Monday, 24 December 2018
agama
Syeikh Ini Ajar Cara Memohon Hajat Dimakbulkan Dengan Mengamalkan Surah Ini.. In Sha Allah Terbukti Kemujarabannya!! Aamiin..
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kitaB suci tersebut.
SURAT AL-FATIHAH DAN TERJEMAHAN
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١ – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢ – segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣ – Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤ – yang menguasai di hari Pembalasan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥ – hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (٦ – Tunjukilah Kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ (٧ – (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.
Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Surat Al-Fatihah memiliki sejumlah manfaat atau khasiat bagi setiap pembacanya. Khasiat surat Al-Fatihah diantaranya adalah sebagai berikut:
1. Agar selamat dan bahagia di dunia.
2. Supaya rezeki lancar dan tercapai cita-cita.
3. Mengobati segala jenis penyakit.
4. Melepas tali atau membuka gembok.
5. Menghilangkan kebingungan dalam hati dan pikiran.
Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.
Saya ada banyak menulis tentang fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:
CARA MEMBACA AL-FATIHAH UNTUK MEMOHON HAJAT
Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;
cara membaca Al-fatihah untuk memohon hajat dimakbulkan
Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.
Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insya Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.
Anda juga boleh berdoa dengan doa solat hajat ini setelah selesai solat mengerjakan solat. Inshaallah hajat kita akad diperkenankan..amin
Doa selepas solat sunat hajat
Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.
WALLAHUALAM..
Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Syeikh Ini Ajar Cara Memohon Hajat Dimakbulkan Dengan Mengamalkan Surah Ini.. In Sha Allah Terbukti Kemujarabannya!! Aamiin.."
Post a Comment