Wednesday, 16 January 2019

Tolonglah Berhenti Letak Bedak Talkum Di Muka Dan Kemalluan Anak Jika Sayangkan Anak


Pasti setiap ibu sudah biasa menggunakan bedak bayi kepada anak-anak. Bukan sahaja wangi, namun untuk mengelakkan gatal serta alergi kulit yang lain. Disapunya bedak tersebut penuh ke muka anak atau bahagian tubuh lain. Bila sudah dibesarkan dengan bedak, jadi susah untuk buang tanggapan ada bahaya yang menanti pada bedak talkum yang biasa digunakan.
Benarkah begitu? Sebagai pengguna anda seharusnya prihatin, bukan tidak boleh menggunakannya langsung, tapi ada cara dan tekniknya untuk pakai. Namun untuk selamat, lebih baik tukar sahajalah kepada bedak talkum jenis ”free talc” untuk keselamatan anak-anak atau kita sendiri yang menggunakannya.

Perkongsian oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin yang tular di laman facebook seeprti di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Pilihan di tangan masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua.

MAAFKAN AYAH MAYA… AYAH TAK TAHU…

Sebelum tidur Maya buat muka mengada. “Ayah, ayah, Maya cantik tak?”

Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah. Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu.


Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat. Bedak je kot, aku dulu pun pakai!


Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas itu tapi batuknya masih berlaku. Something wrong…

Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak talkum terkenal yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan can  cer ovari!

Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!


Actually kalau diteliti kes bedal talkum terkenal tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK ITU DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.

Saya highlight supaya bagi faham.

Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak talkum terkenal ini kepada anak anda.

1) Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit
2) Jangan letak dalam lampin anak!
3) Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan
4) ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!

Kalau anda nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABYPOWDER ! Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.

Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.

Kalau anda perasan packaging baru bedak talkum ini memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka utk kanak2, tapi untuk packaging yang lama termasuk yg ada kat rumah sy tu, memang tak dinyatakan.


Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date. Selamat menjadi pengguna bijak!

Psss : sesiapa yg beli bedak talkum terbaru ini, bleh amek gambar tak ada ke yg amaran bahaya ni?.  Kita kadang-kala memang terlepas pandang benda-benda macam ni. Hal ini nampak macam remeh,tak mungkin lah berlaku atau kita kata eh tak logik lah. Tapi ingatlah,kecuaian kita ini boleh mebawa padah kepada orang yang paling kita sayang. Oleh marilah kita menjadi pengguna yang bijak dan peka dengan hal-hal sebegini. Semoga kisah ini menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.

Sekiranya bermanfaat.kongsikanlah bersama rakan anda. Terima kasih.

Sumber: Siakapkeli.my

Haa…ni lah namanya bengkel Melayu…Aku nak bengkel ini di VIRAL.


Aku nak viral bengkel melayu ni biar semua org tau apa yg aku alami. Semalam aku hantar kete kat bengkel ni utk repair power window yang tak function. Bengkel ni nampak sebok banyak kerete dan pomen tu ckp tk sempat siap sbb dah lewat.
Aku terpaksa tinggalkan kete kat bengkel sbb power window dah turun tk mau naik. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik umah naik grab.

Arini aku datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kete aku. Pastu pasang balik siap semua pomen terus bg kunci kete kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya berapa kos?

MasyaAllah dia cakap, TAK PAYAH BAYAR. Takde apa yg rosak dan diganti, cuma wayar switch longgar dia pasang balik bg ketat jer.

Kalau kedai lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sbb buang masa dia buat keje, upah parking satu malam dlm bengkel lg. Tolong la support bengkel org kita, masih ada lg yang jujur diluar sana.

Ni lokasi bengkel yg sy maksudkan.
FZ Auto Pro Servis
4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
03-8068 5479
https://maps.app.goo.gl/G21SP

sumber: Hamdan Abdul Manan

Jangan miliki kereta sendiri kalau tak tahu penjagaan ini.

Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.

Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.

Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER

Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.

Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.

Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.

Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. TIMING BELT

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLATE

Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. FUEL FILTER

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.

Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL

Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.

Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. MINYAK HITAM

Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.

Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.

Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.

Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. MINYAK GEAR

Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. FLUSH

Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. WATER PUMP

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.

Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.

Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.

Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

Sumber: thevocket

Inilah Dosa yang 1000 Kali Lebih Besar dari Berzihna


Perilaku zihna merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang sangat dibenci Allah. Begitu banyak ayat dalam Alquran menjelaskan tentang hukuman yang akan diterima para pelakunya  baik saat di dunia maupun ketika di akhirat.
Jika dilakukan oleh orang yang belum menikah, maka pelaku zihna harus disebat di hadapan penduduk sebanyak seratus kali. Sementara bagi yang sudah menikah namun melakukan zihna dengan yang bukan muhrimnya, maka hukumannya dirajam sampai mahti.

Bahkan dalam sebuah riwayat dijelaskan bahwa Nabi Musa as tidak memaafkan pelaku zihna karena dianggap sangat hina. Ia mengusir wanita pelaku zihna yang ingin bertaubat dan  meminta petunjuk darinya.

Namun demikian besar ancaman dosa yang akan diterima oleh pelaku zihna, namun ternyata ada dosa yang besarnya 1000 kali lebih besar dari dosa ini. Ancaman bagi pelaku dosa tersebut adalah hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehin naan di dunia dan akhirat. Apakah dosa yang 1000 kali lebih besar dibanding zihna? Berikut ulasannya.

Ternyata dosa yang sedemikian besar tersebut adalah dosa orang yang sengaja meninggalkan solat lima waktu. Solat merupakan kewajiban utama umat Islam yang menjadi tiang agama Allah ini. Meninggalkannya sama dengan meruntuhkan tiang agama dan membuat Allah SWT menjadi murka. Tidak hanya saat di dunia, hukuman bagi orang yang meninggalkan solat, di akhirat juga sangat pedih.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahwa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membon noh, merampas harta orang lain, berzihna, mencori, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang dihentakkan kepala mereka pada batu, Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Riwayat Tabrani).

Dalam riwayat yang lain juga dijelaskan bagaiamana dahsyatnya sikhsaan bagi mereka yang meninggalkan sOlat. Ibnu Abbas r.a. berkata Jika langit sudah terbuka, maka malaikat akan datang dengan membawa rantai sepanjang 7 hasta. Rantai ini akan digantungkan kepada orang yang tidak melaksanakan solat. Kemudian dimasukkan dalam mulutnya dan akan keluar dari duburnya. Kemudian malaikat mengumumkan, “ini adalah balasan orang yang melanggar perintah Allah.” (Ibnu Abbas r.a).

Nisbah dosa yang diterima oleh orang yang meninggalkan solat adalah antara lain adalah sebagai berikut:

Jika satu kali meninggalkan solat subuh, maka hukumannya adalah masuk neraka selama 30 tahun, sedangkan satu hari di neraka sama dengan  60.000 tahun di dunia. Artinya satu kali tidak melaksanakan solat subuh, maka kita akan tinggal 60 ribu tahun di neraka.

Meninggalkan satu kali solat zuhur, sama dosanya dengan dosa membo noh  1.000 umat Islam

Dosa satu kali meninggalkan solat asar sama dengan dosa meruntuhkan Ka’bah.
Dosa satu kali meninggalkan solat maghrib sama dengan dosa berzihna dengan ibunya (jika laki-laki) atau berzihna dengan ayahnya (jika perempuan)

Satu kali meninggalkan solat isya, tidak akan di-ridhoi oleh Allah untuk tinggal di Bumi dan akan didesak mencari bumi atau tempat hidup yang lain.

Semoga kita menjadi orang-orang yang senantiasa mendirikan solat, melaksanakannya tepat waktu, serta mampu mengajak keluarga lainnya untuk salat tepat waktu. Semoga saja tulisan ini bermanfaat dan terima kasih sudah membaca.

