Kerana bertanya soalan. Pelajar ini dihadiahkan Tony 3 tiket tunai umrah



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah rezeki seorang pelajar Diploma Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rifqi Saipul Nizam yang menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah.
Pada awalnya pelajar ini sekadar berkongsi impiannya mahu membawa ibu bapanya ke Makkah ketika Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di kampus itu. Namun siapa sangka ucapannya itu membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes tersentuh.

Tersentuh dengan hati emas pelajar ini

Sebagai pengarah UNISZA, saya pergi untuk berbincang dengan para pelajar, melawat kampus dan memikirkan cara-cara baru untuk meningkatkan pendapatan kerana kekurangan dana dari kerajaan. Semasa ucapan saya, saya tersentuh oleh budak lelaki muda ini yang mempunyai hati emas dan impiannya untuk membawa ibu bapanya ke Mekah.

Dia bertanya kepada saya bagaimana saya bermotivasi untuk membuat impian saya menjadi kenyataan. Pada akhir ucapan, saya membuat impiannya menjadi kenyataan. Dan reaksinya membuatkan hidup saya bahagia.

Sudah lama simpan hajat

Memang terkejut apabila saya dipanggil semula dan beliau (Tony) mengatakan kisah saya menginsipirasikan dan menggembirakannya. Perasaan bercampur baur apabila beliau mengatakan akan memberikan saya tiket untuk menunaikan umrah.

Sudah lama saya menyimpan hajat ke sana. Alhamdullilah, ia bakal tercapai dan rezeki itu memang tidak salah alamat.

Menerusi Harian Metro, pelajar itu tidak menyangka akan menerima kejutan sebegitu  apabila dia hanya sekadar mahu mengetahui rahsia kejayaan Tony kerana menjadikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad sumber inspirasinya.

Menurutnya lagi, perkara itu merupakan kenangan paling terindah dalam hidupnya.

Ibu bapa adalah inspirasi saya

Ketika sesi soal jawab itu, saya turut berkongsi kepada semua yang hadir bahawa ibu bapa saya adalah inspirasi saya untuk terus kuat mengejar impian. Saya beritahu impian saya untuk membawa orang tua saya ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan fardu haji atau umrah kerana mereka insan penting dalam hidup saya.

Saya sekadar berkongsi impian dan tidak sangka beliau mahu menunaikannya menjadi kenyataan.

Muhammad Rifqi menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah bersama ibu bapanya kerana menjadi individu pertama bertanya soalan kepada Tony. Memang bertuah sungguh.

Sumber : Harian Metro

‘Rezeki tak salah alamat’

IMPIAN seorang anak sulung dari empat beradik mahu membawa ibu bapanya ke Makkah bakal tercapai selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menghadiahkannya tiket penerbangan.

Penuntut Diploma Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rifqi Saipul Nizam, 18, bertuah apabila impiannya itu ditunaikan Tony yang tersentuh dengan kisahnya yang menjadikan ibu bapanya sebagai sumber inspirasi ketika Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di UniSZA, di Kuala Nerus, hari ini.

Muhammad Rifqi yang menjadi individu pertama bertanya soalan kepada Tony menerima tiga tiket penerbangan menunaikan umrah bersama ibu, Mariam Daud, 44, dan bapanya, Saipul Nizam Jusof, 44.

Katanya, dia tidak menyangka akan diberi peluang sebegitu dan menyifatkan ia antara kenangan terindah.

“Memang terkejut apabila saya dipanggil semula dan beliau (Tony) mengatakan kisah saya menginsipirasikan dan menggembirakannya.

“Perasaan bercampur baur apabila beliau mengatakan akan memberikan saya tiket untuk menunaikan umrah.

“Sudah lama saya menyimpan hajat ke sana. Alhamdullilah, ia bakal tercapai dan rezeki itu memang tidak salah alamat,” katanya selepas Program Executive Talk: Air Asia From Zero To Hero di UniSZA, hari ini.

Menurutnya, dia yang kagum dengan Tony sekadar mahu mengetahui rahsia kejayaan dan sumber inspirasinya sehingga berjaya seperti hari ini.

“Ketika sesi soal jawab itu, saya turut berkongsi kepada semua yang hadir bahawa ibu bapa saya adalah inspirasi saya untuk terus kuat mengejar impian.

“Saya beritahu impian saya untuk membawa orang tua saya ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan fardu haji atau umrah kerana mereka insan penting dalam hidup saya.

“Saya sekadar berkongsi impian dan tidak sangka beliau mahu menunaikannya menjadi kenyataan,” katanya.

Sumber: Hmetro

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Kerana bertanya soalan. Pelajar ini dihadiahkan Tony 3 tiket tunai umrah"

Post a Comment