5 Tips Hidup Bahagia Menurut Kaedah Psikologi



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


5 tips rahsia hidup bahagia yang disenaraikan ini adalah hasil daripada kajian yang mendalam dilakukan oleh orang barat.

Memang cubaan untuk mecari jawapan kepada kebahagiaan hidup menjadi satu cabang kajian yang amat diminati oleh orang-orang barat dalam usaha mereka mendapatkan kepuasan hidup.

Kajian sebegitu mungkin tidak berapa mendapat tempat di negara kita kerana kita diajar untuk menelan segala apa yang berlaku dalam hidup ini dan menyerahkannya pada ketentuan Ilahi.

Kita diajar untuk mempercayai Qada dan Qadar. Segala apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku adalah ketentuan Tuhan dan telah tertulis di Loh Mahfuz. Malah mempercayai akan Qada dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib kita semat kemas di dalam dada.

Namun begitu, kita perlu megambil sikap yang betul dalam memahami perkara lalu, perkara yang sedang terjadi dan juga perkara yang akan berlaku.

Mari kita lihat apakah rahsia amalan mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bahagia.

1.Berkawan – Kajian membuktikan mereka yang bahagia dan mendapat kepuasan dalam hidup ada sekurang-kurangnya 10 orang kawan rapat yang boleh dikongsikan minat bersama. Orang yang ada ramai kawan secara automatik meningkatkan 20% tahap kepuasan hidup mereka.

2.Punyai cerita kehidupan – Orang yang bahagia kehdupannya suka kongsi pengalaman dirinya yang menarik. Samada cerita dirinya sendiri ataupun cerita keluarganya. Semua orang ada sesuatu yang istimewa yang boleh dibanggakan disyukuri. Kongsikan bersama orang lain, pada anak-anak, kawan-kawan dan kenalan. Itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika kita tak dapat lihat adanya kelebihan pada diri kita, sudah tentu ada yang tak kena dengan otak kita.

3.Ada matlamat – Hidup tanpa ada matlamat untuk dicapai memang tidak ada kehidupan. Dengan adanya matlamat, akan wujud perjuangan, akan ada usaha. Bila ada usaha tentu ada jalan dan insyaallah akan ada kejayaan. Pastikan kita ada sasaran atau matlamat dan jangan hidup ikut kaki melangkah sahaja.

4.Harta benda bukan segalanya – Lagi banyak kita kejar dan berikan pergantungan pada harta benda, lagi berkurangan rasa kepuasan hidup. Oleh itu, kurangkan terkejar-kejar dengan kebendaan atau wang ata harta benda.

5.Sentiasa buat peningkatan – Pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, Insyaallah kita akan bahagia. Peningkatan tak semestinya besar. Kecil-kecil lama-lama jadi besar. Pastikan kita buat perubahan dan pembaikan dalam hidup untuk dapatkan keluasan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Demikianlah 5 rahsia hidup bahagia yang ada pada mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bermakna. Semua perkara tersebut adalah berdasarkan kajian yang mendalam terhadap ratusan juta orang. Bagus untuk kita fikirkan dan jadikan panduan, Insya Allah!

iklan iklan saiz 250


0 Response to "5 Tips Hidup Bahagia Menurut Kaedah Psikologi"

Post a Comment