Inilah Maksud Bin, Bte dan Binti Yang Mungkin Ramai Tak Tahu …



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Sejak lahir lagi, masyarakat Islam di Malaysia telah kenal sinonim dengan bin binti atau bte pada namanya di kad pengenalan. Tetapi ramai yang masih samar samar bila ditanya apa maksud bin binti dan bte tersebut

Masih ramai diantara kita yang tidak memahami maksud sebenar Bin, Binti dan Bte, samada dalam istilah barat mahupun dalam Islam

Mari kita rungkai rahsia sebenar disebalik penggunaan istilah-istilah ini.

Sistem Barat

Bin

Bin adalah B=Belong I=In N=Name, merujuk kepada nama keturunan keluarga.

Binti

Binti pula adalah B=Belong I=In N=Name T=To dan I=Initial, ini kerana bagi wanita, mereka sekali sahaja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selepas itu anak-anak mereka akan menggunakan nama keluarga suami.

Bte

Bte pula adalah singkatan untuk B=Belong T=To E=Eve, kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita adalah keturunan Eve@Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama iaitu Adam.

Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan Binti.

Penggunaannya Dalam Islam

Di dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti “anak lelaki kepada” manakala Binti pula mewakili “anak perempuan kepada”.

Ia berasal dari perkataan Arab iaitu “ibn” (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau “binte” (بنت) bagi anak perempuan.

Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki kepada Mohamad.

Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan “bin” atau “ibn” dalam bahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat.

“Ibn” adalah tranliterasi daripada alef-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alef ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai “bin” (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam adalah menurut perintah Allah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab, Ayat 5

Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldun memberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.

Di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara menggunakan sistem penamaan tanpa “bin” bagi pendaftaran anak angkat.

Contoh Ali Murad bererti Ali merupakan anak angkat kepada Murad. (Ali bin Murad menunjukkan anak sebenar).

Tindakan ini bagi menangani laporan akhbar pada 12 Julai 2008, yang telah melaporkan bahawa tindakan ini bersalahan dengan hukum syarak dan perlu menggunakan bin/binti Abdullah.

Patronimik masih digunakan di kebanyakan dunia Arab khususnya Arab Saudi. Bagaimanapun, kebanyakan Dunia Arab telah beralih kepada sistem nama keluarga. Sebagaimana nama Inggeris, nama keluarga masih berasaskan nama yang dahulunya patronimik.

Di Iraq, nama penuh dihasilkan dengan mencantumkan nama orang perseorangan dengan nama bapa (kadangkala nama bapa ditinggalkan, sebaliknya nama datuk digunakan atau kedua-dua nama bapa dan datuk digunakan) bersama-sama dengan nama bandar, desa, atau suku kaum.

Sebagai contoh, Hayder Muhammed al-Tikriti adalah anak Muhammed yang bernama Hayder dan berasal dari bandar Tikrit.

Dari segi ejaan, perkataan bin/binti dieja dalam huruf kecil, sementara nama sebenar dieja sebagai huruf besar.

Ini kerana dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun.

Wallahualam …

Sumber : ohgebang

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Inilah Maksud Bin, Bte dan Binti Yang Mungkin Ramai Tak Tahu …"

Post a Comment