Viral Dua Beradik Selongkar Sampah. YB Adun Dedah Identiti Sebenar Mereka.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Ekoran viral dua beradik berpakaian sekolah selongkar sampah, YB Adun Pelabuhan Klang tekad mencari mereka seawal jam 430pagi. Alhamdulillah ini rupanya identiti sebenar mereka. Terbaik YB !!

DUA BERADIK TULAR WARGA MYAMMAR

Dua beradik berpakaian sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah tular di laman sosial bukan warga tempatan, sebaliknya warganegara Myanmar.

Menurut Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, ibu bapa kanak-kanak terbabit merupakan pelarian Rohingya dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, pihaknya menjejaki keluarga berkenaan selepas mendapat makluman daripada netizen di laman sosial.

“Kita bersama bersama sukarelawan Team Muafakat Klang mengambil inisiatif untuk mencari keluarga adik beradik itu seawal jam 4.30 pagi tadi kerana tidak mendapat maklumat lengkap bagi menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan.

“Alhamdulillah kita berjaya menemui keluarga tersebut hasil maklumat pengunjung serta pekerja di Pasar Pelabuhan Klang,” katanya.

Menurut Azmizam, bapa kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Islam Abdul Husson, 43, dan isterinya, Nujumah Khatu Sultan Islam, 43, tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.

“Nur Islam bekerja sebagai pembantu di kedai menjual sayur-sayuran di pasar berkenaan dengan upah RM50 sehari, manakala isterinya tidak bekerja.

“Pasangan ini mempunyai enam anak berumur 14 hingga setahun dan menyewa di sebuah rumah kedai berhampiran pasar berkenaan.

“Disebabkan gji diperoleh tidak mencukupi, mereka terpaksa mencari barang-barang lusuh untuk dijual bagi menampung kehidupan lapan beranak,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, sewa dan bayaran utiliti rumah yang mereka diami sekarang dibayar oleh majikan bapa anak-anak tersebut.

“Difahamkan, dua kanak-kanak, Mohammed Jubair, 14, dan adiknya, , Sufaidah Nur Islam, 11, bersekolah di salah satu sekolah swasta di Klang,” katanya.

Menurut Azmizam, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu keluarga tersebut bagi meringankan kos perbelanjaan anak-anak mereka.

“Memandangkan mereka ini warga asing, tetapi atas dasar kemanusiaan, kita akan membatu keluarga ini.

“Jika orang ramai ingin menyumbang, boleh menghubungi keluarga mereka di talian 011-25481224,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada netizen kerana peka dengan perkara ini.

“Tapi kita mahu mereka bertanggungjawab bila hendak memuat turun sebarang perkara, kena ada maklumat lengkap agar tidak timbul sebarang persepsi tidak baik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Viral Dua Beradik Selongkar Sampah. YB Adun Dedah Identiti Sebenar Mereka."

Post a Comment