareh yang beraksi di posisi sayap kanan pasukan.

Katanya, dia sangat serasi bergandingan bersama Syahmi yang sudah dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Walaupun Syahmi pemain pertahanan, dia banyak bantu saya ketika kami melancarkan serangan dari sebelah kanan.

“Malah, ‘chemistry’ antara kami cukup baik dan saya yakin kehadirannya dalam kesebelasan utama akan membolehkan kami mendapat rentak asal seperti mana ketika menentang Thailand,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), di sini, hari ini.

Pada aksi pertama di Bukit Jalil, tempat Syahmi diisi pertahanan kanan Perak, Amirul Azhan Aznan yang tampak gugup sepanjang aksi sebelum dia dikeluarkan dan digantikan dengan Syafiq Ahmad pada babak kedua.

Dalam perlawanan itu, skuad negara terlebih dahulu ketinggalan apabila skuad Naga Emas mendahului dengan dua gol hasil jaringan Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy (m-25).

Tonggak pertahanan tengah, Shahrol Saad kembali menghidupkan semangat pasukan negara apabila merapatkan kedudukan menerusi tandukan (m-36) sebelum Safawi Rasid meledak gol penyamaan hasil sepakan percuma pada babak kedua.

“Kami kena berhati-hati dengan serangan balas mereka yang cukup pantas. Namun kami bukan merancang untuk seri sebaliknya menang.

“Saya harap setiap pemain akan mempunyai mentaliti kemenangan. Hanya dengan kemenangan kita dapat muncul juara, bukan seri tapi menang,” kata pemain kelahiran Gambia itu. (Sumber: Berita Harian)

BIODATA SUMAREH

Nama : Mohamadou Sumareh
Asal : Gambia
Tarikh Lahir : 10 September 1991
Kerakyatan : Malaysia
Kelab Sekarang : Pahang FA
Posisi : Sayap Kanan, Sayap Kiri, Penyerang Tengah


Wednesday, 12 December 2018

Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Seterusnya Buat Bosnya Berubah Hati…


Kerja pertama aku lepas SPM dulu kat Bonia JPO. Waktu tu JPO baru bukak lagi. Ramai member member cari kerja kat sana.
Nak diceritakan, boss aku dulu seorg Chinese, Miss Ng nama dia. Waktu first day kerja, aku mintak izin untuk keluar solat. Tetibe dia kata tak boleh. Tersentak jugak aku waktu tu. Dah laa ni pengalaman pertama aku bekerja. Tetibe nak mintak solat tak dapat.
Tapi daripada aku viral kan isu kat internet, report polis, takpun call mak ayah mengadu, aku gunakan budi bicara. Aku bagitau dia aku keluar solat tak lebih 10 min (sebab dari kedai pi surau hujung ke hujung mall). Dia kata boleh, tapi kena punch card. Aku pun terima je lah.

Lepas 10 min, aku balik. Tetibe dia tanya aku,
“Aiyoo banyak cepat. U lari ke?”
“Tak lah. Sembahyang 5 min saje. Jalan 5 min.”
Satu hari tu, 3 kali aku punch card keluar untuk solat je. Hari kedua pun aku buat benda yg sama. Masuk hari ke 3, boss aku kata tak payah dah punch card. Nak keluar solat, bagitau je dia. Hari hari lepastu, 3 bulan aku kerja takde masalah dah nak keluar solat.

Kadang kadang, mereka bukan tak bagi solat. Mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap racist. Mereka cuma TAK TAHU. Tugas kita lah untuk educate. Bagitau dia solat ni tak panjang mana. Bagi tau dia solat 5 waktu sehari ni tak sama macam solat jumaat yang siap khutbah nak dekat sejam tu. Baru dia faham. Jangan gelabah nenen sangat.
Jangan salahkan mereka semata. Aku perhati ada pekerja muslim (kedai lain) yang keluar mintak solat, tapi dalam perjalanan tu singgah dulu sembang dengan member 10 min. Hisap rokok 10 min. Mengular sana sini. Last last keluar sampai 30-40 min. Majikan mana yang tak marah? 3 kali solat dah 1 jam 30 minit break free free. Memang lah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sebab itu pentingnya budi bicara.
Runding, bukan berguling.

Sumber : labuviral

Mengejutkan! Si Ibu Terkejut Besar Bila Mengetahui Ikan Yang Dibeli Anaknya Bukan Ikan Biasa! Ini Yang Keluar Semasa Si Ibu Menyiang Ikan!


Anda pasti pelik mengapa seekor ikan yang kelihatan seperti ikan biasa ini membuatkan satu keluarga sangat ‘gembira dan keliru’ pada masa yang sama. Hal ini kerana ikan ini bukan calang-calang ikan, ianya adalah seekor ikan yang penuh dengan ‘keajaiban’.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah kongsikan kisah misteri ini di laman sosial sekali gus membuatkan netizen sangat terkejut. Dia bersama-sama ibunya telah pergi ke pasar untuk membeli seekor ikan bagi menyediakan juadah makan tengahari yang sangat lazat iaitu sup ikan.

Melihat ikan tersebut yang sedikit ‘buncit’, kedua-dua beranak ini sepakat untuk membeli ikan tersebut. Mereka menyangkakan perut ikan yang besar itu mempunyai telur ikan yang banyak tetapi hakikatnya adalah jauh tersasar!


Sewaktu si ibu sedang bersiap sedia untuk menyiang ikan, dia telah terlihat seekor ikan kecil pada dubur ikan yang baru dibelinya. Si ibu kemudian menarik ekor ikan tersebut perlahan-lahan dan mendapati bahawa ianya merupakan seekor anak ikan yang kecil!

Lebih mengejutkan, si ibu bukan hanya berjaya menemui seekor tetapi telah mengeluarkan kesemua 30 ekor anak ikan daripada perut ikan besar tersebut. Ajaib, pelik dan sedikit menggelikan! Bagaimana kesemua anak-anak ikan ini boleh berada di dalam perut ikan tersebut?


Ini adalah satu perkara yang sangat luar biasa dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Persoalannya, ikan hanya bertelur dan bukannya melahirkan. Jadi, netizen terus memberikan pendapat masing-masing mengenai pengalaman yang dilalui oleh lelaki ini dan ibunya.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama apabila menemui 48 ekor anak ikan di dalam perut ikan lain. Hebat bukan? Gambar di bawah adalah bukti yang dikemukakan oleh salah seorang netizen.


Sehingga kini, misteri 30 ekor anak ikan di dalam perut seekor ikan besar masih belum terungkai. Apa kata anda kongsikan pandangan anda mengenai perkara ini.

Sumber:Era Baru