Tunang dalam Islam Vs Adat. Ramai tak sedar sudah jadi tunang orang.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


TUNANG DALAM ISLAM vs ADAT
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, “Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.”
“Kahwin la dengan kita bila-bila..,” jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang, maka ia adalah haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel ‘Disiplin Islam Dalam Pertunangan’ dan ‘Bagaimana Bercouple Cara Islam?’
“Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat….

–Ustaz Azhar Idrus–

Hukum Nikah Dengan Tunang Orang

salam ustaz..

Apakah pandangan islam tentang masalah ini:

“A telah bertunang dengan B, tetapi akhirnya A bernikah dengan C tanpa memutuskan tali ikatan pertunangan dengan B.”

Merujuk kpd permasalahan diatas, seorang pensyarah kolej islam memberitahu bahawa adalah lebih elok jika A terus bernikah dengan C kerana ianya lebih elok/mulia/digalakkan. Manakala pertunangan dengan B hanya perkara harus sahaja menurut islam. Adakah pandangan ini tepat?

sekian, moga berkesempatan menjawab.

Islam melarang seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang lain. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya”. Direkod oleh Malik dalam Muwatta, Syafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) dll.

Yang dimaksudkan dalam hadis ini apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, dan wanita tersebut telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengannya, maka haramlah orang lain bertunang dengan wanita tersebut. Adapun jika pihak wanita belum menyatakan penerimaannya, maka tidak mengapa orang lain cuba masuk meminang. (Al-Istizkar 5/382)

Jika pertunangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, tiba-tiba ada orang lain berkahwin dengan wanita tersebut, maka dia telah melakukan perkara dosa.

Dari sudut kesahihan perkahwinan, ada khilaf ulama:
Ada ulama menyatakan pernikahan tersebut mesti difasakhkan (dibatalkan). Ada ulama menyebut tidak perlu difasaskhkan seperti pendapat Abu Hanifah dan Syafie. Ada ulama membuat perincian, jika mereka telah bersekedudukan maka boleh diteruskan perkahwinan. Tetapi jika belum bersekedudukan maka hendaklah difasakhkan pernikahan.

Kesimpulan, hukum bertunang dan berkahwin dengan tunang orang adalah haram. Kecuali jika belum dipersetujui atau dibatalkan pertunangan yang pertama.

Wallahu A’lam.

Sumber: al-ahkam

iklan iklan saiz 250


1 Response to "Tunang dalam Islam Vs Adat. Ramai tak sedar sudah jadi tunang orang."

  1. Salam.....betul ka...ada yang megatakan dalam pertunangan,,start mula hari pertama pertunangan hingga smpai masa untuk nikah,,dalam tempoh waktu pertunangan ,,,,ada yg menyatakan setiap bulan harus d berikan wang belanja untuk tunang wanita selama mana tempoh bertunang....ia di samakan seperti nafkah.....betul ka itu....

    ReplyDelete