Tuesday, 1 January 2019
pelajaran
Tahukah Anda Kenapa Telur Ayam Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk? Ini Jawapannya.
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Waktu pagi, sarapan telur dengan roti mesti sedap kan? Kalau nak diet kuruskan badan pun elok makan telur juga. Memang telur sudah terkenal dengan kandungan nutrisi yang tinggi sejak dulu lagi. Tapi, bila dah beli telur tu, keliru pula nak simpan dalam peti sejuk ke tak sebab banyak sangat pandangan orang yang bercanggah mengenai isu ini.
SIMPAN TELUR DALAM PETI SEJUK ATAU TIDAK?
Isu penyimpanan telur sama ada dalam peti sejuk atau bukan dalam peti sejuk sudah lama menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Mana tidaknya, telur adalah sumber makanan yang wajib ada di dalam setiap rumah. Kalau dalam keadaan terdesak, tak ada lauk lain, lauk telur pun cukuplah kan? Tapi, ada juga yang mengatakan bahawa jika anda tidak menyimpan telur dalam peti sejuk, boleh menyebabkan penyebaran bakteria yang dipanggil ‘Salmonella’? Betul ke?
Berdasarkan Natural Medicine House, situasinya agak berbeza di beberapa negara di mana di Amerika, Jepun dan Australia, di mana mereka menggalakkan untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk tetapi tidak di negara-negara Eropah. Masyarakat di negara Eropah lebih memilih untuk menyimpan telur di dalam suhu yang biasa iaitu suhu bilik. Hal ini kerana, ayam di Eropah telah diberi penjagaan dengan lebih rapi dan telah disuntuk dengan vaksin yang boleh melawan pembiakan bakteria ‘Salmonella’.
Tetapi, bagi situasi di Malaysia, rasanya majoriti memang menyimpan telur di dalam peti sejuk kan? Hal ini kerana, penyimpanan telur di dalam peti sejuk memang dapat menjadikan telur lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, menyimpan bahan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20 darjah celcius ke bawah, dapat mengelakkan makanan tersebut dari tercemar dengan bakteria ‘Salmonella’.
SIMPAN TELUR DI TEMPAT YANG BETUL
Walaupun banyak teori mengenai jika anda patut menyimpan telur di dalam peti sejuk atau tidak,rupa-rupanya inilah cara yang betul untuk menyimpan telur tak kira di mana sahaja. Jika anda ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan anda tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut. Kenapa?
Kerana, telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama dan jika anda menyimpan telur di rak pintu peti sejuk, suhu akan terjejas dan tidak seimbang. Kita pun asyik buka dan tutup pintu peti ais itu, tambahan pula jika ada anak kecil yang selalu main pintu peti sejuk tu kan?
Oleh itu, simpan telur di bahagian lain sepeti di dalam laci peti sejuk tersebut supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
DIMANA ANDA HARUS SIMPAN BARANG KEPERLUAN RUMAH?
1. Timun : Meja dapur. Bila timun agak sedikit lembik dan anda boleh masukkan dalam peti sejuk
2. Pisang : Meja dapur
3. Mentega : Dalam peti sejuk beku
4. Coklat : Dalam tempat yang sejuk dan kering. Simpan dalam peti sejuk boleh menyebabkan rasa coklat hilang.
5. Kentang : Dalam rak dapur / laci kabinet
6. Roti : Bungkus dalam plastik dan diletakkan di suhu bilik
7. Kicap dan Sos : Dalam rak dapur, bukan dalam peti sejuk. Selepas dibuka baru diletakkan dalam peti sejuk.
8. Bawang : Dalam rak dapur/ laci kabinet. Simpan dalam peti sejuk akan cepat lembik.
http://www.huffingtonpost.com/
Semoga bermanfaat!
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Tahukah Anda Kenapa Telur Ayam Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk? Ini Jawapannya."
Post a Comment