Wednesday, 1 May 2019
“Alfatihah…sebuah pengakhiran semua umat islam idamkan…” Rebah selepas solat Subuh
“Alfatihah…sebuah pengakhiran semua umat islam idamkan…” Rebah selepas solat Subuh : “SAYA harap dua anak lelaki saya akan menyambung legasi arwah.
“Kedua-dua mereka kini sedang belajar hafazan al-Quran di Maahad Tahfiz Imam Nawawi, Perlis,” kata anak sulung pendakwah, Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz, Mohammad Yusri Abu Hassan, 45.
Menurutnya, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan malah melakukan rutin dakwahnya seperti biasa malam tadi.
“Malam tadi, dia berceramah di Seremban. Bapa pergi bersama ibu, Rosbi Shabuddin, 66, sebelum kembali ke rumah,” katanya.
Katanya, selepas menunaikan solat Subuh bapa bersiap untuk ke Perak.
“Ketika pakai seluar arwah terjatuh sebelum ibu kejutkan dua adik perempuan.
“Adik kemudian hubungi ambulans sebelum bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dilakukan. Walaupun doktor cakap sudah tiada denyutan nadi tetapi bapa dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.
“CPR disambung selama sejam di sana sebelum doktor mengesahkan bapa sudah meninggal. Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Batu Muda, hari ini.
BACA : Teguran untuk para peninggal solat?
Yusri berkata, mulanya jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor namun atas permintaan keluarga ditunda selepas Asar.
“Keluarga dari Perlis minta untuk tunggu mereka. Jadi, pada jam 2.30 petang, arwah akan dimandikan sebelum disolatkan di Masjid Saidina Hamzah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah Taman Selasih,” katanya.
Katanya, arwah selalu berpesan kepada ahli keluarga supaya berbakti kepada ibu bapa selain tidak meninggalkan solat.
“Sebagaimana orang luar kenalinya sebagai seorang yang suka berjenaka, bapa juga mempraktikkan kaedah sama dengan seluruh ahli keluarga,” katanya.
Arwah meninggalkan seorang balu, tujuh anak dan 13 cucu.
komen warganet:
“Alfatihah…sebuah pengakhiran semua umat islam idamkan…”
“Takziah smakin kuranglah Alim ulama utk berpesan kpda Kita..”
ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ
Al-Fatihah …
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya…. .َ . ﺁﻣِّﻴْﻦ”
artikel berkaitan …,
Abu Hassan Din meninggal dunia
BEKAS Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, meninggal dunia 7.30 pagi, hari ini.
Anaknya, Mohamad Yusri Abu Hassan berkata, Allahyarham terjatuh ketika mahu menunaikan solat Subuh.
Katanya, Allahyarham dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur, untuk dimandi dan dikafankan.
“Insya-Allah pengebumian akan dilakukan secepat mungkin dijangka sebelum Zohor,” katanya.
Thursday, 17 January 2019
Isu Salib di P. Pinang; “Jagalah hati Melayu, sebab mereka terlalu banyak diguris dan terguris,” – Prof Dr Ridhuan Tee
Kenapa ‘ong tak ong’ hanya di kawasan majoriti Melayu?
Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan masyarakat Cina supaya menjaga sensitiviti dan menghormati budaya masyarakat majoriti Islam di negara ini.
Peringatan beliau sebagai menempelak kenyataan pemaju Grace Residence di Jelutong, Pulau Pinang berhubung pandaran cahaya lampu dari bangunan berkenaan yang kelihatan seperti salib.
Memetik laporan sebuah portal berita, jurucakap Nova Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan bahawa gambar itu diambil ketika bangunan berkenaan masih belum siap sepenuhnya, dan kebetulan ia kelihatan seperti salib.
Syarikat berkenaan dilaporkan mendakwa, cahaya pada bangunan itu sepatutnya menunjukkan abjad Cina (王), bermaksud wang (raja) atau ‘ong’ (nasib baik).
“Kalau nak buat ‘Ong’ pun jagalah sensitiviti Melayu. Inilah akibatnya bila tak faham cara hidup budaya Melayu. Jika mahu ambil kira ‘ong’ tak ‘ong’ bukan di Malaysia, tetapi di negara China.
“Selaku orang Cina, saya ingatkan orang Cina bahawa kita hidup dalam masyarakat majoriti Melayu Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, bagi mengulas isu itu, hari ini.
Kita asalnya imigran. Kita telah diterima baik oleh Melayu, kenapa tidak jaga hati Melayu?
Ridhuan Tee berkata, orang Melayu sudah lama menjaga hati kaum Cina sehingga mereka boleh membina empayar dan menjadi kaya di negara ini.
“Setelah tinggal di sini bergenerasi, takkan tak faham lagi cara hidup pribumi. Kita asalnya imigran. Kita telah diterima baik oleh Melayu, kenapa tidak jaga hati Melayu?
“Bukan itu saja, pribumi telah jaga hati kita dengan beri kita amalkan cara hidup kita sepenuhnya. Tidak cukup lagi, ditambah dengan beri sekolah Cina beroperasi ‘secina cinanya’,” katanya.