Sumber: infounik.com

Satu kuku panjang ibarat bela sekandang babi? Inilah dosa bela kuku panjang


Di zaman sekarang ini, kita sering melihat banyak wanita yang suka memanjangkan kuku. Mereka suka menyerupakan dirinya dengan haiwan-haiwan buas, dengan memanjangkan kuku kemudian mereka mengecatnya dengan cat-cat kuku berwarna norak.


Sebagian dari mereka beralasan, kerana kuku yang panjang boleh menambah kecantikan. Lantas Bagaimana Hukum Memanjangkan Kuku Bagi Wanita Menurut Islam?

Perlu diketahui, bahwa Islam adalah agama yang sangat mencintai kebersihan. Kebersihan pada kuku pun diperhatikan oleh Islam. Hal ini tampak dari beberapa hadits nabawi, salah satunya riwayat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, vahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْآبَاطِ
“Ada lima macam fitrah , iaitu : khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (HR. Bukhari no. 5891 dan Muslim no. 258)

Jika kuku yang kita miliki tidak bersih, maka makan pun jadi tidak bersih disebabkan kotoran yang melekat di bawah kuku. Karenanya memanjangkan kuku itu menentang fitrah dan menyelisihi ajaran syariat.

Riwayat lain dari Al Baihaqi dan Ath Thabrani bahwa Abu Ayyub Al Azdi berkata,
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَسَأَلَهُ عَنْ خَبَرِ السَّمَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« يَسْأَلُ أَحَدُكُمْ عَنْ خَبَرِ السَّمَاءِ ، وَهُوَ يَدَعُ أَظْفَارَهُ كَأَظْفَارِ الطَّيْرِ يَجْمَعُ فِيهَا الْجَنَابَةُ وَالتَّفَثُ ». لَفْظُ الأَسْفَاطِىِّ هَكَذَا رَوَاهُ جَمَاعَةٌ عَنْ قُرَيْشٍ.
“Ada seseorang yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia bertanya pada beliau mengenai berita langit. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Ada salah seorang di antara kalian bertanya mengenai berita langit sedangkan kuku-kukunya panjang seperti cakar burung di mana ia mengumpulkan janabah dan kotoran.”

Hukum Memanjangkan Kuku Bagi Wanita mahupun Pria adalah makruh menurut kebanyakan ulama. Namun jika memanjangkannya atau membiarkan kuku tersebut panjang selama lebih dari 40 hari, Maka hal ini diharamkan. Pendapat yang mengatakan haram ini dipilih oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author. Dalil pembatasan 40 hari untuk batas waktu memotong kuku adalah perkataan Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dibawah ini.

وُقِّتَ لَنَا فِى قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Kami diberi batasan dalam memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, iaitu itu semua tidak dibiarkan lebih dari 40 malam.” (HR. Muslim no. 258).

Yang dimaksud hadits diatas adalah jangan sampai kuku dan rambut-rambut atau bulu-bulu yang disebut dalam hadits dibiarkan panjang lebih dari 40 hari. (Syarh Shahih Muslim, 3: 133).

Jika ada wanita muslimah yang terlihat kuku panjangnya selalu tampak bersih, itu karena ia rajin membersihkannya. Dan hal ini tentu saja memerlukan waktu ekstra dan mengeluarkan biaya lebih untuk perawatan manicure, pedicure dan sebagainya. Hal seperti ini merupakan salah satu sikap mubadzir yang sangat dilarang oleh Islam. Hal ini akan membuat membazir duit untuk hal-hal yang tidak berguna.

Imam Nawawi rahimahullah berkata,
وأما التوقيت في تقليم الاظفار فهو معتبر بطولها: فمتى طالت قلمها ويختلف ذلك باختلاف الاشخاص والاحوال: وكذا الضابط في قص الشارب ونتف الابط وحلق العانة
“Adapun batasan waktu memotong kuku, maka dilihat dari panjangnya kuku tersebut. Ketika telah panjang, maka dipotong. Ini berbeza satu orang dan lainnya, juga dilihat dari kondisi. Hal ini jugalah yang jadi standar dalam menipiskan kumis, mencabut bulu ketiak dan mencabut bulu kemaluan.” (Al Majmu’, 1: 158).

Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah berkata bahwa memotong kuku, mencukur bulu kemaluan dan mencabut bulu ketiak disunnahkan di hari Jumat.

Kuku yang tidak bersih bisa membawa dampak masalah. Apa masalahnya? Imam Nawawi menjelaskan, “Seandainya di bawah kuku ada kotoran namun masih membuat air mengenai anggota wudhu karena kotorannya hanyalah sedikit, wudhunya tetaplah sah. Namun jika kotoran tersebut menghalangi kulit terkena air, maka wudhunya jadilah tidak sah dan tidak boleh menghilangkan hadas.”

Selain itu, Kuku yang panjang juga boleh menjadi sarang syaitan dan tempat persembunyian mereka. Dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu alaihi wasallam  bersabda: “Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendeklah) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (dengan sihir, rayuan, dan godaan melalui) kuku-kuku yang panjang. ” (HR. Ahmad)

Dari hadits di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa secara tidak langsung Rasulullah menganjurkan pada umatnya baik laki-laki mahupun perempuan untuk memotong kuku-kuku nya dan juga melarang untuk memanjangkannya (kerana itu mudah untuk digoda syaitan).

Beriku penjelasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai kuku panjang didalam Islam.


Dibacakan rukyah.Jin akhirnya menyerah kalah,arah buang balutan kuning bwh pasu.


Jejak saja di rumah, pasangan kelamin ini terus rasa tak puas hati. Ada saja perkara yang nak diungkit. Yang tak patut dibincang pun semua terkeluar habis. Panaslah hubungan suami isteri ini tanpa mereka sedar, yang diri mereka sudahpun dihantar sihir pemisah.
Gara-gara tak manu lihat hubungan suami isteri ini bahagia. Inilah yang berlaku pada pesakit Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Perhatikan juga 27 tanda-tanda ini yang menunjukkan gangguan makhluk halus dalam rumah tangga anda

9 Tahun Kahwin Belum Juga Hamil, Rupanya..
Bila masuk rumah je sepasang suami isteri ini mesti kerap bergaduh..Walaupun hal kecil-kecil mudah sangat terasa nak bergaduh. Bila keluar rumah pergi kerja dan berjauhan masing-masing merasa rindu.

Begitulah berlaku pada pesakit saya ini. Pasangan ini sudah mendirikan rumahtangga dah 9 tahun. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Pergi buat pemeriksaan menyeluruh, keduanya suami isteri normal tiada apa masalah.

Dah puas ikhtiar di hospital sehingga buat IVF masih juga belum ada rezeki mereka mendapat cahaya mata. Di atas nasihat kawan-kawan beliau datang berjumpa saya.

Bila rawat suami di ruqyah keluar muntah banyak sangat-sangat. Selesai rawat suami rawat isteri pula. Isteri pula tidak sedarkan diri kerasukan. Menjerit kesakitan bila di ruqyah oleh saya.

Bila ditanya dan dibaca dengan ayat suci Al Quran jin tersebut mengalah. Jin tersebut bercakap :

“Baik aku keluar, balik nanti kamu lihat bawah pasu depan pintu rumah Tuan aku letak barang di situ, jika kamu dapat kain kuning tu buang la aku di sungai atau bakar sahaja baru aku dapat pergi dari rumah tu “
Kain Kuning Bawah Pasu Depan Pintu Rumah
Balik dari rumah memang benar ada kain kuning bawah pasu depan pintu rumah di balut dengan abu habuk bau busuk.

Pasangan ini terkena sihir pemisah. Tujuan datang untuk rawatan ikhtiar zuriat rupanya tanpa mereka sedar mereka terkena sihir pemisah.

Saya doakan agar abang dan isteri pasangan ini lebih bahagia lepas ini dan dimurah kan rezeki mendapat cahaya mata yang pertama in shaa Allah.

