5 Fasa Umat Nabi Muhammad SAW Sebelum Kiamat . Lihat Sendiri kita Di Fasa Mana sekarang!!



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive



Eloklah kita renung akan apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w berkaitan dengan beberapa era dan peringkat zaman - zaman yang akan ditempuhi oleh umat manusia. Seperti mana yang tercatit dalam sejarah bahawa Islam telah berkembang lebih 1400 tahun menempuh pelbagai era, sehinggalah ke era yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai era akhir zaman, era peralihan yang dipimpin oleh prmimpin Islam bertaraf khalifah.


Fasa pertama : Zaman Rasulullah s.a.w.


Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah s.a.w terkenal dengan " Zaman Ummah Pertama". Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YES.


Fasa Kedua : Zaman Khulafa Al-Rasyidin


Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi empat orang, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah s.a.w dan kedua - dua gergasi itu dapat ditawan.

Sebelum itu Nabi s.a.w. telah memberi isyarat dalam sabdanya bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud ; " Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu." (Riwayat Imam Ahmad).

Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira - kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah s.a.w. masih lagi menjamin umat Islam baik ialah dalam lingkungan kira - kira tahun dan dicampur semua menjadi 300 tahun.

Sepertimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w; " Sebaik - baik kurun, ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu." ( Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut perawi hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun. Itu sahaja kurun yang Rasulullah s.a.w. menjamin baik yang berjalan di atas minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YES.


Fasa Ketiga : Zaman Fitnah @ Zaman Kerajaan Menggigit


Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja - raja Islam yang menimbulkan fitnah, di mana memerintah secara menurut sistem turun temurun atau monarki / warisan. Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar yang bukan dari ajaran Islam tulen. Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhir lah fasa ini. Lama masa era kuasa pemerintahan ini selama kira - kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya YES.



Fasa Keempat : Zaman Diktator


Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi - ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi dan lain - lain lagi termasuk nasionalis. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang - orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara - cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi s.a.w. dahulu.

Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai - nilai materialistik, liberisme dan sekularisme dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang - undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi s.a.w. paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.

Zaman inilah dikatakan dajjal akan muncul keluar di mana dia akan mengaku sebagai nabi dan tuhan di merata tempat kecuali Mekah dan Madinah sebelum ia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Hanya berzikir sahaja pada zaman ini kita dapat melawan fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum munculnya era minhajunnubuwwah, terjadi peperangan akhir zaman, iaitu peperangan dunia ketiga yang kuasa Barat, Timur Tengah termasuk Yahudi yang didominasi oleh Dajal, telah musnah dan kalah teruk sekali di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf khalifah iaitu Imam Al-Mahdi dan oleh Nabi Isa a.s.



Selepas berakhirnya zaman keempat, akhirnya muncul pula zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung kembali sepertimana zaman kenabian. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama, dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi. Jadi sesuai dengan proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa " Dan tidak sekali - kali kamu dapati sunnatullah itu berubah". (Surah al-Ahzab ayat 62) dan "Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu sentiasa berputar" (Hadis riwayat Abu Na'im dari Muaz bin Jabbal).

Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis ( Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, bahkan Yahudi akan terhapus terus bersama - sama kematian Dajal laknatullah. Pemimpin Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah. Di samping itu, kita meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.

Dari Said dan Jabir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya ; " Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi - bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur)." (Riwayat Muslim).


http://www.lokmanamirul.com/2015/11/5-fasa-dunia-akhir-zaman.html


iklan iklan saiz 250


0 Response to "5 Fasa Umat Nabi Muhammad SAW Sebelum Kiamat . Lihat Sendiri kita Di Fasa Mana sekarang!!"

Post a Comment