Kajian : Aloe Vera Bermanfaat Buat Pesakit Diabetes



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Aloe vera atau lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ia mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

Kajian terbaharu yang dijalankan saintis Amerika Syarikat mendapati aloe vera dapat mengurangkan kadar gula dalam darah khususnya dalam kalangan pesakit diabetes jenis kedua.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine itu mendapati, pengambilan aloe vera sebagai suplemen secara signifikan mampu mengurangkan paras glukosa dalam darah sehingga 46.6 miligram per desiliter (mg/dl).

Ia juga didapati mampu mengurangkan HbA1c atau hemoglobin terglikasi sebanyak 1.05 peratus selama tiga bulan sebelumnya.

“Pengambilan aloe vera secara teratur merangsang keluar insulin dan sangat berguna buat pesakit kencing manis. Pesakit dengan paras gula dalam darah kira-kira 200 mg/dl paling beruntung kerana memperoleh manfaat penuh daripada tumbuhan ini,” kata laporan kajian itu.

Aloe vera boleh diambil dalam bentuk jus dan pil dengan dos yang disarankan adalah 50 mililiter sehari untuk jus, manakala kira-kira 200 hingga 300 miligram sehari bagi bentuk kapsul atau tablet.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Kajian : Aloe Vera Bermanfaat Buat Pesakit Diabetes"

Post a Comment