Try 4 Jenis Air Ni Kalau Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive



Rasa letih, lemau tak bertenaga adalah masalah yang selalu dialami sepanjang sebulan berpuasa kan. Bila dah letih, mulalah hilang fokus nak bekerja dan susah nak uruskan kehiduapan seharian. Mesti korang tercari-cari minuman apa yang mampu bekalkan tenaga dalam bulan puasa ni.

Selalunya orang ambil kopi untuk tambah tenaga, tapi macam mana untuk yang bukan penggemar kopi? So, ni adalah antara minuman yang korang boleh ambil ketika sahur untuk kekalkan tenaga.

Air coklat

Air coklat mengandungi bahan dikenali sebagai flanavols yang bertindak mengalirkan darah ke otak, serta mengoptimakan fungsi otak. Badan korang mesti cergas dan boleh fokus nak melakukan tugas seharian.

Buah sitrus

Aroma buah sitrus berikan ketenangan dan kesegaran. So, minuman buah-buahan sitrus juga mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan kerana ia membekalkan vitamin C. Antara buah-buahan sitrus termasuklah limau bali dan lemon.

Air kosong

Bila tubuh kita kekurangan cecair, fungsi tubuh termasuk otak tidak dapat berfungsi secara total. Pastikan korang minum 8 gelas air sehari tau!

Teh dan kopi

Kafein mampu menjana tenaga dan membuatkan kita mudah fokus terhadap sesuatu kerja yang kita lakukan. Tetapi, bagi korang yang tak gemarkan kopi, korang boleh pilih teh sebagai alternatif.


iklan iklan saiz 250


0 Response to "Try 4 Jenis Air Ni Kalau Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan"

Post a Comment