“Nak,boleh ibu pinjam Rm300?” – dgn muka selamba,ini tindakan anak.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya.Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;  “Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ”
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ; “Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”  Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ; Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .12 bulan X 60 = RM720.Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160.

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.Lalu terkenangkan zaman kecilnya. Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”. Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..”

Semoga Bermanfaat.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain. Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

Antara tanggungjawab seseorang anak terhadap ibubapanya seperti berikut:

1. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan dan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dengan kedua ibubapa. Anda, jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

2. Sentiasa menghormati dan memberi kasih sayang kepada kedua ibubapa.

3. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan atau ajaran daripada ibubapa. Pertama sekali, Allah SWT perintahkan manusia beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa merekea.

4. Jangan sekali-kali anak menderhakakan kepada ibubapa, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Apabila derhaka, anda tidak akan mendapat keredhaan daripada ibubapa. Bukan itu saja, apabila derhaka kepada ibubapa, anda juga tidak mendapat keredhaan dari Allah SWT dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup ataupun mereka meninggal dunia dengan berdoa. Doa untuk kedua ibu bapa :

اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

“Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah keduanya

sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil”

7. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi oleh mereka.

8. Gembirakan hati ibubapa dengan menolongnya serta membuat kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika anak tinggal bersama dengan ibubapa) atau dengan memberikan apa jua bantuan mengikut keperluan.

9. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

10. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, rapatkan  silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

11. Apabila mereka sudah lanjut usia  (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya. Malahan itu anda juga perlu bersyukur kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

12. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah perbanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah. Bukan itu saja, anak juga perlu banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Sumber: almukhlisin.my

iklan iklan saiz 250


0 Response to "“Nak,boleh ibu pinjam Rm300?” – dgn muka selamba,ini tindakan anak."

Post a Comment