Beliau mengulangi gesaannya supaya rakyat Malaysia yang tidak memahami sensitiviti bangsa majoriti diberikan kursus, bagi menangani kewujudan lebih ramai puak ultra kiasu pada masa depan.
“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana boleh wujud tanah perkubburan Cina dalam skala yang amat besar di kawasan majoriti Melayu di Semenyih.
“Pergilah ke Semenyih, terdapat lebih daripada tiga tanah kubbur berskala besar ribuan ekar kepunyaan syarikat berlainan. Yang hairannya, masalah ‘ong’ hanya berlaku di kawasan majoriti Melayu, kenapa tidak ada ‘ong’ di kawasan majoriti Cina.
“Saya kira pihak berkuasa yang meluluskan kawasan perkubburan ‘ong’ di kawasan majoriti Melayu amat berlaku tidak adil kepada orang Melayu,” katanya.
Mengenai pancaran lampu di bangunan itu, Ridhuan Tee berkata, iman beliau langsung tidak tergugat melihat lambang salib itu, malah tidak kisah jika mahu ditunjukkan, tetapi biarlah bertempat.
“Ingat! Negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu Islam, bukan Kristian atau salib. Kenapa bila buat rumah hanya kira ‘ong tak ong’.
“Jagalah hati Melayu, sebab mereka terlalu banyak diguris dan terguris,” katanya.
sumber: www.ismaweb.net via sepatuputih
Lebih 2 tahun kereta “Total Lost”. Tiba² nampak dijual kata “Free Accident”
Kereta terpakai seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu membeli kereta baru. Ditambah dengan keadaan kereta terpakai yang kelihatan seprti baru, ramai yang gahirah membelinya tanpa memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih dahulu.
Walaupun tertera di dalam iklan mengatakan kenderaan itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan, jangan ambil langkah mudah dengan terus mempercayainya kerana bimbang anda menjadi mangsa penipuan.
Seperti kes terbaru yang berlaku ini, sepasang suami isteri terkejut apabila kereta milik mereka yang telah mengalami kemalangan dan diisytiharkan ‘total lost’ dijual semula di sebuah laman web jual beli dengan mendakwa bahawa kereta itu tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Moga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada semua agar tidak terpedaya dengan penjual yang hanya mahu mengaut keuntungan.
Hati-hati dengan beli kereta second hand.
Gambar di bawah yang kemek(rosak) tu 27 Januari tahun 2016 wife saya accident di tol Jelapang Ipoh. Toyota declare total lost. Dan kami dapat pampasan full settle payment untuk loan dan sedikit duit lebih.
Gambar di bawah yang cantik dengan iklan mudah tu ialah hari ini. Wife saya dihubungi oleh seorang polis yang berminat dengan iklan itu. Dia mahu membeli kereta tu, tapi mahu check terlebih dahulu. Iklan di mudah dia promosi free accident, low mileage.
So hati-hati la nak beli second hand. Check dulu elok ke tak. Chasis semua dah lari, bukan apa. Untuk keselamatan kita. Yang check tu abang polis. Yang kita ni macam mana la nak check.
Sumber : Pemilik minta rahsiakan via siakapkeli
6 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI DARIPADA MEKANIKA.COM.MY
1. KONDISI
Ini adalah kata kunci yang paling penting. Maksud kami sangat penting sebab segalanya bermula dari sini. Ya. Kami faham anda mungkin tiada pengalaman memeriksa kereta secara teliti. Itulah pentingnya bawa kenalan atau mekanik yang arif tentang kondisi kereta.
Periksa bahagian badan terlebih dahulu. Jika kereta pernah kemalangan teruk, dibaiki macam mana pun tetap pengendaliannya ke laut. Perlu diingat, kereta-kereta begini sangat banyak di pasaran dan pembeli amatur adalah mangsa mudah. Kereta banjir pun satu masalah juga.
Periksa bahagian tersembunyi yang sukar dilihat mata kasar seperti di bawah pelapik bonet belakang, sekeliling getah pintu dan bawah karpet lantai. Bahagian cantuman (joint section) seperti fender kepada kerangka, pillar kepada kerangka seharusnya perlu kemas catatan rivet, tiada kesan buka pasang dan warna cat mesti sekata. Mereka yang mahir mesti dapat membezakan cantuman yang dibuat di kilang berbanding kerja kimpalan mekanik bawah pokok. Itulah perbezaan kerja tangan manusia dengan tangan robot.
Periksa bahagian mekanikal supaya semuanya berfungsi. Nampak remeh tetapi JANGAN sesekali abaikan. Melainkan anda seorang kaki DIY dan mampu baiki sendiri kerosakan kecil. Pastikan semua tingkap kuasa berfungsi, lampu, indikator penting pada paparan meter dan ABS. Tapi janganlah minta jurujual uji airbag pulak, nampak sangat kau tak reti.
