Nasa cuba rahsiakan kebenaran. Ramalan Februari 2019 asteroid gergasi bakal hentam bumi



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


NASA sebelum ini pernah membuat pengumuman mengenai asteroid gergasi yang dijangka menghentam bumi pada 2019.Batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7 itu dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari. Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA.

Ujar NASA, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi. Malah kata NASA, ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai ‘risiko impak positif’ yang dipercayai bakal menghentam bumi.

Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat.

Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube. – Daily Star.

BERITA ASTRO AWANI : Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?


PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) sebelum ini mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi.

Menurut NASA, batuan angkasa itu dijangka menghentam bumi pada 2019 pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.Mengikut perkiraan NASA, asteroid itu dijangka menghentam bumi iaitu pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu kemudian ditarik serta-merta oleh pihak NASA.Jelas NASA itu, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.

Tambah mereka, 2002 NT7 bakal melintasi bumi tanpa terjadi sebarang pelanggaran, iaitu dijangka pada 13 Januari ini.

Sementara itu, tindakan NASA yang secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman, juga telah menjadi topik perdebatan hangat.

Portal Daily Star melaporkan, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk ‘menutup’ ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.

Menurut mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai ‘risiko impak positif’ yang dipercayai bakal menghentam bumi.

Tanda-tanda akan datangnya Al-Dukhan

Secara ringkas yang diterangkan oleh Ustaz Zulkifli di video ceramahnya,Nabi Muhammad SAW mengatakan hentaman meteor itu akan jadi bila kalian telah melihat ditengah-tengah umat dimana-mana,diseluruh dunia,apalagi di jazirah arab tiga tanda ini.

Hadist riwayat ibnu majjah,hadis sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim. Didalam hadis ini Rasulullah SAW menyebutkan bahawa meteor akan menghujani bumi di akhir zaman.Akan menjadi banyak petaka-petaka,banjir,bumi banyak tengelam.Kemudian banyak wajah dan rupa yang berubah.

Sahabat bertanya,bilakah itu akan terjadi ya Rasulullah. Jawapan nabi adalah

Pertama,ketika kalian sudah menyaksikan ditengah-tengah umatmu muncul banyaknya penyanyi-penyanyi wanita.

Yang kedua,muzik dan alat-alat muzik. Sudah kalian buka pintu-pintu rumah kalian,pintu-pintu negeri kalian dan kalian menyukainya. Arab saudi sahaja sekarang sudah benarkan muzik,dan konsert-konsert gergasi.

Yang ketiga,apabila minuman-minuman khamar (arak), barang-barang memabukkan lainnya sudah menyebar di tengah umatku dimana-mana.Adakah semua tiga ini sudah ada? Ya kesemua syarata sudah lengkap dan hanya menunggu datang al-Dukhan.

Oleh yang demikian, ayuhlah kita sama-sama perbanyakkanlah berdoa dan beramal soleh kepada Allah agar diselamatkan oleh Allah daripada musibah yang dasyat ini. Segeralah kita melakukan amal-amal soleh dan meninggalkan larang-larangan Allah. Perkingsian ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan tetapi untuk kita saling mengingati dan sedar diri bahawa kita dizaman yang diperkatakan Rasulullah SAW. Iaitu benar-benar di akhir zaman.Semoga perkongsian kali ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahualam.

Sumber 1: mstar
Sumber 2: astroawani

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Nasa cuba rahsiakan kebenaran. Ramalan Februari 2019 asteroid gergasi bakal hentam bumi"

Post a Comment