Badan gigil,seakan lumpuh tiba².Wanita kongsi detik cemas hampir jd mangsa pukau.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Bahaya itu sememangnya boleh datang meskipun tidak diundang. Namun, alangkah bersyukurnya seseorang tersebut sekiranya Allah telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa pukau oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Itulah pengalaman pahit yang dikongsi oleh seorang wanita dari Sabah, Anita yang mana telah berkongsikan detik-detik cemasnya hampir dipukau di laman Facebook ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Didatangi oleh seorang wanita ketika sedang makan

Kejadian hari ini sangat-sangat mencemaskan. Syukur Tuhan melindungi kami dari perkara yang tidak baik. Saya dan rakan singgah makan di sebuah restoran di Beaufort. Tengah makan, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang perempuan yang amat mencurigakan.

Tak sedap hati…

Dalam hati sudah terdetik yang wajah persmpuan tu macam seorang penipu, betul. Tapi, saya positifkan minda saya. Kawan tanya kepada perempuan tu, kenapa dan dia kata nak minta tolong duit tambang RM20.

Terus saya ajak dia makan bersama satu meja…

Terus, dengan senang hati, saya ajak perempuan tu makan dan order makanan dlu. Tapi, perempuan tu malu-malu kucing dan menolak pelawaan saya. Saya beri tawaran lagi supaya order makanan tapi, saya terhenti apabila kawan memanggil nama sy ‘Nit…!

Jantung laju dengan tiba-tiba

Lepas tu tiba jantung saya berdegup laju dan makin laju. Kalau bedebar biasanya kita terasa di dada saja kan. Tapi ni saya rasa dada, perut dan seluruh badan sy tiba-tiba kuat getarannya. Macam bertambah laju, dan seluruh badan saya seolah olah menjadi lumpuh.

Doa dalam hati

Semakin kuat getaran badan saya tu, semakin kuat juga saya berdoa dalam hati. Semakin rancak saya berdoa. Tapi badan semakin terseksa, seolah-olah macam orang dalam kelemasan.

Pelayan restoran datang, bagi secebis nota

Sampailah sorang pelayan tu datang hantar makanan kawan sy dengan secebis nota “hati2 kak, pandai memukau”.


Dia bagi pada kawan saya. Saya masih belum tahu tentang nota tersebut. Tapi debaran masih terasa sehinggalah saya pegang kuat-kuat beg saya. Terus hilang selera makan masa tu.

Kawan tunjuk nota, terus keluar dari situ

Bila kawan bagi tengok seimbas nota kecil tu, apa lagi. Kami suruh pelayan tu bungkus makanan, bayar dan terus keluar dari restoran tu.. Memang tak tengok dah muka perempuan tu.
Syukur ya Allah!

Syukur puji Tuhan, kami dilindungi daripada ilmu hitam macam tu. Masuk je dlm kereta, badan saya masih lemas.

Nasib baik kawan pandu kereta dan masing-masing meluahkan perasaan semasa perempuan tu datang mendekat. Rupa-rupanya, instinct kami sama! Tak sedap hati, rasa lain sangat.

Tolong hati-hati

Jadi kita semua hati-hati ye dengan perempuan ni. Badan dia kecil-kecil je muka pucat lesi. Dia tak berhenti merenung kawan saya tau. Sudahlah bau semacam, memang tak menyenangkan.

Mungkin dia dah baca banyak kali mantera pukau tu pada kami. Syukur, ilmu hitam tersebut dipatahkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa

Sumber: FB Anita  Via ohmymedia

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu

Pada zaman moden ini jangan terasa pelik kalau kejadian pukau boleh berlaku pada seseorang.  Apakah yang dikatakan pukau ini?  PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud di setiap huruf yang diwakili.

P – Pujukan
U  – Ungkapan
K – Kata-kata
A  – Ayat azimat
U  – Umpan

Pendek cerita maksud PUKAU adalah hilang akal buat seketika, bingung atau terdiam atau tidak dapat melakukan sesuatu dengan fikiran yang waras.  Pukau juga boleh dikaitkan dengan minda bawah sedar. Ianya bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa kita sedari dengan akal fikiran yang waras.

Sebenarnya pukau boleh digunakan untuk dua perkara iaitu BAIK dan JAHAT.  Pukau cara baik biasanya digunakan untuk tujuan perubatan oleh doktor psikologi atau kaunselor.  Ada kalanya ianya digunakan untuk kaedah penyiasatan oleh pihak berkuasa.  Pukau cara jahat pula biasanya digunakan untuk perkara seperti merompak, membunuh, merogol dan lain-lain yang bersifat jahat.

Pukau boleh berlaku melalui beberapa kaedah.  Antaranya:
1- Hembusan asap rokok 2-Renungan mata dan senyuman 3-Bersalaman 4-Menepuk bahu dari belakan 5-Membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa 6- Membuang telur busuk dan sebelah selipar di depan rumah

Antara tanda anda terkena pukau:

1-Melihat sesuatu yang hodoh menjadi cantik 2-Jantung terasa berdebar-debar 3-Sakit di bahagian belakang badan dan sering sakit kepala menjelang Maghrib

Mereka yang terkena pukau ini biasanya tidak akan sedar dengan perubahan yang berlaku pada diri mereka jika tidak ditegur oleh orang-orang terdekat.  Banyak kes pukau terjadi di mesin pengeluaran wang.

Saat kita cuba mengeluarkan duit, tiba-tiba ada orang menepuk bahu dari belakang sambil menghembuskan asap rokok.  Lelaki itu meminta semua wang yang dikeluarkan daripada mesin ATM tadi.Bila dipukau, kita tak akan  teragak-agak menyerahkan semua wang kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu.  Saat dipukau, kesannya bukan hilang dalam sehari dua tetapi ada sehingga dua minggu kerana dalam satu kes, mangsa pukau mengadu sakit kepala dan sukar tidur selepas kejadian itu.  Hanya setelah dirujuk kepada pengamal perubatan Islam, barulah penyakitnya beransur sembuh dan dia boleh menjalani hidup seperti biasa.

Sebenarnya, kejadian pukau  bukanlah sesuatu yang luar biasa berlaku di negara kita.  Di mana-mana sahaja di dalam media massa atau internet, kita akan membaca rentetan kisah orang yang menjadi mangsa pukau ini.

Di sini ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa pukau.  Antaranya:

1-Sentiasa berwudhu 2-Berdoa terutama ketika keluar rumah. Bacalah ayat Qursi,dan Surah Al-Muawwizat ( Surah Al Ikhlas, An Nas dan  Surah Al Falaq) 3-Membaca surah pendinding diri dan hendaklah diamalkan selalu iaitu surah Hud ayat 57, Surah Yasin ayat 9. Surah as Saffat ayat 6 dan surah Yunus ayat 81.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari mara bahaya dan mengelak perkara tak diingini ini.

Sumber: remaja.my

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Badan gigil,seakan lumpuh tiba².Wanita kongsi detik cemas hampir jd mangsa pukau."

Post a Comment