2. PANDU UJI
Ini langkah kedua yang penting. JANGAN sesekali beli kereta tanpa pandu uji sebab mata kita mungkin menipu. Sebelum pandu uji, hidupkan enjin kereta dan biarkan melahu 10 hingga 15 minit. Uji tahap kesejukan penghawa dingin, tengok radiator cukup sifat ke tidak, cuba telek bahagian bawah enjin kalau-kalau ada lelehan pelincir atau cecair kotak gear.
Waktu enjin melahu dan masih sejuk, tekan brek dan cuba masukkan gear “R” dan “D” untuk kereta automatik. Bagi kereta manual, masukkan kesemua gear dan pastikan gear ini terkunci sewaktu tuil dimasukkan. Kereta yang bermasalah kotak gear biasanya dia buat bodoh saja kalau anda masukkan gear waktu enjin sejuk. Bila dah panas baru gear terkunci. Ini petanda masalah besar, jangan maki jurujual tersebut. Pergi cari kereta lain lah.
Jika semuanya okay-okay saja, sila lihat indikator suhu dan pastikan kipas radiator berpusing baru mulakan perjalanan. Ketika memandu, teliti bunyi-bunyi pelik terutamanya pada bahagian transmisi. Selain itu, dengar bunyi yang mungkin kedengaran seperti rak stereng yang haus, absorber yang dah hampir meninggal dunia dan seretan brek. Ini adalah benda-benda pakai lusuh, cuba bincang dengan jurujual kalau boleh diganti baru atau dibaiki.
3. UTAMAKAN KERETA DENGAN REKOD SERVIS
Jika ia adalah satu pilihan, maka kami sarankan anda memilih kereta yang ada rekod servis buku log. Waktu dibeli baru, setiap kereta dibekalkan dengan buku rekod yang ditandakan oleh pusat servis setiap kali kereta diselenggara.
Perlu diingatkan kebanyakan kereta baru hari ini disertakan dengan servis penyelenggaraan percuma. Jadi, setiap rekod servis ini akan dicatat. Apa yang telah diganti dan tahap mana perbatuan perjalanannya direkodkan.
Tak mengapa kalau tiada rekod servis sebab sesetengah pemilik mungkin lebih arif dengan kepakaran mekanik luar. Pemilik yang bagus akan menyimpan bukti resit servis dan setiap pembaikan yang telah dibuat.
4. PERIKSA DOKUMEN
Nah. Ini lah ramai yang abaikan. Minta jurujual tunjukkan geran asli. Pastikan setiap perincian dalam spesifikasi adalah tepat tanpa pindaan. Cuba lihat bahagian kolum nombor enjin dan casis dan pastikan ianya sama dengan kereta yang hendak anda beli.
Di bawah kolum spesifikasi ada kolum kecil yang biasanya ditulis dengan “hakmilik dituntut oleh bank cekik darah bla bla bla”, pastikan ia telah dicop sebagai “DIBATALKAN” oleh pihak JPJ. Selain itu, pastikan tiada SEKATAN.
Sesetengah kereta mempunyai batasan tukaran milik seperti kereta import bukan AP terbuka khususnya kereta yang diimport masuk secara persendirian oleh pelajar/pekerja luar negara yang tak boleh dipindah milik dalam masa 24 bulan dari tarikh didaftarkan.
Ada sesetengah kereta yang diberi perlepasan tertentu oleh JPJ dan ia tertakluk di bawah sekatan tadi. Kereta-kereta ini biasanya tidak boleh dipindah milik langsung.
5. SEBUT HARGA BERTULIS
Minta sebut harga RASMI dan BERTULIS sebelum membayar sebarang wang tempahan. Ini penting ketika anda berurusan dengan kedai used car. Pastikan ia disahkan oleh peniaga tersebut dan bukannya setakat level jurujual. Salesmen kereta bukan semuanya kerja tetap di satu-satu tempat. Mereka mungkin broker yang menjadi orang tengah membawa anda sebagai pembeli.
Pastikan sebut harga tersebut ditulis jelas tentang setiap item. Misalnya, harga kereta, yuran pemprosesan, insuran, cukai jalan, kos tukar nama, pemeriksaan puspakom, sewa cermin (jika ada) dan upah runner. Pastikan juga kos GST dimasukkan sekali dan ditulis dengan JELAS dan TERANG. Dapatkan harga terakhir setelah semuanya dikira. Harga ON THE ROAD adalah penentu kereta itu berbaloi dibeli atau sebaliknya.
Saya pernah jumpa sebuah kedai yang letakkan harga murah dari kedai lain, tapi bila semak semula yuran pemprosesannya memang rasa nak karate tiang kedai itu. “Processing fee” saja dia telan RM2,500. Gila. Dah boleh beli EX5 sebiji.
Kalau dah berpuas hati, barulah bayar deposit dan minta RESIT bayaran. Pastikan klausa perjanjian yang adil. Misalnya jika pinjaman ditolak bagaimana? Perlu dipulangkan deposit? Ditolak 10 peratus?
