Mandian ais + limau.Badan jd segar,sengal badan hilang & halau gangguan halus



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Mungkin ramai yang belum tahu akan manfaat mandi ais yang diperah bersama limau ini mampu menghilangkan angin biasa dan ‘gangguan’ dalam badan anda. Tidak kira tua atau muda, bila badan rasa sengal, pasti kita rasa tidak selesa untuk melakukan sebarang kerja, betul tak?

Mandian ini dikatakan sangat baik untuk diamalkan 3 kali seminggu kerana kesannya mampu memulihkan tubuh badan anda semula. Badan yang lesu dan sakit dikatakan akan kembali segar jika mengikut kaedah seperti di bawah ini.

Namun, diingatkan ini hanyalah ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya berdoa dan memohon dari Allah untuk menyembuhkan segala kesakitan anda. Semoga petua ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba.

Banyak lagi pesakit saya tanya macam mana cara untuk buang angin bisa dalam badan. Setiap kali siapa yang datang terima rawatan dengan saya selepas rawatan pasti saya suruh mandi ais.

Mandi Ais bagus di amalkan seminggu 3x. Sebelum ni pun saya ada share cara mandi ais pernah viral dulu. Saya share lagi sekali mana yang masih tak tahu caranya macam mana nak mandi ais. Setiap kali badan rasa tak selesa saya pasti akan mandi ais..

Amik limau nipis ini 5 biji atau lebih, potong kan 2 setiap sebiji..Kemudian limau tersebut perah kan di dalam baldi.. Jika ada air kolah masjid, masuk kan sedikit air kolah masjid tersebut di dalam baldi. Selesai perah letakkan ais, pastikan air itu menjadi sejuk.. Bila air dah sejuk…

Baca Al fatihah baca 7x
Bismillah5 baca7x
Al ikhlas 7x Dan selawat 3x

Jika mandi di bilik air, sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu..

Selesai baca mandi air tersebut, jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki, jika tahan mandi sahaja dari kepala, lebihkan siram mandi belakang tengkuk belakang..

Cara begini jika anda amalkan.. Jika angin banyak dalam badan InshaaAllah akan keluar. Jika ada gangguan makhluk halus InshaAllah akan berkurangan. Sifat jin memang tidak tahan dengan sejuk, jin dari API..

Sekiranya lepas mandi anda rasa loya, pening, nak muntah, sedawa.. Itu maknanya di dalam tubuh anda ada gangguan. Jika dalam badan ada gangguan yang lama, selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya..

Sekiranya anda amalkan buat mandian ini 3 hari sekali InshaAllah izin Allah badan akan rasa lebih segar. Mandi sebaiknya selepas subuh atau sebelum maghrib.. Jika anda kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sending bisa dalam badan sesuai amalkan mandi ais ini..

Siapa yang pernah terima rawatan dengan saya, saya akan suruh mandi air ini sekurangnya 3 hari.. Semua itu atas keyakinan anda sendiri.. Izin Allah InshaAllah sembuh… Kita hanya iktiar… Kesembuhan semua atas izin Allah…

Di bawah adalah tanda-tanda gangguan makhluk halus :

1)Sakit belakang berat tengkuk  2))Sakit kepala kerap magrain  3)Sakit seluruh sendi bad an  4)Sakit Dada Dan kerap sesak nafas 5)Dahi rasa berat cepat megantuk siang hari

6)Kerap kembung perut,sedawa an gin
7)Berdebar2 tanpa sebab bila tiba waktu maghrib  8)Badan jadi panas demam bila masuk waktu maghrib
9)kitaran haid tidak menentu bagi wanita  10)Perut sakit seolah di hiris2

11)Cepat panas bar an  12)suka bersendiri  13)Cepat naik angin terutama orang paling rapat dgn kita suami isteri  14)Sukar tidur malam gelisah Dan kerap tersentak tika tidur  15)Kerap di tidih tika tidur

16)Kerap terdengar bisikan makhluk halus  17)Di atas bumbung rumah kerap di baling pasir,dan bunyi guli  18)Kerap terbau busuk,kemenyan,Colok  19)Kerap ternampak kelibat bayangan hitam  20)Kerap bermimpi bermain budak kecil Dan menyusu budak

21)Kerap bermimpi jatuh Dari tempat tinggi  22)Kerap bermimpi tempat Kotor busuk  23)Kerap bermimpi sesat dlm hutan  24)Kerap bermimpi binatang berbisa,ular jengking lipan  25)kerap mimpi orang mati

Di atas adalah tanda-tanda yang kerap berlaku bagi orang terkena gangguan sihir dan saka. Sekiranya banyak tanda-tanda tersebut berlaku pada diri anda, saya nasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran. Moga dapat jadi panduan pada kita semua..

Kredit: Siakapkeli.my

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Mandian ais + limau.Badan jd segar,sengal badan hilang & halau gangguan halus"

Post a Comment