Professor Ungku Aziz Kongsi 16 Tips Bagaimana Untuk Menjadi Manusia Yang Bijak !



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Siapa tidak kenal Professor Diraja Ungku Aziz? Seorang intelektual Melayu yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. Tidak perlu juga menyenaraikan sumbangannya terhadap negara yang terlalu banyak. Anda boleh membaca buku-buku di pasaran yang menceritakan tentang sumbangannya terhadap dunia pendidikan, ekonomi, persuratan Melayu dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, orang yang dikenali sebagai Pak Ungku ini sangat terkenal dengan disiplin dan rutin hariannya. Pak Ungku bukanlah jenis orang yang bercakap di atas angin, beliau buat apa yang beliau cakap, bukan cakap dulu tapi tak buat-buat. Oleh itu, saya berasa teruja untuk berkongsi kepada anda semua tentang tips yang saya kutip daripada Pak Ungku sendiri ketika ceramahnya di Universiti Malaya.

1. Tidur 6 atau 7 jam sehari

Pak Ungku mencadangkan agar kita tidur selama 6 hingga 7 jam sehari. Kalau orang muda-muda yang sihat 5 jam pun mencukupi. Dan disiplin diri kita untuk melupakan segala apa yang berlaku sebelum masuk tidur. Sumbat segala permasalahan hidup ke bawah karpet.

2. Tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari

Waktu tengah hari semua orang harus tidur sekurang-kurangnya selama 30 minit. Tak payah pilih waktu yang sesuai untuk tidur pada tengah hari ini, asalkan kita boleh curi masa untuk tidur sebentar pada waktu tengah hari itu sudah memadai. Masa yang sesuai antara pukul 12 hingga 3 petang. Kemudian Pak Ungku menyuruh kita tidur selepas makan tengah hari dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam. Tapi jangan tidur lama sangat hingga 2 atau 3 jam, itu tidak sihat untuk badan.

Tidur pada waktu tengah hari ini penting untuk ‘repair’ kembali sistem badan kita lalu membuatkan kita lebih cergas pada waktu petang. Rutin tidur sebentar pada waktu tengah hari ini memerlukan disiplin dan menuntut kebiasaan kita. Ini kerana bila kita tidur, selalunya isu-isu lain akan mengganggu kita. Kata Pak Ungku, jangan mempedulikan apa sahaja yang berlaku ketika tidur. Masa tidur adalah masa tidur, jangan ingat benda-benda lain atau mempedulikan apa yang berlaku di sekitar kita.

3. Makan bawang mentah

Antara aspek pemakanan yang menjadi rutin Pak Ungku ialah memakan bawang mentah.

4. Jangan makan terlalu banyak ‘fast food’

Pak Ungku melarang kita makan fast food seperti Burgers kerana bahan-bahan yang ada di dalamnya mempunyai racun yang banyak. Nak makan sekali sekala boleh.

5. Jangan minum air Cola-Cola

Kata Pak Ungku buang tabiat minum air Cola-Cola kerana padanya terdapat terlalu banyak gula yang memberi racun kepada badan



6. Amalkan pemakanan ‘fit for life’

Falsafah pemakanan Pak Ungku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalau kita masak, goreng serta rebus sayur dan ulam itu bermakna bahan itu telah mati. Maka, lebih baik makan sayur dan ulam yang masih segar, bukan yang telah dimasak. Kecuali daging.

7. Jangan borak kosong

Borak kosong itu merugikan dan membazir masa. Kalau orang Islam berdosa jika kita membuang masa begitu.

8. Masa giat dan masa rehat

Masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat(aktif) dan rehat(pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Masa pasif digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat, dan kita fikirkan apa yang kita akan buat. Jadi kita mesti sedar bila masa kita gunakan minda kita untuk melaksanakan pelbagai kegiatan dan bila masa kita gunakan untuk bersantai-santai. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing.

9. Jangan pedulikan tekanan orang

Bila ada orang marah kita tak tentu pasal. Jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. Anggap saja orang yang marah itu gila.

10. Selalu perhatikan baki wang

Kena tengok selalu baki wang yang ada di poket kita. Untuk mengelakkan masalah kewangan pada masa yang akan datang. Sebab orang yang tak ada duit selalu stress.

11. Amalkan senaman tiga kali seminggu

Buat jadual tiga kali seminggu untuk buat senaman. Tak kira jogging atau bermain permainan seperti badminton dan sebagainya.


12. Senaman Minda

Minda kita harus bersenam juga. Senaman minda boleh dilakukan seperti bermain permainan Sodoku dan Chess atau Dam Haji pun boleh. Ini baik untuk kesihatan minda

13. Jangan main computer games

Buang tabiat suka bermain computer games. Ianya boleh menyebabkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer. Gunakan komputer sebagai hamba kepada kita. Bukan kita yang menjadi hamba kepada komputer.

14. Amalkan budaya membaca

Pak Ungku seorang yang banyak membaca. Beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ia akan mengasah minda dan pemikiran kita. Kita juga boleh membaca buku-buku yang membantu perkembangan minda dan pemikiran kita.

15. Kita mesti berfikir, berfikir dan berfikir

Bila kita melakukan sesuatu, kita harus berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang kita fikir sesuai dengan keputusan yang kita mahu capai. Ini mengelakkan kita daripada berangan-angan.

16. Banyakkan diskusi

Berbincanglah perkara yang bagus dengan rakan-rakan anda. Ini menggalakkan minda kita berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea baru yang ,mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Professor Ungku Aziz Kongsi 16 Tips Bagaimana Untuk Menjadi Manusia Yang Bijak !"

Post a Comment