6. PELEPASAN TANGGUNGAN
Selepas langkah-langkah di atas semuanya berjalan lancar dan pinjaman diluluskan, tibalah masanya anda mengambil kereta. Mesti tak sabar nak bawa balik Kodiang kan? Nanti dulu. Sebelum berpindah kunci, membayar baki deposit dan menandatangani perjanjian bank, periksa semula sebut harga tadi supaya tiada apa yang ditambah.
Jika ada menjual kereta (trade in) kepada kedai tersebut, sila pastikan SEBUT HARGA asal diperoleh secara bertulis. Ni tidak, masa nak trade in cakap RM20K, bila dah nak ambil kereta baru jadi RM19K.
KESIMPULAN
Membeli kereta terpakai memerlukan pengetahuan supaya anda benar-benar dapat harga yang berbaloi dengan wang dibayar. Kami pernah senaraikan kereta keluarga paling bernilai dengan harga di bawah RM5,000. Ia masih pembelian berbaloi untuk mereka yang berbajet kecil.
Antara cara lain yang lebih jimat ialah membeli secara terus dari pemilik asal. Anda boleh semak di laman web seperti mudah.my, motortrader dan carlist.my. Berurusan sendiri dengan pemilik kereta menghilangkan kos-kos seperti yuran pemprosesan dan GST. Ia mungkin sedikit leceh sebab semuanya perlu dibuat sendiri, tetapi matematik akhirnya anda tetap dapat berjimat banyak.
Sumber: mekanika.com.my
Berhati-hati dengan #10yearschallenge.Ianya satu percubaan untuk……
Sejak akhir-akhir ini telah timbul cabaran baru di media sosial iaitu #10yearschallenge. Cabaran ini akan membuatkan seseorang untuk memuat naik gambar 10 tahun lalu dan membandingkan dengan foto terkini. Daripada situ dapat dilihat perubahan wajah dulu dan sekarang. Ianya nampak menarik dan admin sendiri hampir-hapir jugak terjebak untuk mengikuti cabaran ini. Namun semuanya terhenti apabila kami membaca artikel daripada laman web ajarmalaysia.com. Pembongkaran disebalik #10yearschallenge. Ikuti perkongsian ini.
Baru – baru ini timbul trend baru di media sosial bernama #10yearschallenge, di mana pengguna – pengguna Twitter, Instagram dan Facebook memuatnaik dua gambar bersebelahan, membandingkan diri mereka 10 tahun lepas dengan sekarang.
Trend ini turut tular apabila disambut oleh golongan selebriti.
Dari segi luaran, nampaknya trend ini tidak berba haya dan tidak mendatangkan apa – apa risiko. Namun sesetengah pihak membongkarkan beberapa maklumat yang agak menggerunkan berkenaan cabaran media sosial ini.
“Ini Satu Percubaan Melombong Data Algoritma Pengecaman Muka”
Menurut Kate O’Neill yang menulis untuk wired.com, tidak mustahil trend ini merupakan satu percubaan syarikat – syarikat media sosial gergasi melombong data.
Bayangkan anda ingin melatih algoritma pengecaman muka berkaitan ciri – ciri penuaan (iaitu bagaimana orang kelihatan setelah mereka tua). Secara idealnya, anda mahukan set data yang luas dan banyak merangkumi gambar – gambar jutaan orang. Ia juga akan sangat membantu jika anda tahu selang umur yang tepat untuk dua gambar tersebut, seperti selang 10 tahun.
Menurut beliau, trend ini boleh jadi merupakan satu percubaan besar – besaran untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) mengecam proses penuaan muka manusia.
Sudah pasti, pandangan skeptikal beliau dipertikai orang dengan mengatakan bahawa boleh saja Facebook mencari gambar – gambar lama pada profail Facebook kita sendiri tanpa perlu membuat challenge ini.
Me 10 years ago: probably would have played along with the profile picture aging meme going around on Facebook and Instagram— Kate O'Neill (@kateo) January 12, 2019
Me now: ponders how all this data could be mined to train facial recognition algorithms on age progression and age recognition
Tapi jawab beliau, gambar – gambar lama yang dimuatnaik oleh ramai orang 10 tahun lepas tidak begitu boleh dipercayai. Orang tidak memuat naik gambar dalam turutan waktu kronologi, dan ramai orang yang menggunakan gambar bukan manusia sebagai gambar profail mereka.
Dengan meme Facebook terbaru ini, mereka dapat membuat orang memuatnaik sendiri gambar mereka 10 tahun lepas, serta meletakkan konteks yang sangat membantu A.I mereka (contoh – ‘saya pada 2008, saya pada 2018’)
Dengan kata lain, berkemungkinan trend terbaru ini adalah suatu kejuruteraan sosial pada skala besar – besaran. Kita sebagai pengguna media sosial yang berikan data percuma untuk dieksploitasi syarikat media sosial.
Suatu Ancaman Siber
Menurut portal My Two Cents pula, #10YearsChallenge boleh digunakan oleh penje nayah siber untuk melakukan salah laku alam maya.
