Thursday 15 November 2018
petua
Nampak geli tapi mujarab. Amal makan ‘bubuk jawa’ 4 ekor sehari. Gout terus hilang.
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Baru-baru ini viral apabila seorang lelaki meminum air bersama serangga yang dikenali sebagai bubuk jawa. Menurut lelaki ini yang dikenali sebagai Tuan Izmin Johan, bubuk jawa berupaya untuk menyembuhkan penyakit gout yang dihidapinya setelah sekian lama. Namun selepas mengamalkan makan bubuk jawa hanya beberapa hari, penyakit goutnya hilang. Beliau mengamalkannya 2 ekor pagi dan 2 ekor petang selama lima hari berturut-turut.
Berikut demonstrasi cara memakan bubuk jawa oleh Tuan Izmin Johan.
Bubuk Jawa – video demonstrasi macam mana cara saya makan bubuk jawa.
Ramai semalam komen dan PM minta saya terangkan dan ajar cara makan bubuk jawa ni. Ada yang minta saya buat demonstrasi.
Sebenarnya macam-macam cara boleh guna untuk makan bubuk jawa ni, boleh sumbat masuk dalam pisang dan telan pisang tu. Boleh masuk dalam roti dan kunyah. Hehehe … saya tidak sanggup kunyahlah . Saya masukkan kedalam secawan air dan kemudian saya minum air dan telan air tu. Tak sempat rasa apa-apa pun.
Kenapa kena makan bubuk bang?
Dulu abang kerap kena serangan gout. Diorang cakap…’once you gout yo will never go out’. Tu diorang lah cakap. Selama bertahun-tahun sakit tu, hampir setiap hari kena telan allopurinol, bila kena serangan telan pula colchicine dan sebab tak tahan sangat sakitnya telan lagi acoxia…begitulah berulang2 tidak berkesudahan.
Ikhtiar makan bubuk jawa ni sebab nak rawat penyakit gout tu lah. Alhamdulillah…syukur sangat. Serasi dengan saya dan mujarab. Luasnya ilmu tuhan ni.
Sekarang ni saya dengan makanan laut, daging merah, kacang-kacang, soya tahu tempe, ikan bilis, kami sudah menjalinkan hubungan yang baik. Kadang-kadang tu setiap hari berjumpa dan bermesra. Tak ada lah pantang sangat dah sekarang.
Fear factor
Jadi abang makan bubuk ni tak geli ke?
Kalau ditelan terus dengan air minuman tu… tak sempat nak rasa apa pun. Cuma kalau dia berenang ke tepian… sangkut celah gusi atau bawah lidah baru la ada rasa geli tu. Hahaha.. merayap-rayap eeeeeeuuuuwwwwww. 😂
Makan bubuk jawa ni ikhtiar alternatif dan tradisional. Selain gout dikatakan bagus untuk rawat sakit sendi dan semput juga. Apapun balik lah kepada yang menyembuhkan itu adalah Allah s.w.t. Wallahu ‘alam.
Apa itu gout?
Penyakit Gout telah lama wujud dalam masyarakat dunia. Penyakit ini dipercayai wujud kira-kira 2,000 tahun lalu. Ia turut dikenali sebagai “penyakit orang kaya” kerana lazimnya ia disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman berkhasiat tinggi di kalangan mereka yang mempunyai status kewangan kukuh.
Kini Gout menyerang tanpa mengira status dan usia. Jumlah pesakit Gout yang kian bertambah tahun demi tahun amat membimbangkan. Di Malaysia, penyakit Gout Arthritis yang berkaitan sendi lebih banyak dikesan.
Gout adalah penyakit yang “boleh datang dan pergi”. Sekiranya pesakit mematuhi segala pantang larang dari segi pemakanan, ubatan dan gaya hidup, serangan akan berkurangan atau mungkin tidak berlaku langsung. Sebaliknya, jika gagal mematuhi pantang-larang, serangan boleh berulang pada bila-bila masa.
Walaupun pantang larang tetap perlu, apa yang sentiasa diharapkan oleh masyarakat, terutama penghidap Gout ialah ubat paling mujarab bagi merawat penyakit ini.
Punca Gout
Apakah punca penyakit Gout? Gout terjadi akibat pengumpulan asid urik dalam badan melepasi tahap normal, iaitu 7.0mg/dL. Kadar asid urik yang tinggi ini diistilahkan sebagai “Hyperuricemia”.
Tidak semua yang mempunyai tahap asid tinggi dalam badan akan mendapat Gout. Ada peratusan kecil mereka ini kekal bebas Gout.Gout juga lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita. Wanita berpotensi mendapat Gout hanya selepas putus haid.
Gout adalah satu daripada penyakit arthritis, iaitu penyakit sendi yang dikelaskan sebagai arthritis metabolik. Penyakit Gout adalah berkait rapat dengan pemakanan dan nutrisi individu. Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, daging merah dan bijiran berprotein tinggi adalah punca utama Gout.
Pada zaman dahulu, makanan seperti ini hanya mampu diperolehi golongan kaya. Namun, kini banyak makanan yang diproses di kilang, contohnya minuman berkarbonat, menjadikan penyakit ini tular dalam masyarakat secara lebih menyeluruh.
Penularan penyakit ini dalam masyarakat tanpa mengira kedudukan sosioekonomi, sebahagian besarnya ada kaitan dengan pengambilan makanan berprotein tinggi.
Protein adalah molekul besar yang akan dicernakan menjadi sebatian ringkas menerusi proses penguraian dalam metabolisma tubuh manusia. Purin pula ialah satu daripada bentuk sebatian ringkas daripada protein dan akan ditukarkan menjadi asid urik sebelum dirembes keluar dari tubuh menerusi urin.
Natijahnya, pemakanan terlalu tinggi protein, purin dan asid urik ini tidak mampu dibuang secara efisyen dan akan tertumpu pada bahagian sendi serta tisu lembut di sekeliling sendi. Biasanya ia berlaku pada kaki dan akan menyebabkan rasa menyucuk serta bengkak yang terlalu sakit.
Asid urik yang berada terlalu lama dalam badan akan mendap dan menghasilkan hablur garam. Hablur garam inilah akan menyebabkan rasa sakit pada sendi. Bahagian tubuh yang biasanya terkesan dengan Gout ialah tapak ibu jari kaki dan kaki sebelum menular ke sendi lain.
Tanda-tanda Penyakit Gout
Jika anda sering mengalami sakit sendi, apakah anda mempunyai risiko mendapat Gout? Berikut ialah tanda yang boleh dijadikan panduan mengenali Gout:
Sakit itu menyerang ibu jari kaki dan ia menjadi panas, merah, bengkak serta amat sakit. Ketika serangan, geseran kecil seperti terkena kain juga akan menyebabkan kesakitan.
1.Serangan secara kerap dan tiba-tiba. Tempoh sakit boleh berlarutan hingga satu minggu ke dua minggu. 2.Muncul benjolan pada sendi. 3.Kerap kencing. 4.Sakit pada sendi seperti kaki, lutut, pergelangan kaki dan tangan.
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Nampak geli tapi mujarab. Amal makan ‘bubuk jawa’ 4 ekor sehari. Gout terus hilang."
Post a Comment