Inilah 10 Cara Halau Nyamuk Yang Dijamin Berkesan. Boleh Cuba!



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Rumah anda banyak nyamuk? Setiap kali maghrib menjelma nyamuk mula masuk ke rumah. Berbintat badan anak-anak akibat digigit nyamuk. Lagi risau kalau ada nyamuk aedes, takut terkena demam denggi. Usah risau lagi, jom kami kongsikan tips halau nyamuk yang boleh anda cuba.

1. Bersihkan kawasan rumah
Pastikan kawasan rumah anda bersih daripada sampah-sarap, ranting-ranting dan barang lama yang tidak dipakai bagi mengelakkan rumah anda menjadi kawasan tumpuan nyamuk.

2. Pastikan tiada air bertakung
Nyamuk membiak dalam air yang bertakung. Mungkin rumah anda banyak nyamuk kerana terdapat air bertakung yang menjadi pusat pembiakan nyamuk yang mengganggu anda. Di antara tempat yang biasa menjadi kawasan air bertakung kegemaran nyamuk ialah:

Longkang
Kolah mandi
Tayar buruk
Besen lama
Tempayan
Botol kaca
Tempurung kelapa
Saluran hujan
Sampah-sarap
Tong sampah yang tidak ditutup
3. Pastikan longkang anda tidak tersumbat
Longkang tersumbat akan menjadi habitat nyamuk. Oleh itu pastikan longkang di sekeliling rumah anda tidak tersumbat. Jika longkang besar tersumbat, anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau boleh juga buat gotong-royong dengan jiran-jiran untuk membersihkannya secara beramai-ramai.

4. Bungu cengkih, serai, & limau nipis
Anda boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dalam dapur untuk menghalau nyamuk dari rumah. Caranya:

Ambil 3 biji bunga cengkih, 1 batang serai,, 1 biji limau nipis, dan 1 gelas air suam.
Hiris serai kecil-kecil.
Perah limau nipis.
Masukkan semua bahan ke dalam gelas berisi air suam tadi.
Tutup gelas dan biarkan selama 3 jam. Air akan berbau harum apabila penutup dibuka.
Sapukan air tadi ke badan supaya tidak digigit nyamuk.
Nyamuk tidak akan menggigit anda kerana tidak sukakan baunya.
Selain disapukan kepada tubuh badan, anda juga boleh masukkan air tadi kedalam botol spray dan semburkan ke keliling rumah pada waktu maghrib.

5. Vicks Vaporub
Selain air dari buag cengkih, serai, dan limau nipis tadi, anda juga boleh sapukan Vicks Vaporub pada kulit untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk. Nyamuk juga tidak sukakan baunya.

6. Minyak essential oil
Minyak essential oil seperti serai wangi, pudina, dan minyak kayu putih tidak disukai oleh nyamuk kerana baunya. Untuk menghalau nyamuk dari rumah anda, anda boleh gunakan minyak essential oil dengan memilih salah satu daripada cara berikut:

Diffuser. Gunakan salah satu daripada minyak essential oil yang kami sebutkan tadi atau campurkan ketiga-tiganya dan masukkan ke dalam diffuser. Mula pasang pada waktu maghrib atau waktu nyamuk mula masuk ke rumah anda.
Botol spray. Kalau anda takde diffuser di rumah, boleh juga gunakan botol spray. Pilih salah satu daripada minyak essential oil yang kami sebutkan tadi atau campurkan ketiga-tiganya dengan air, masukkan kedalam botol spray, dan spray seluruh rumah anda. Terutamnya pada tingkap, langsir, dan pintu.

7. Limau nipis & bunga cengkih
Seperti yang kami nyatakan di atas, nyamuk tidak sukakan bau limau nipis dan bunga cengkih. Petua halau nyamuk yang seterusnya menggunakan limau nipis dan bunga cengkih. Caranya:

Potong 2 limau nipis, letakkan kedalam piring atau pinggan
Cucukkan bunga cengkih pada limau nipis tadi
Letakkan berdekatan dengan anda supaya nyamuk tidak mendekati anda.

8. Bakar sabut nyamuk
Membakar sabut kelapa semasa maghrib juga dikatakan di antara petua halau nyamuk yang berkesan. Asap yang keluar daripada pembakaran tersebut akan memaksa nyamuk untuk pergi ke tempat lain. Kalau anda boleh dapatkan sabut kelapa dengan mudah, bolehlah cuba petua ini.

9. Tanam pokok penghalau nyamuk
Terdapat pelbagai pokok yang dikatakan mampu menghalau nyamuk dari rumah. Di antara pokok penghalau nyamuk ialah:

Pokok serai wangi.
Jika rumah anda ada banyak nyamuk, anda boleh berikhtiar dengan cara menanam pokok serai wangi di sekeliling rumah, dan sebaiknya letak berdekatan dengan laluan nyamuk masuk ke dalam rumah seperti pintu dan tingkap. Elok juga kalau anda tanam berdekatan kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk seperti longkang, tempayan, dan akuarium.

Pokok jeremin
Selain serai wangi, pokok jeremin juga boleh ditanam di sekeliling rumah sebagai petua untuk menghalau nyamuk.

Pokok bunga tapak dara
Seperti pokok serai wangi dan pokok jeremin, nyamuk juga tidak sukakan pokok bunga tapak dara.

Bunga kantan
Nyamuk tidak sukakan bau yang dikeluarkan oleh bunga kantan.

Pokok Citrosa Mosquito
Pokok Citrosa Mosquito berasal dari Belanda dan mengeluarkan bau seperti limau. Oleh kerana nyamuk tidak sukakan bau limau nipis, secara automatik mereka juga tidak sukakan bau yang dikeluarkan oleh pokok ini.

Pokok bunga lavender
Bunga lavender mengandungi linalool dan lynalyl acetate yang akan menyebabkan nyamuk berasa mengantuk dan khayal menyebabkan mereka akan cuba menjauhkan daripada kawasan yang ditanam pokok bunga lavender.

Pokok bunga tahi ayam
Bunga tahi ayam atau marigold juga tidak disukai oleh nyamuk.

Pokok bunga zodia
Pokok ini berasal dari Papua New Geinea dan sangat berguna untuk menghalau nyamuk.

Pokok Mintrosa lady diana
Pokok ini juga boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

Pokok selasih
Anda boleh juga tanam pokok selasih sebagai usaha untuk menghalau nyamuk dari rumah.

10. Lilin aromaterapi
Petua halang nyamuk yang seterusnya ialah dengan menggunakan lilin aromaterapi. Anda boleh pilih mana-mana bau kegemaran anda sama ada lavender, vanilla, lemongrass atau green tea. Wangian yang keluar semasa lilin tersebut dibakar juga dikatakan mampu menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah anda.

Itulah dia 10 tips halau nyamuk yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Inilah 10 Cara Halau Nyamuk Yang Dijamin Berkesan. Boleh Cuba!"

Post a Comment