Amaran Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Berkulat



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Pasti ramai dari kita yang masih mengamalkan memakan roti ‘bersih’ pada roti berkulat.

“ALAA… BUANG YANG BERKULAT TU, YANG LAINKAN ELOK LAGI”

Kita jangan ambil mudah tentang hal ini ya, sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat. Ini adalah kerana kulat (bahasa sebenarnya adalah mold) adalah sejenis fungus (kulat) seperti cendawan. Seperti cendawan, kulat mempunyai ‘topi’ (bahagian atas) yang mudah dikesan dengan mata kasar.

Namun akarnya yang tersembunyi dikenali ‘hyphae’ adalah berbahaya buat manusia. Hyphae ini membentuk sebuah rangkaian akar di dalam roti , maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat.


Bagi kepingan roti daripada bungkusan yang sama langsung tidak ditumbuhi kulat pula, berkemungkinan besar roti yang kelihatan bersih dan selamat dimakan itu sebenarnya telah turut tercemar juga oleh ribuan spora (benih pembiakan) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Jadi, berhati-hatilah sebelum memakannya kerana anda boleh mengalami keracunan makanan. Sebelum membeli pastikan cek tarikh luput roti dan pastikan roti itu tidak berkulat walaupun belum sampai tarikh luput.

 JANGAN KERANA SEBUKU ROTI, NYAWA KITA TERANCAM

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Amaran Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Berkulat"

Post a Comment