S Kanagarajah Sebak Dan Beritahu Ini Yang Dia Akan Lakukan Pada Hari Perkahwinan Muhammad Adib



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Namanya popular selepas video dia sewaktu rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya baru-baru ini menjadi tular.

Namun, di sebalik insiden itu, ahli perniagaan, Datuk S Kanagarajah, 42, bersimpati dengan nasib menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Dalam kejadian tersebut, Muhammad Adib cedera parah dipercayai dipukul oleh perusuh yang sehingga kini belum dikenal pasti.

Ketika sesi Sinar Live hari ini, Kanagarajah kelihatan sebak dan berharap Muhammad Adib akan segera sembuh.

“Saya doakan Muhammad Adib akan sembuh dan bertugas seperti biasa. Saya juga harap boleh jumpa dia dan datang ke majlis perkahwinannya nanti,” katanya.

Muhammad Adib yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan dalam kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, video Kanagarajah menahan kemarahan menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge.

Bercerita lanjut, katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang merakam video berkenaan sehingga tular.

“Saya pun sedang mencari siapa yang merekodkannya dan membuatkan saya popular,” katanya.

Terdahulu beliau dipetik sebagai berkata, kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah,’ kata ahli perniagaan, S Kanagarajah berhubung klip videonya yang berkaitan dengan rusuhan kuil Sri Maha Mariamman menjadi tular.

Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.

“Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.

“Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, sekumpulan lelaki memasuki kuil dengan membawa senjata tajam.

“Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

“Jadi kami mahu lindungi mereka,” katanya.

Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.

“Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang,” katanya.

Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.

“Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu tular.

Video tersebut menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge.

Terdahulu, video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang mengawal keadaan di kuil berkenaan.

Selain itu, gambar lelaki sama dalam video berkenaan memakai uniform polis turut tular di laman sosial sehingga wujud spekulasi ada anggota polis terlibat.

Bagaimana pun, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Kredit: edisimedia

iklan iklan saiz 250


0 Response to "S Kanagarajah Sebak Dan Beritahu Ini Yang Dia Akan Lakukan Pada Hari Perkahwinan Muhammad Adib"

Post a Comment