Friday, 30 November 2018
dunia
Inilah asal usul simbol ‘Rock Metal’ dan kenapa kita haram melakukannya.
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
APA hukum membuat simbol tangan tanduk (seperti dalam gambar di bawah) kerana suka-suka sahaja?
Tidak kira atas dasar suka-suka sahaja atau memang suka sangat, Islam melarang tabiat suka meniru perlakuan yang bercanggah dengan syariat atau ada unsur agama lain, maka haram hukumnya. Rasulullah mengingatkan dengan maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong daripada kaum tersebut!” (Riwayat Abu Daud)
usteru, selidik dahulu sebarang perkara yang hendak ditiru daripada orang kafir. Sekiranya ia perkara yang bermanfaat, maka tidak mengapa. Namun saya tidak fikir simbol tangan sebegitu ada faedah kepada umat Islam. Sebaliknya sekiranya kita mengkaji latar belakangnya, ia cukup menakutkan.
Simbol “Rock” atau Simbol Syaitan
Saya pernah bertanya rakan yang kerap membuat simbol tangan tersebut. Dia menjawab: “Ini tanda ‘rock’!”
Memang simbol tangan tanduk ini dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan rock Barat. Bukan rock biasa-biasa, tetapi rock keras; hardcore, heavy metal dan seumpamanya. Mereka semua tidak beragama. Agama Kristian mereka sendiri pun mereka tentang. Jadi apa faedahnya meniru mereka?
Ini tidak cerita lagi tentang asal usul simbol tersebut. Ringkasnya, ia simbol yang membawa maksud tuhan syaitan yang mereka puja. Pelbagai nama yang diberikan, antaranya Diablo, Lucifer, the Satan dan sebagainya. Unsur ini bercanggah dengan Islam! Jadi jika dinilai berdasarkan maksud simbol tangan tanduk tersebut dan kaum yang mempopularkannya, maka jelas sekali bahawa haram untuk kita menirunya.
Simbol “I Love You”
Tetapi apa yang saya tahu, simbol sebegitu sebenarnya bahasa isyarat yang bermaksud “I love You”.
Pertama perbezaan simbol “I love you” dan simbol tangan tanduk syaitan ialah pada kedudukan ibu jari. Kedua, saya tetap menasihatkan bahawa jangan ditiru juga isyarat “I love you” tersebut. Asalnya ia direka oleh Helen Keller, seorang wanita bisu dengan menggabungkan isyarat tangan bagi huruf I, L dan Y sebagai singkatan “I Love You”. Namun apa yang syuhbahnya, dia seorang penganut ajaran Theosophy.
Jelaskan Hal Sebenar
Sepupu saya juga kerap melakukan isyarat tangan itu. Apa yang patut saya lakukan?
Jelaskan kepadanya hal yang sebenar. Kebanyakan orang tidak tahu, hanya ikut-ikut sahaja. Sekiranya dia tahu, mungkin dia sendiri akan membencinya. Contohnya ada satu hidangan daging masak merah. Kita tengok pun cukup menyelerakan. Namun apabila diberitahu bahawa dalam hidangan tersebut sengaja diletakkan sekeping daging babi, langsung hilang selera kita. Bahkan kita akan merasa jijik. Kemudian kita sendiri akan uar-uarkan kepada orang lain.
Simbol Tangan Alternatif
Kalau soal hiburan, kita ada hiburan Islam. Dalam soal simbol tangan ini, adakah terdapat versi Islam?
Setakat ilmu yang ada, tidak ada hadis pun yang menganjurkan supaya dibuatkan simbol tangan tertentu. Namun saya berpendapat kita boleh mengambil inspirasi daripada sunnah. Iaitu isyarat tangan yang kita lakukan ketika tasyahud dalam solat. Rasulullah juga berkhutbah sambil membuat isyarat sebegitu. Kita juga pernah saksikan pemain bola Muslim yang membuat isyarat sebegitu setelah berjaya menjaringkan gol. Ia tanda kesyukuran Allah yang maha Esa.
Wallahu a‘lam.
Muhammad Luqman Makhtar
Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz isu No.5
Via adden.my
Semoga dengan informasi ini kita tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut. Mungkin selama ini kita buat sekadar ikut-ikutan apa yang orang lain buat. Kita nampak penyanyi-penyanyi rock buat. Tapi kita tak tahu maksud disebaliknya. Wallahualam. Semoga bermanfaat.
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Inilah asal usul simbol ‘Rock Metal’ dan kenapa kita haram melakukannya."
Post a Comment