Tetap Lagend!! Inilah sebabnya Mokhtar Dahari digelar “SUPER MOKH”



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Tetap Lagend!! Inilah 26 fakta,sebab Mokhtar Dahari digelar “SUPER MOKH”
1. Semasa membesar di Kampung Pandan, Mokhtar meluangkan masa setiap petang untuk bermain bola di padang. Samada dengan kawan, jiran atau orang yang jauh lebih dewasa darinya.

2. Mokhtar sangat aktif bersukan ketika di bangku sekolah rendah. Sehinggakan dia pernah mewakili sekolah bukan saja dalam bolasepak. Tapi juga hoki, badminton dan sepak takraw.

3. Ketika di alam sekolah menengah, Mokhtar telah belajar di sebuah sekolah terkenal di Kuala Lumpur, Victoria Institution (VI). Setiap hari, dia berbasikal berulang alik dari rumahnya di Kampung Pandan ke sekolah. Satu perjalanan yang agak jauh dan memakan masa sekitar 30 minit.

4. Mokhtar datang dari keluarga yang kurang berada. Hinggakan nak beli but berharga $60 pun susah. Sampaikan ada ketikanya Mokhtar bermain bola dengan berkaki ayam.

5. Walaupun begitu, Mokhtar sangat serius semasa latihan. Dia punya matlamat, komitmen, disiplin dan fokus yang tinggi. Sehingga dia menjadi orang pertama tiba dan juga yang terakhir meninggalkan padang latihan. Tak ubah seperti penulis-penulis Bola Tonjol.

6. Pele merupakan pemain yang sangat dikagumi Mokhtar. Dari segi kemahiran bolasepak Pele hinggalah ke latar belakang Pele. Yalah, Pele juga datang dari keluarga susah seperti Mokhtar. Tapi masih mampu berjaya menjadi lagenda.

7. Semasa umurnya 18 tahun, Mokhtar sudah terpilih bermain untuk skuad senior Selangor. Setahun kemudian, dia melakukan debut untuk pasukan kebangsaan.

8. Di samping menjadi pemain bola, Mokhtar juga bekerja sebagai kerani di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Semasa di sini, dia pernah kehilangan motosikal yang sering digunakan untuk ke padang latihan dan perlawanan. Kerana terlalu kecewa, dia mengumumkan untuk tidak lagi bermain bola. Yalah, zaman tu gaji Mokhtar bukan besar mana. Tak macam sekarang, kerani pun pakai Myvi.

9. Penyokong menghantar surat kepadanya untuk memujuk Mokhtar menarik keputusan. Pasukan Selangor pula lancarkan pungutan derma untuk Mokhtar. Dan akhirnya, sebuah syarikat motosikal bersetuju menghadiahkan Mokhtar sebuah motorsikal baru. Dan selepas itu, barulah dia kembali ke padang

10. Kuat, pantas, handal di udara serta mampu menggunakan kedua-dua kaki menjadikan Mokhtar Dahari seorang penyerang yang digeruni pertahanan. Sehinggakan ada pasukan lawan meletakkan dua pemain untuk mengawalnya.

11. Isterinya pernah bertanya. Sekiranya ada pasukan negeri lain yang tawarkan Mokhtar imbuhan yang jauh lebih tinggi, adakah dia sanggup berpindah? Jawapan Mokhtar “priceless”. Saya hidup dan mati untuk Selangor.

12. Sekiranya Selangor layak ke perlawanan akhir, Raja Muda Selangor (kini Sultan Selangor) suka menanyakannya tentang peluang untuk menang. Dan Mokhtar pastinya memberi jawapan positif. “Sudah tentu, kami pasti akan mendapatkannya untuk Tuanku.” Bak kata baginda, bukan macam pemain sekarang. Bila ditanya, bagi jawapan “mungkin” atau “saya cuba”.

13. Mokhtar pernah bermain perlawanan persahabatan menentang Boca Juniors. Kelab Argentina ketika ini menampilkan lagenda mereka Diego Maradona. Keputusannya, Boca Juniors menang 2-1. Tapi gambar Mokhtar bersalam dengan Maradona menjadi satu detik lejen dalam sejarah bolasepak negara.

