Himpunan 812: Ini Kata-Kata Ringkas tapi mendalam “Pok Ya Cong Codei”



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Pengarah dan pelakon tersohor tanah air, Sabri Yunus menyifatkan tindakan berdemonstrasi dan berhimpun secara aman bukanlah suatu masalah selagi ia tidak menimbulkan huru-hara.

“Berhimpunlah, berdemolah, asalkan aman. Asalkan tidak jadi huru-hara. Secara peribadi ambo tiada masalah. Tak pernah kata bodohnya perbuatan itu.

“Dari dulu lagi, dari zaman reformasi, masuk zaman Bersih dan hingga ke hari Icerd. Ada sebab buatlah,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Kenyataan Sabri dipercayai merujuk perhimpunan membantah konvensyen PBB mengenai kesetaraan kaum di ibu negara hari ini.

“Tak kan berpuluh ribu orang yang terlibat tu terdiri daripada orang yang bodoh. Tak mungkin.

“Sebab mereka tidak bodoh lah mereka berhimpun dan menunjukkan pernyataan hati mereka terhadap sesuatu isu yang mereka tidak puas hati.

“Mereka rakyat yang ada kesedaran dan berani memperjuangkan kesedaran itu. Selamat berjuang pada semua, setiap perjuangan itu ada manfaatnya,” jelasnya lagi.

“Berdemolah asalkan tak jadi huru-hara”

Menurut penganjur himpunan Icerd hari ini, majlis berkenaan bertujuan menzahirkan kesyukuran terhadap keputusan kerajaan yang tidak bersetuju mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu kebanyakannya dihadiri oleh penyokong PAS dan Umno, selain beberapa NGO Melayu.
Perhimpunan hari ini turut menyaksikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkongsi pentas.

Bekas perdana menteri Najib Razak turut hadir himpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka itu. Terdahulu Najib menunaikan solat Zohor dan solat hajat di PWTC.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim menganggarkan jumlah kehadiran di himpunan petang ini kira-kira 55,000 orang.

Mengikut anggaran Malaysiakini pula pada detik kemuncak dianggarkan ada kira-kira 80,000 orang hadir di himpunan ini. Bagaimanapun jumlah itu berkurangan sedikit apabila cuaca mula mendung.

Presiden Umno pula dalam ucapannya mendakwa seramai 500,000 orang hadir.

Reaksi Netizan:


Himpunan 812: Ini Kata-Kata Ringkas tapi mendalam Mustapa Kamal Kepada K’jaan PH

Bukan Ellie Suriati Omar dan kawan-kawannya saja yang turun menyatakan sokongan kepada kempen membantah idea meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) hari ini.

Dalam puluhan ribu manusia berbaju putih di Jalan Raja hari ini, salah seorang daripada mereka ialah pelakon Mustafa Kamal.

Dia yang memang dilihat tekal menyokong PAS ditemui di celah-celah orang ramai sempat memberi peringatan.

Kata Mustapa Kamal, Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati kerana rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

“Pada kerajaan yang ada sekarang ini berhati-hati rakyat sedang memerhati kamu, apa saja keputusan yang kamu buat kamu kena berhati-hati,” katanya.

Sebelum ini kelibat pelakon, pengarah dan penulis skrip, Ellie, lebih menonjol.

Namun berbanding Mustapa Kamal, Ellie ketara mendekatkan diri dengan Umno, terutama anggota majlis tertinggi parti itu Lokman Noor Adam.

Ditanya mengenai kehadiran hari ini, Mustapa Kamal berkata, dia yakin sasaran penganjur untuk mengumpulkan kira-kira 500,000 orang tercapai.

Untuk rekod mengikut anggaran Malaysiakini pada kemuncak perhimpunan hari ini jumlah kehadiran ialah kira-kira 80,000. Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim pula menganggarkan jumlah kehadiran seramai 55,000 orang.

Kata Mustafa, sebagai rakyat Malaysia dia akan menyatakan bantahan terhadap Icerd tanpa mengira apa jua keadaan.

Malah kata pelakon berasal dari Kelantan itu, dia juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa rakyat akan berkumpul di Putrajaya pula sekiranya PH meratifikasi Icerd.

”Kita akan bantah tak kira walau dalam keadaan mana sekali pun.

“Tengoklah nanti, insya-Allah,” katanya.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Himpunan 812: Ini Kata-Kata Ringkas tapi mendalam “Pok Ya Cong Codei”"

Post a Comment