Untuk penje nayah, ianya sangat mudah. Jika dahulu anda single dan sekarang berkeluarga dan semakin kaya, penje nayah akan mula memikirkan tentang segala kemungkinan kejahatan yg boleh dilakukan, terhadap anda sendiri ataupun keluarga anda.
Menurut penulis, data berharga yang diperoleh membolehkan pihak lain untuk mengambil kesempatan, seperti mengiklankan produk dan servis yang mereka rasakan sesuai dengan situasi anda sepanjang 10 tahun lepas.
Sejarah Menggerunkan Manipulasi Data Media Sosial
Dalam satu analisa yang cukup elaboratif, Asyraf Farique, pengkaji di IRIS Institute membentangkan perkembangan bagaimana media sosial dijuruterakan untuk memanipulasi pengguna – penggunanya.
Dalam satu laporan yang telah dibocorkan oleh media mendapati Facebook mengakui mereka boleh mengesan dan mengenal pasti tahap emosi jiwa pengguna. Adakah mereka sedang marah, sedih, kecewa, rasa bodoh, takut, atau sedang gagal. Maka kerapuhan ini akan digunakan dengan menjual data pelanggan kepada pengiklan, supaya iklan yang sesuai akan dipaparkan mengikut situasi emosi pengguna.
Beliau juga mengajak kita berfikir sama ada kita betul – betul merdeka daripada diperhambakan media sosial.
Di mana kemerdekaan diri kita dalam membuat keputusan dan mengatur pilihan diri? Adakah media sosial ini menjadi alat kepada kita untuk memudahkan perhubungan atau tanpa kita sedari, diri kita sendiri sudah dieksploitasi dan kita menjadi mangsa kepada mereka!
Sumber: ajarmalaysia.com
Wednesday, 16 January 2019
Subhanallah!! Rupa-rupanya Inilah Sebab Surah Al-Ikhlas Bernilai Sepertiga Al-Quran
Surat al-Ikhlas senilai Sepertiga al-Quran?
Mengapa surat al-Ikhlas senlai sepertiga al-Quran, dan apa maksudnya?
Jawab:
Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah, wa badu,
Keterangan bahwa surat al-Ikhlas senilai sepertiga al-Quran bersumber dari hadis Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Abu Said al-Khudri radhiyallahu anhu menceritakan,
Di suatu malam, ada seorang sahabat yang mendengar temannya membaca surat al-Ikhlas dan diulang-ulang. Pagi harinya, sahabat ini melaporkan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dengan nada sedikit meremehkan amalnya. Kemudian Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.(HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).
Dalam hadis lain, dari Abu Dardaradhiyallahu anhu,Nabishallallahu alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat,
Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam? Mereka bertanya, Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran? Lalu Nabishallallahu alaihi wa sallammenjelaskan,
Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.(HR. Muslim 1922).
MAKNA AL-IKHLAS 1/3 AL-QURAN
Dalam al-Quran, ada 3 pembahasan pokok:
[1] Hukum, seperti ayat perintah, larangan, halal, haram, dst.
[2] Janji dan ancaman, seperti ayat yang mengupas tentang syurga, neraka, balasan, termasuk kisah orang soleh dan kebahagiaan yang mereka dapatkan dan kisah orang jahat, berikut kesengsaraan yang mereka dapatkan.
[3] Berita tentang Allah, yaitu semua penjelasan mengenai nama dan sifat Allah.
Karena surat al-Ikhlas murni membahas masalah tauhid, bercerita tentang siapakah Allah Taala, maka kandungan makna surat ini menyapu sepertiga bagian dari al-Quran.
Kita simak keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar,
Sabda Nabishallallahu alaihi wa sallam, Senilai sepertiga al-Quran dipahami sebagian ulama sesuai makna dzahirnya. Mereka menyatakan, bahwa surat al-Ikhlas senilai sepertiga dilihat dari kandungan makna al-Quran. Karena isi Quran adalah hukum, berita, dan tauhid. Sementara surat al-Ikhlas mencakup pembahasan tauhid, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini. (Fathul Bari, 9/61)
Penjelasan kedua,
Bahwa isi quran secara umum boleh kita bahagi menjadi 2:
[1] Kalimat Insya (non-berita): berisi perintah, larangan, halal-haram, janji dan ancaman, dst.
[2] Kalimat khabar (berita): dan berita dalam al-Quran ada 2:
[a] Berita tentang makhluk: kisah orang masa silam, baik orang soleh maupun orang jahat.
[b] Berita tentang khaliq: penjelasan tentang siapakah Allah, berikut semua nama dan sifat-Nya.
Mengingat surat al-Ikhlas hanya berisi berita tentang Allah, maka surat ini menyapu sepertiga makna al-Quran.
