Belanja seorang pakcik tua aiskrim.Selang 2 hari tak sangka ini yang terjadi.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Baca satu artikel di fb tentang “The power of sedekah”, tiba-tiba ingatkan saya tentang satu situasi. Saya cuba nak jual satu jenis tudung ni tapi tak laku. Tak ada yang beli pun dan saya hampir give up sampai saya yang kena pakai sendiri tudung tu. Lama juga saya menyepi. Saya muhasabah diri. Sentiasa doa Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan. Sayang sangat sebab tak balik modal langsung masa tu.

Saya positifkan diri, saya jual dengan harga yang memang modal semata saja. Sebab saya memang dah terdesak dengan duit. Alhamdulillah, mungkin Allah gerakkan jari jemari saya ni untuk promote sekali lagi tudung tu tp bukan dengan harga modal. Saya seolah terpukul dengan satu bisikan “Yakin. Mungkin ada rezeki kali ni”

Masa tu, cuma tinggal 5 helai saja tudung. Lepas saja saya promote, memang ramai yang nak beli. Wallahi, jari saya macam nak patah melayan customer yang berduyun. Bayangkan, dari 5 helai tudung yang tinggal saya terpaksa restock 100 helai tudung dan habis dalam masa 3 hari saja. MashaAllah saya pun taktau apa yang dah jadi. Bila saya ingat balik, dalam saya kesempitan wang, ada lagi yang masih memerlukan.

Seingat saya, 2 hari sebelum saya promote tudung tu, ada sorang pakcik tua datang pada saya. Masa tu saya di 7 eleven nak keluarkan duit dan pakcik tu nampak. Dia datang pada saya, dia tanya “Nak, boleh belanja pakcik ice cream ni?” Mula-mula saya berkira juga sebab saya nak makan juga tapi bila fikir tak apa lah saya korbankan duit demi memenuhi kehendak pakcik tu. Pakcik tu ambil ice cream, ucap terima kasih dan pergi. Saya bayarkan dan saya cuba cari pakcik tu. Tapi, pakcik tu dah takda sedangkan baru 5 saat dia pergi.

Pakcik tu datangnya dalam keadaan lusuh, mukanya suci dan pegang satu plastik. Serba putih dan berkopiah. Saya terfikir, siapa pakcik tu ya? Sebelum pakcik tu pergi dia ada kata “moga Allah balas budi baik anak. Moga Allah limpahkan rezeki padamu”. Saya harap saya dapat jumpa pakcik tu. Walaupun tiada pertalian darah tapi hebatnya doa seseorang ni subhanAllah tak terkata. Doa yang baik itu sangat dimuliakan oleh Allah tak kira siapa pun yang mendoakan kita.

Sentiasalah bersedekah dan jangan berkira. Jangan pandang siapa yang meminta tapi berilah sebanyak mana yang kita ada. Sedekah itu takkan pernah memiskinkan kita.

Setuju?

kredit to : Nursyafiqah Ramly

Ketahui 10 Kelebihan Dan Kebaikan Bersedekah
Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim

Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:
#1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya.

Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
#2- Mendapat Ganjaran Pahala
Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Firman Allah ;

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

Surah an-Nissa:114
#3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan
Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita.

Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahgaian dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.
#4- Menyembuhkan Penyakit
Banyak penemuan kajian membuktikan dengan melakukan sesuatu perkara yang positif untuk orang lain, seperti memberi atau bersedekah akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan seseorang.

Salah satunya, kajian yang dilakukan oleh James House memberi kesimpulan bahawa dengan membantu orang lain sepenuh hati dan ikhlas akan meningkatkan kesihatan tubuh badan dan menyembuhkan penyakit-penyakit ringan.
#5- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan
Sebagai umat islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi, termasuklah dengan bersedekah.

Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.

Bahkan, dengan membelanjakan harta ke arah kebaikan demi membantu orang lain pasti akan mendorong peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.
#6- Melahirkan Rasa Syukur
Rasa syukur adalah apabila kita berterima kasih kepada Allah dengan apa-apa yang kita terima. Lalu, dengan bersedekah adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas semua kurniaan dan pemberiannya.

Bukankah dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa yang dimiliki hari ini itu adalah nikmat dan atas keizinan dari Allah SWT?

Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur, maka memberilah tanpa berkira-kira.
#7- Terhindar Dari Sifat Kedekut
Bagaimana untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian daripada golongan yang kedekut? Orang yang memberi sudah tentu tidak kedekut.

Sebenarnya dengan bersedekah (walaupun sedikit) mampu memupuk jiwa dan diri kita menjadi dermawan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Sedekah juga diajarkan melalui perbuatan zakat serta qurban sebagai ibadah wajib dalam Islam.

Sesungguhnya jauhilah sifat kedekut kerana itulah antara sikap yang menyempitkan rezeki.
#8- Melatih Berfikiran Positif Dan Adil
Kerap kali kita melihat golongan yang gemar bersedekah adalah mereka yang memiliki sikap adil, dan tidak berani mengambil hak orang lain tanpa kebenaran (mencuri).

Itulah manfaat bersedekah, dengan melakukan amalan sedekah akan mengingatkan kepada kita mengenai kewajiban dalam aspek sosial iaitu dengan bersikap adil kepada mereka yang memerlukan bantuan dan golongan dalam kesusahan.

Ini akan meningkatkan sikap peka dan simpati terhadap keadaan masyarakat di sekeliling kita yang kadang kala sangat memerlukan perhatian kita.
#9- Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik
Amalan bersedekah akan menjauhkan kita dari sifat gila harta dan pentingkan keduniaan.

Kita akan menjadi orang yang rela dan redha apabila harta atau kepunyaan diberikan kepada orang lain.

Bahkan hal ini membuatkan kita lebih berharap dan meminta hanya kepada Allah kerana percaya setiap yang kita ada adalah pinjaman dari Allah SWT sahaja. Jadi, sedekah akan menghindarkan kita dari dari nilai-nilai materialisme dan cintakan dunia semata-mata.
#10- Menjauhkan Diri Dari Sikap Bongkak Dan Sombong
Sikap sombong dan bongkak mungkin akan terjadi jika kita mengabaikan sedekah. Jika seseorang itu bersedekah atau kerap memberi kepada orang lain, dia bukanlah tergolong dalam golongan orang yang sombong.

Orang yang sombong adalah mereka yang menganggap semua yang dimiliki adalah hak kekal mereka selamanya. Disebabkan itulah mereka berasa sayang untuk memberikan kepunyaan mereka itu kepada orang lain. Tanpa mereka sedar semua itu adalah hak Allah yang boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, bersedekah untuk mengelakkan diri kita menjadi sebahagian daripada mereka yang sombong dan bongkak.

Kesimpulannya, contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri kerap berlapar.

Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling murah.

Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang di Madinah yang terlihat Bukit Uhud, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkahi; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).”

Hadis Riwayat Muslim

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Belanja seorang pakcik tua aiskrim.Selang 2 hari tak sangka ini yang terjadi."

Post a Comment