Sekiranya anda mengalami seperti di atas nasihat saya segeralah dapatkan rawatan Islam berhampiran. Ramai bertanya saya macam mana nak tahu gangguan dalam badan ustaz?

Nak tahu gangguan dalam badan cuba lihat tanda-tanda dibawah saya senaraikan, jika anda banyak tanda-tanda di bawah dapatkanlah rawatan Islam berhampiran. Jangan terlambat sebelum keadaan makin teruk dan parah.
27 Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka, Santau & Sihir
Tanda-tanda tersebut adalah:

1. Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit.  2. Kerap sesak nafas sakit dada ulu hati.  3. Kerap rasa resah, gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.  4. Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit.  5. Kerap kembung perut sedawa angin.

6. Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah uri wanita.  7. Kitaran haid tak normal.  8. Lambat mendapat zuriat.  9. Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri.  10. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil.

11. Ketika marah kerap meminta cerai.  12. Tidak suka tidur bersama.  13. Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.  14. Tercium bau badan busuk hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.  15. Suka bersendiri di dalam bilik.

16. Tidak suka tempat-tempat yang bising.  17. Sukar tidur malam.  18. Kerap mimpi baby, menyusu dan bermain dengan baby.  19. Kerap mimpi ular, kala jengking daan binatang berbisa.  20. Kerap mimpi pasangan kita curang.

21. Perasaan curiga cemburu buta yang kuat.  22. Kerap bermimpi tempat kotor busuk.  23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.  24. Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal.  25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali.

26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran  27. Kerap bermimpi berse    tubuh dengan orang lain.

Di atas adalah serba sedikit Bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.

Jika anda rasa bermanfaat silakan share.

Moga dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukan in shaa Allah Aamiin.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Kredit: mingguanwanita.my

Berdasarkan Hadis,ini panduan daripada Rasulullah SAW jika terjumpa barang.


‘Wang Itu Bukan Haknya’ – Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serah Duit Pada Baitulmal

Semalam viral di media sosial selepas peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen. Dia yang berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya itu berjaya mendapat perhatian netizen termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurut mufti tersebut, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.

Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya.

Menurut beliau lagi, wang berkenaan jika ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.

Sumber : Harian Metro via ohbulan

Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain)

Assalamualaikum ustaz,

Dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi bila duduk asrama, seringkali kita terjumpa barang hilang/barang orang tinggal. Boleh tak kita guna barang tersebut?

1. Saya pernah dgr ada ustaz kata jika tinggal di tempat waqaf, boleh pakai, tapi mesti niat untuk pulang?  2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?

Jawapan:

الحمد لله

Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.

Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?

Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

i. Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat seperti roti ,buah-buahan ,kayu maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW

لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .

Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

ii. Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW

( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،

Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.

وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )

Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .

iii. Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

a) Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada

Memakan dengan berhutang kos nya apabila empunya nya ditemui.Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut.Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.
( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه

Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itu samada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.

b) Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

c) Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :

حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه

Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil

1.Rekodkan spesifikasinya

2.Hebahkan selama setahun .Ulama memberi panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

والله اعلم

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS


Siapa yang membaca surah ini 7 kali setiap lepas solat. Nescaya terlepas daripada kesusahan dan dimudahkan Allah rezekinya.


Siapa-Siapa Membaca Surah Ini 7 Kali Pada Tiap-Tiap Lepas Sembahyang, Nescaya Terlepas Daripadanya Kesusahan Dan Dimudahkan Oleh Allah S.W.T. Akan Rezekinya.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)

dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)

Keterangan Surah al Insyirah

Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda.

Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya.

Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

Kelebihan Surah Al Insyirah

[:]1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

[:]2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

[:]3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

[:]4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

[:]5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

[:]6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

[:]7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

[:]8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

[:]1. Sembahyang sunat dua rakaat.

[:]2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

[:]3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

[:]4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

**a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

**b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

**c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

–Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Wallahualam

Sumber: darahatiku.blogspot.com