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan,
Surat al-Ikhlas senilai 1/3 al-Quran, karena isi al-Quran ada 2: khabar dan Insya. Untuk Insya mencakup perintah, larangan, dan perkaran mubah. Sementara khabar, di sana ada khabar tentang kkhaliq dan khabar tentang ciptaan-Nya. Dan surat al-Ikhlas hanya murni membahas khabar tentang Allah. (Fathul Bari, 9/61)
PAHALANYA SENILAI MEMBACA 1/3 AL-QURAN
Allah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya memberikan pahala ibadah kepada hamba-Nya dengan nilai yang beraneka ragam. Ada ibadah yang diberi nilai besar dan ada yang dinilai kecil. Sesuai dengan hikmah Allah. sehingga, umat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam yang usianya relatif pendek, boleh mendapatkan pahala besar tanpa harus melakukan amal yang sangat banyak.
Umat Muhammadshallallahu alaihi wa sallamdiberi oleh Allahlailatul qadar, yang nilainya lebih baik dari pada 1000 bulan. Ada juga masjidil haram, siapa yang shalat di sana dinilai 100.000 kali shalat. Kemudian surat al-Ikhlas, siapa membacanya sekali, dinilai mendapatkan pahala membaca 1/3 al-Quran.
Dan Allah Maha Kaya untuk memberikan balasan apapun kepada hamba-Nya sesuai yang Dia kehendaki.
SENILAI DALAM PAHALA BUKAN SENILAI DALAM AMAL
Kami ingatkan agar kita membedakan antara al-Jaza dengan al-ijza.
Al-jaza () artinya senilai dalam pahala yang dijanjikan
Al-Ijza () artinya senilai dalam amal yang digantikan.
Membaca surat al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza).
Sehingga, misalnya ada orang yang bernadzar untuk membaca satu al-Quran, maka dia tidak boleh hanya membaca surat al-Ikhlas 3 kali, karena keyakinan senilai dengan satu al-Quran. Semacam ini tidak boleh. Karena dia belum dianggap membaca seluruh al-Quran, meskipun dia mendapat pahala membaca satu al-Quran.
Sebagaimana ketika ada orang yang shalat 2 rakaat shalat wajib di masjidil haram. Bukan berarti setelah itu dia boleh tidak shalat selama 50 puluh tahun karena sudah memiliki pahala 100.000 kali shalat wajib.
Benar dia mendapatkan pahala senilai 100.000 kali shalat, tapi dia belum disebut telah melaksanakan shalat wajib selama puluhan tahun itu.
Berbeda dengan amal yang memenuhi al-Ijza, seperti jumatan, yang dia menggantikan shalat dzuhur. Sehingga orang yang shalat jumatan tidak perlu shalat dzuhur. Atau orang yang tayammum karena udzur, dia tidak perlu untuk wudhu, karena tayammum senilai dengan amalan wudhu bagi orang yang punya udzur.
Syaikhul Islam mengatakan:
Al-Quran, dibutuhkan manusia keterangan mengenai perintah, larangan, dan semua kisah yang ada, meskipun tauhid menjadi kajian paling penting dari semua itu. Ketika seseorang butuh untuk mengetahui perintah dan larangan dalam masalah perbuatan, dan butuh untuk merenungi setiap kisah, janji dan ancaman, maka kajian lainnya tidak bisa menutupi kebutuhan dia pada itu semua. Kajian tauhid tidak bisa menggantikan kajian perintah dan larangan, demikian pula masalah kisah, tidak bisa menggantika perintah dan larangan atau sebaliknya. Namun semua yang Allah turunkan bermanfaat bagi manusia dan dibutuhkan mereka semua.
Lalu beliau mengatakan,
Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan berarti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan bisa jadi dia butuh bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak bisa menggantikan semua itu. (Majmu al-Fatawa, 17/138).
Allahu alam.
Read morehttps://konsultasisyariah.com
Sumber: islamituindah
Wakil rakyat kena ikut ajaran Islam permudah urusan rakyat – Uncle Kentang
NAMA Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama.
Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.
Semalam Malaysia Gazette menemui Chee Heng di kediamannya di Puchong Utama, Selangor.
Pertemuan yang sepatutnya pada pukul 4 petang itu terpaksa dilewatkan hampir sejam. Ini kerana Chee Heng terpaksa bergegas ke wad kecemasan sebuah hospital bagi membantu rakannya yang diserang angin ahmar.
Aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memuatkan barangan seperti pakaian dan makanan kedalam kereta untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di kediaman nya yang terletak di Taman Puchong Utama, Selangor. foto IQBAL BASRI, 07 JANUARI 2018
“ Maafkan saya, bukan saya sengaja. Beginilah kehidupan saya. Sebenarnya bila kita membantu orang, ibaratnya macam kita bantu diri sendiri juga, kita takkan rugi apa-apa,” katanya memulakan perbualan.
Ketika kami menemuinya, ada empat telefon bimbit di atas meja kecilnya. Setiap satu telefon mewakili ‘pelbagai situasi’ yang berlainan. Ada khas untuk orang ramai membuat aduan, sebuah telefon bimbit untuk perkhidmatan van jenazah untuk orang Islam, sebuah telefon bimbit untuk panggilan kecemasan dan sebuah lagi untuk bantuan kepolisan masyarakat.
