Raihan kekal antara 500 Muslim berpengaruh di dunia...



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive



KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid, Raihan, tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi tahun kesembilan berturut-turut. Pengiktirafan itu dicapai hasil kajian dilakukan Universiti Georgetown, Washington, Amerika Syarikat dan dikeluarkan dalam The Muslim 500: The World's Most Influential Muslims bagi seluruh umat Islam, merangkumi pelbagai bidang sepanjang 2016. Raihan yang kini dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim diletakkan dalam kategori Seni dan Budaya mewakili Malaysia. Turut tersenarai ialah Yusuf Islam mewakili United Kingdom dan Maher Zain (Sweden). Nama Raihan mula tersenarai sejak 2008 apabila berjaya mencetus genre muzik baharu Islam kontemporari yang akhirnya menjadi ikutan kepada penggiat nasyid di dunia. Jurucakapnya, Che Amran, berkata fenomena nasyid kontemporari yang tercetus sejak album pertama mereka pada 1997 berjudul Puji-Pujian meninggalkan impak yang kuat di seluruh dunia. "Alhamdulillah, kajian yang dikeluarkan itu secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke seluruh dunia. Pastinya kami bersyukur kerana Raihan masih tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun kesembilan. "Apa yang pasti, semua itu disebabkan impak Raihan sebagai pencetus genre muzik baharu kontemporari Islam yang diterima di seluruh dunia. Dari situ mula tertubuhnya banyak kumpulan nasyid baharu, baik di negara ini mahupun di luar negara. "Selain itu, kami satu-satunya artis yang berjaya melengkapkan jelajah ke enam benua di seluruh dunia untuk mengadakan persembahan seperti ke Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Australia," katanya yang berbangga apabila turut diundang Ratu Elizabeth untuk mengadakan persembahan di hadapan baginda di The Royal Albert Hall, England. Selain Raihan, artis lain yang turut tersenarai bagi tahun kedua termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Hamidun. Selebriti antarabangsa pula menyaksikan penyenaraian Aamir Khan, Sami Yusuf dan ramai lagi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my



iklan iklan saiz 250


0 Response to "Raihan kekal antara 500 Muslim berpengaruh di dunia... "

Post a Comment