Monday, 8 May 2017
Balasan Meninggalkan Solat!! Mohon Share
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Al-kisahnya,selepas selesai menunaikan solat dan mahu pulang ke rumah, Rasulullah s.a.w dan para sahabat berdiri sebentar di pintu masjid. Tiba-tiba, datang seorang pemuda berbangsa Arab masuk ke dalam masjid dalam keadaan menangis. Lalu pemuda tersebut duduk di satu sudut masjid sambil mengesat air matanya. Rasulullah s.a.w dan para sahabat berasa hairan melihat perlakuan pemuda itu, lantas baginda dan para sahabat pun menghampirinya dan bertanya " Wahai orang muda, mengapa kamu menangis seolah-olah kamu berada dalam kesusahan dan mempunyai masalah?" Tanya Rasulullah s.a.w sambil diperhatikan oleh para sahabatnya.
"Ya Rasulullah, sebenarnya ayah saya telah meninggal dunia. Saya tidak ada wang untuk membeli kain kafan. Selain itu, tiada seorang pun yang mahu memandikan dan menyembahyangkan jenazahnya. Saya amat sedih Ya Rasulullah," jawab pemuda tersebut. "Kamu Umar, Abu Bakar, ikut pemuda ini ke rumahnya dan uruskan jenazah ayahnya," perintah Rasulullah s.a.w kepada Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar. Tanpa berlengah dan membuang masa, sahabat baginda segera mengikut pemuda Arab itu ke rumahnya. Sesampainya di sana, mereka segera melihat jenazah bapa pemuda itu. Namun, alangkah terkejutnya sahabat apabila melihat jenazah itu bertukar wajah menjadi babi hutan. Kemudian, sahabat pergi berjumpa Rasulullah dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Akhirnya, baginda dan para sahabat pergi semula ke rumah pemuda tersebut untuk melihat sendiri kebenaran kata-kata sahabat tadi. Ketika di hadapan jenazah itu, Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah s.w.t dan kemudiannya jenazah bertukar menjadi rupa manusia semula. Memandangkan jenazah tidak baik dibiarkan terlalu lama, Rasulullah dan para sahabat segera memandikan, mengapankan dan menyembahyangkan jenazah bapa pemuda itu. Setelah semuanya selesai, ketika jenazah itu mahu dimasukkan ke liang lahad, sekali lagi wajah jenazah bertukar menjadi babi hutan yang hitam. Rasulullah menghampiri pemuda Arab itu dan bertanya " Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu semasa hayatnya?" pemuda Arab pun menjawab, "sebenarnya Rasulullah, sepanjang hayatnya ayah saya tidak mahu mengerjakan solat." Rasulullah s.a.w menarik nafas panjang dan berkata kepada para sahabatnya, "Lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Pada hari kiamat nanti, mereka akan dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam." Kemudian, Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t dan apabila wajah itu bertukat semula seperti biasa, jenazah itu segera dikebumikan.
Moral: Sebagai umat Islam, kita WAJIB menunaikan tanggungjawab kita dengan menunaikan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh-Nya. Sesungguhnya, seksa Allah s.w.t amat dahsyat. Nauzubillah.
Sumber: Jais
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Balasan Meninggalkan Solat!! Mohon Share"
Post a Comment