Tidak lama selepas kami dipelawa duduk, datang pula dua orang pembantu beliau yang datang membawa berkampit-kampit beras ke rumahnya untuk diberikan pada mereka yang tidak berkemampuan.
“ Kedua-dua mereka ini bekerja sepenuh masa dengan saya. Saya bayar gaji mereka untuk memberi bantuan pada masyarakat yang memerlukan rawatan kesihatan khususnya di Puchong ini. Kita bagi perkhidmatan percuma, ambulan percuma, van jenazah pun percuma pada golongan miskin, hantar ke hospital pun kita cuma caj sepuluh sen,” katanya.
Mengenai komitmen dan kesungguhan beliau yang ‘mengalahkan’ seorang wakil rakyat, Chee Heng tidak menunggu lama untuk membidas kebanyakan ‘Yang Berhormat’ atau YB di negara ini yang beliau sifatkan gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi mereka.
Katanya, tidak ada sebab untuk tidak memberikan perkhidmatan yang didambakan kerana setiap daripada YB ini mempunyai peruntukan yang besar untuk dibelanjakan di kawasan masing-masing.
Beliau kesal kerana ahli politik ini hanya mementingkan ‘wajah’ dan propaganda politik mereka daripada membantu rakyat marhaen yang susah dan melarat.
Sebagai contoh, beliau mempersoalkan kenapa ramai para YB sekarang takut untuk meletakkan nombor telefon bimbit peribadi mereka di kain–kain pemidang (banner) terutama bila menjelang satu-satu perayaan atau hari-hari kebesaran tertentu.
Sepatutnya mereka, kata Chee Heng, perlu ikut apa yang diajar oleh agama Islam iaitu memudahkan kehidupan para pengundi yang bersusah payah mengundi mereka sehingga mencapai kemenangan setiap kali pilihan raya diadakan.
“ Saya ada empat telefon bimbit ni bukan sebab saya gila, tetapi bagi memudahkan orang menghubungi saya. Saya selalu sebut, dalam kain-kain pemidang yang digantung itu, muka kita tak penting, tetapi nombor telefon tu yang utama dan perlu letak dulu.
“ Kalau boleh biar dari jarak 10 batu lagi rakyat dah nampak, jadi rakyat senang telefon kita. Bila rakyat senang telefon kita, itulah maksudnya PERMUDAHKAN!
“ Saya ni gelojoh, saya nak Tuhan permudahkan jalan saya jadi saya permudah urusan orang . Sebab tu saya ni mudah, kalau saya boleh bagi (bantuan), saya bagi. Kalau saya tak boleh, saya kata tak boleh. Tak payah suruh orang tunggu, tak payah berpura-pura lagi,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau mengakui ramai daripada mereka yang datang menemuinya untuk meminta bantuan adalah orang Melayu.
Namun beliau tidak pernah menganggap ia berpunca daripada sifat malas golongan berkenaan, malah beliau merasakan orang Melayu juga terkenal dengan kesungguhan mereka dalam mencari rezeki.
Pun begitu beliau berpendapat, orang Melayu juga perlu mengikis sifat cemburu yang keterlaluan jika ingin terus berjaya disamping tidak lalai dalam menjaga tubuh badan serta kesihatan mereka.
“ Saya kenal ramai orang Melayu yang kuat bekerja, dia tidur empat jam saja sehari. Tengok saja orang Melayu yang pergi bekerja di Singapura, mereka sanggup kurang tidur, memang rajin. Dan satu benda yang perlu kita ingat, adakalanya bukan pemalas, tetapi rezeki belum sampai.
“ Cuma saya nak tegur sikit, Melayu ni kurang jaga kesihatan. Banyak yang kena potong kaki, kencing manis sebagai contoh. Mereka juga ‘kuat cemburu’. Kalau perniagaan kawan mereka laris, mereka taruk bomoh, taruk toyol untuk kacau. Itu kita kena kikis,” ujarnya sambil tersenyum.
Kerancakan Chee Heng berbicara tiba-tiba terhenti ketika diminta mengimbas kembali memori sewaktu di zaman persekolahannya.
Menurutnya, beliau lahir dari keluarga yang susah dan miskin. Chee Heng masih ingat bagaimana beliau terpaksa memakai seluar bersaiz besar ketika pergi ke sekolah kerana keluarganya tidak mampu membelikan pakaian mengikut saiz yang sepatutnya.
Disebabkan itu, ujarnya, beliau sering diketawakan.
“ Seluar saya besar ‘gajah’. Orang ketawa dan sindir saya. Sebab itu saya selalu mengingatkan, jangan kerana kamu susah lalu kamu ‘give up’. Susah itu juga kurniaan Tuhan supaya suatu hari nanti kamu boleh tolong orang lain,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
Wajahnya kembali ceria apabila ditanya mengenai banyak komen-komen di Facebook yang mendoakan beliau ‘diberi hidayah’ dan seterusnya memeluk Islam.
Kata Chee Heng, beliau langsung tidak marah atau terasa hati apabila diajukan perkara sedemikan.
