PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Terdapat pelbagai lokasi di serata dunia ini tidak berani dikunjungi walaupun seberani dan sekeras mana pun anda. Tempat-tempat seperti terjadinya insiden berdarah, pembunuhan dan seangkatan dengannya yang boleh membuatkan bulu roma anda tegak walaupun dengan hanya membayangkannya sahaja. Penulis boleh dikatakan seorang yang berani, tapi ketika menulis artikel ini tengah malam, rasa seram sejuk pula.
Jika di Malaysia, pasti anda semua tahu di manakah lokasi sebegini terletak. Ya betul, lokasinya adalah seperti di Highland Tower, Lebuhraya Karak, Penjara Pudu dan lain-lain lagi. Namun, jika anda seorang yang menyukai cerita-cerita serta tempat-tempat menakutkan dan menyeramkan, anda pasti sukakan artikel ini.
Iluminasi.com ingin membawa anda menyelami 13 tempat yang paling menakutkan dan menyeramkan di dunia.
1. Suicide Forest, Japan
Suicide Forest ini yang diberikan nama rasmi iaiatu Aokigahara, terletak di bawah Gunung Fuji. Dikaitkan dengan syaitan dalam mitos Jepun, hutan ini mempunyai pokok yang sangat padat sehinggakan menghalang angin daripada masuk. Ini menyebabkan tempat ini menjadi sangat sunyi dan menyeramkan. Walaupun terdapat banyak papan tanda yang meminta mereka untuk memikirkan tindakan mereka, namun tempat ini tetap menjadi tempat popular untuk orang membunuh diri, dan lebih kurang 100 kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di sini setiap tahun.
2. Island of the Dolls, Mexico
Terletak di Tasik Teshuilo berdekatan dengan Mexico City, pulau ini dikatakan lokasi paling menyeramkan di Mexico. Dikatakan, satu-satunya penduduk di satu, Don Julian Santana, telah menjumpai mayat kanak-kanak perempuan dalam sebuah terusan. Dihantui oleh roh hantu kanak-kanak itu, Don Julian mula membawa anak-anak patung untuk diberikan kepada kanak-kanak itu dan terus melakukannya sehingga dia mati lemas di tempat yang sama. Hari ini, beratus-ratus anak patung yang mengerikan dan tidak berkepala memenuhi pulau tersebut.
3. Hotel Stanley, Colorado
Salah satu antara hotel yang paling berhantu di dunia, yang menginspirasikan buku bestseller oleh Stephen King, iaitu "The Shining". Ketika tinggal di hotel berkenaan, Stephen tinggal di bilik 217, namun di bilik 418 yang dilaporkan terjadinya aktiviti hantu paling kerap. Hotel itu dihantui oleh Flora Stanley, isteri kepada pemilik hotel tersebut, yang suka bermain piano di tengah malam. Hantunya dikatakan sangat jelas dan menakutkan.
4. Kubur Bawah Tanah Capuchins, Italy
Terletak di bandar Sicilian di Palermo, selatan Itali. Kubur bawah tanah ini mempunyai cara pengebumian yang unik yang terkenal kerana mempamerkan mayat-mayat seperti pameran muzium. Mereka dipakaikan pakaian dan disusun dalam posisi seolah-olah masih hidup.
5. Makam Sedlec, Republik Czech
Terletak di tengah-tengah Republik Czech, Makam Sedlec ini adalah sebuah gereja kecil Roman Katolik, dibawahnya adalah tanah perkuburan All Saints. Gereja ini amat terkenal kerana di dalamnya mengandungi tulang rangka lebih 70,000 ribu orang. Tulang rangka ini disusun secara artistik untuk menghasilkan hiasan dan dijadikan perabot gereja ini. Tempat mengerikan ini telah pernah ditampilkan dalam beberapa buah filem seram.
6. Waverly Hills Sanatorium, Kentucky
Dahulunya merupakan pusat rawatan bagi pesakit batuk kering pada awal abad ke-20, tempat ini dianggap sebagai salah satu tempat yang paling menakutkan dan berhantu di Amerika Syarikat. Sanatorium ini adalah tempat matinya 63,000 pesakit yang rata-rata mati akibat daripada layanan buruk dan ujikaji tidak bermoral. Dilaporkan, bayang-bayang dan jeritan boleh dilihat dan didengari melalui bangunan ini. Penulis memang seram kalau cakap bab bayang-bayang hantu ni!
7. Akodessewa Fetish Market, Togo
Terletak di ibu negara Togo, iaitu Lome, pasa ini adalah pasar sihir terbesar di dunia. Dikatakan antara tempat paling menakutkan di Afrika, pasar ini menawarkan apa sahaja daripada kepala harimau kumbang dan tengkorak manusia hinggalah kepada paderi sihir yang menjampi anda dan juga meramal masa depan, serta menghasilkan ubat yang boleh menyembuhkan apa saja penyakit. Seram? Meremang bulu roma penulis.
8. Gua Mumia Kabayan, Filipina
Terletak di Kabayan di daerah Benguet, Filipina, gua ini adalah sebuah gua semulajadi yang menjadi rumah kepada 'Fire Mummies'. Wujud seawal sekitar tahun 2000 BC, mumia-mumia ini di antara mumia yang paling terpelihara dengan baik di dunia. Proses memumiakan dijalankan sejurus selepas seseorang itu mati, di mana mereka akan diberi minum air yang sangat masin dan badan masih boleh menghadamkan air tersebut. Mayat tersebut kemudiannya dibasuh dan dibakar dalam posisi duduk, dan mengeringkan cecair tersebut.
Selamat malam.
iklan iklan saiz 250
0 Response to "8 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia Yang Ramai Tak Berani Kunjungi"
Post a Comment