Info Menafaat : TataCara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive




Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang berhak sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut.

Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT disamping usaha yang telah dibuat. Hajat tersebut boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.

Solat Sunat Hajat iaitu solat untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu yang boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing. Ia juga boleh dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat
Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:


Maksudnya - "Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala."

bacaan

Rakaat pertama - Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Rakaat kedua - Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Doa Solat Sunat Hajat

Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.

Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati dan selepas selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:
Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati akan dikabulkan oleh Allah SWT.


iklan iklan saiz 250


0 Response to "Info Menafaat : TataCara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa."

Post a Comment