“ Sebenarnya (komen) itu saya sifatkan sangat indah kerana orang sering mendoakan saya menjadi seorang Muslim. Bagi saya, bab agama adalah saya dengan Tuhan. Saya belum Islam, saya belum Kristian, saya belum Budhist. Akan datang saya tak tahu, mungkin tiba-tiba ada petunjuk lain, itu saya tak tahu,” katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan. – Malaysia Gazette.
Kerana Kerja Penghantar Gas,Pinangan Lelaki Ditolak Oleh Ibu Perempuan.Tetapi Akhirnya Menyesal!
KISAH SI PENGHANTAR GAS BERNAMA FAHMI
Dungun- Kisah ini merupakan luahan kisah benar daripada seorang lelaki yang bernama Fahmi. Fahmi merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan dari salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam ternama tempatan.
Walaupun die pemegang ijazah, Fahmi tidak malu berkerja dari bawah sebagai penghantar gas memasak ke pelanggan-pelanggannya.
Sebagai pembekal gas, sudah semestinya Fahmi berjumpa ramai orang. Dengan berjumpa ramai orang sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan diri & kebolehan komunikasinya bagus dari semasa ke semasa.
Selain itu dia akan lebih memahami apa itu perniagaan bermula dari basic. Sebab itulah Fahmi sanggup bekerja sebagai penghantar gas.
DETIK PERKENALAN DENGAN LINDA
Pada suatu hari, Fahmi telah pergi menghantar gas ke satu rumah orang kaya di Dungun. Sebaik sahaja sampai, Fahmi turun memberi salam & menekan loceng rumah besar itu.
Alangkah terkejutnya apabila seorang gadis cantik telah membuka pintu. Gadis itu bernama Linda. Linda merupakan seorang yang peramah & tidak sombong. Dia menerima baik kedatangan Fahmi yang menghantar gas ke rumahnya.
Selesai mengangkat & memasang gas, sebelum balik Fahmi sempat lagi untuk memberanikan diri untuk meminta nombor telefon Linda. Bermula dari situlah mereka berkenalan & lama-kelamaan mereka bercinta.
Akan tetapi, ibu kepada Linda dapat tahu mengenai percintaan Linda & Fahmi si penghantar gas. Ibu Linda seorang Datin yang sangat mementingkan status. Ibu Linda sudah mempunyai calon lain yang mahu dijodohkan kepada Linda. Calon itu seorang anak Dato yang kaya.
PINANGAN DITOLAK SEBAB KERJA TIDAK SETARAF
Walaupun ditentang ibu, Linda tetap meneruskan hubungannya dengan Fahmi kerana dia berpendapat Fahmi merupakan seorang yang baik, rendah diri, pandai berkata-kata & juga mampu menjadi imam dalam solat.
Tak lama kemudian, Fahmi nekad untuk menghantar rombongan meminang ke rumah Linda. Ibu Linda sangat terkejut dengan kedatangan rombongan itu. Kerana dia telah ada rancangan lain untuk Linda.
Satu kejadian sedih telah berlaku dimana ibu Linda telah MENOLAK pinangan daripada keluarga Fahmi. Hanya kerana Fahmi hanya seorang penghantar gas, kerja yang tidak glemer, dia telah menolaknya bulat-bulat. Ibu bapa Fahmi berasa sangat malu & marah dimalukan sedemikian rupa.
Ibubapa Fahmi telah tawar hati & meninggalkan rumah Linda sambil berkata “Ayuh nak, kita tinggalkan sahaja orang yang sombong ini. Mungkin kamu tidak berjodoh dengan dia. Tidak mengapa, Bunga bukan sekuntum”
HAKIKAT SEBENAR FAHMI & KELUARGA
Namun satu tanda tanya menjadi persoalan dibenak minda keluarga Linda ialah, kenapa Fahmi yang kerjanya hanya penghantar gas mampu memakai kereta mewah Nissan Skyline.
Kereta yang menjadi idaman orang muda seusia Fahmi. Setelah disiasat, rupa-rupanya Fahmi berkerja sebagai penghantar gas rupanya adalah sebahagian daripada perancangan ayah Fahmi supaya menimba pengalaman dari bawah.
Fahmi rupa-rupanya berkerja di syarikat besar pengedar gas terbesar di Negeri Terengganu. Ayah Fahmi merupakan CEO disitu. Fahmi adalah bakal CEO seterusnya yang dalam proses pembelajaran yang bakal menerajui perniagaan ayahandanya kelak.
PENYESALAN
Terduduk ibu Linda apabila mengetahui cerita sebenar. Linda menangis teresak-esak. Ada juga dia cuba memujuk keluarga Fahmi semula, namun sukar diterima. Ini adalah pengajaran yang besar buat keluarga Linda,terutama ibunya.
Janganlah memandang keduniaan, janganlah menghina orang lain, janganlah menilai orang lain hanya dari luaran.Sebagai ibu bapa juga perlulah memeudahkan urusan jodoh anak,bukan meyusahkan.
Sumber: penaviral.com
Subscribe to:
Posts (Atom)