14. Pada tahun 1975, pasukan pilihan Malaysia telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Arsenal. Dan Arsenal dimalukan 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan Mokhtar.

15. Mokhtar pernah mengalami kecederaan “miniscus” dalam satu perlawanan Piala FAM pada Disember 1976. Ini mengakibatkan lututnya dibedah untuk membuang tisu yang rosak. Sejak itu, dia selalu mengadu mengalami kesakitan setiap kali selepas latihan dan perlawanan. Dikhabarkan salah satu faktornya adalah Mokhtar kembali ke padang bola lebih awal daripada yang dinasihatkan doktor.

16. Pada tahun 1978, pasukan kebangsaan Malaysia bertemu pula pasukan England “B”. Dan perlawanan persahabatan ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol Malaysia dijaringkan Mokhtar. Dia menggelecek 3 pemain negara penjajah ini dari tengah padang. Dan meledakkan rembatan dari jarak 25 ela. Boom.

17. Sepanjang karier Mokhtar, hanya sekali sahaja dia menerima kad merah. Ketika menentang Singapura dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1981. Itupun merupakan satu keputusan kontroversi dari pengadil perlawanan.

18. Mokhtar pernah melakukan penampilan “cameo” di dalam filem Mekanik yang ditayangkan pada tahun 1983.

19. Kejayaan demi kejayaan dicapai Mokhtar. Sehingga pernah dinobatkan sebagai penyerang terbaik Asia. Dan ini membuatkan para “haters” mula muncul. Kalau Mokhtar bermain baik, “haters” kata dia ambil steroid atau susuk. Tapi kalau Mokhtar bermain kurang baik, “haters” ini pula mencemuh.

20. Isteri dan anaknya sering menonton persembahan Mokhtar di stadium. Malangnya, mereka juga tak terkecuali dari cemuhan para “haters”. Dan ada antaranya serangan berbaur peribadi.

21. Sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 1986 menentang JDT II, Mokhtar menyatakan hasrat untuk bersara dari bermain. Ketika minit awal perlawanan, JDT II menjaringkan gol pendahuluan. Dan selepas itu, Mokhtar dan Selangor bermain seperti kerasukan. Hasilnya, JDT II dibelasah 6-1.

22. Semasa Selangor mendahului 3-1, rakan-rakan Mokhtar cuba memberikannya peluang menjaringkan gol. Namun Mokhtar tidak bernasib baik.

23. Majoriti dari kalangan penonton pada malam tersebut tidak tahu itulah perlawanan terakhir Mokhtar.

24. Selepas perlawanan akhir ini, Mokhtar menghadiahkan jersi no. 10 nya kepada Raja Muda Selangor. Dalam sorak sorai di stadium, Mokhtar memberitahu baginda akan keputusan persaraannya. Dek keterujaan dengan kejuaraan terbaru, baginda hanya menyedari keputusan Mokhtar beberapa hari kemudian.

25. Sepanjang kariernya, Mokhtar sungguh prolifik di hadapan gol. Namun begitu, Mokhtar memberitahu rakannya tugas mencetak gol adalah sukar. Memanglah gawang gol luas. Tapi jangkauan tangan penjaga gol, berserta pemain pertahanan datang menyerbu, ruang gawang yang tinggal untuk dia menjaringkan gol adalah sebesar pintu jamban.

26. Mokhtar menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun akibat penyakit Motor Neuron Disease. Satu kajian mendapati pemain professional bolasepak berisiko 6 kali ganda untuk menghidap penyakit ini. Antara sebabnya; aktiviti fizikal yang ekstrim, kecederaan-kecederaan bolasepak dan bahan kimia bertoksin yang digunakan ke atas padang.

Semoga roh Allahyarham Dato Mokhtar Dahari ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

Rujukan:

1. National Geographic Channel, 2010, The Untold Truth About Supermokh

2. Saluran Astro Prima, Dokumentari Suatu Ketika, Supermokh: Jersi No. 10

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Tetap Lagend!! Inilah sebabnya Mokhtar Dahari digelar “SUPER MOKH”"

Post a Comment