“Baru je cheraikan isteri.Pemalas,melawan,perabis duit” – Ini jwpn Ustaz Ebit Lew



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Seorang suami baru jumpa saya tadi. Dia baru cheraikan isterinya. Katanya isteri dia tak jaga agama. Malas dan suka habiskan duitnya. Suka bangun lambat. Tak pandai layan suami. Asal cakap menyakitkan hati. Kuat melawan.
Dia kata saya kan lelaki. Kena tegas. Kalau tak dayus. Jangan biar orang perempuan tindas dan pijak kita. Saya kata abang pernah bawa dia belajar iman tak? Ada bawa pergi majlis Ta’lim ke? Ada bawa pergi majlis ilmu ke?

Susah nak bawa dia ustaz..Betul ke tindakan saya ustaz…

Tapi selalu begitulah abang. Kalau wanita salah cepat jer dia cheraikan. Saya lihat beribu wanita yang dapat suami macam-macam tapi mereka sabar jer. Tahan kan ajer. Demi anak-anak mereka teruskan perkahwinan.

Wanita ini jika berpisah orang selalu salahkan mereka. Orang takut nak dekat dengan mereka. Orang kata dia guna-gunakan suami. Dia kuat melawan suami. Dia gagal dalam perkahwinan.Nak cari pengganti berat jer. Mereka kena uruskan anak-anak. Hidup mereka untuk anak-anak. Suami jika marah senang-senang jer lepas tangan macam tu..

Dalam perkahwinan ini abang, kita kena selalu muhasabah diri. Masing-masing kena mengalah. Ingat Allah. Apa Allah nak saya buat. Inilah perjuangan saya. Bimbing isteri ke arah kebaikan. Bawa berjuang di jalan Allah. Buat Ta’lim dalam rumah. Cari waktu tetap dan tempat yang tetap. Beri hadiah buat isteri. Cari kesukaan mereka. Gembirakan hati mereka.

Tapi kata-kata dia sakitkan hati saya ustaz?

Jawab saya dalam Al-Quran. Sifat hamba Allah yang Maha Pengasih ialah apabila orang jahil berkata yang buruk pada mereka. Mereka akan balas dengan kebaikan dan rahmat. Sabar.

Malam kita menangis doakan mereka. Setelah kita buat semua ini jika isteri masih begitu barulah fikir bab cherai. Tapi sangat yakin sesiapa sahaja buat semua ini isteri mereka akan jadi isteri yang solehah. – Ebit Lew

Percaya Tak Rezeki Itu Ada Kaitan Dengan Isteri?

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?

Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak. Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

iklan iklan saiz 250


0 Response to "“Baru je cheraikan isteri.Pemalas,melawan,perabis duit” – Ini jwpn Ustaz Ebit Lew"

Post a Comment