Suka cangkung ats jamban ddk? Percayalah,urat keting anda akn putus……



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Ngeri sungguh membayangkan kesakitan yang dialami apabila urat keting di kaki boleh koyak dan terputus! Peringatan buat yang suka mencangkung diatas tandas duduk, berhati-hatilah.Mahupun yang melakukan aktiviti seperti bersukan pastikan membuat senaman regangan terlebih dahulu.Ini kerana dua faktor ini boleh menjadi sebab urat keting putus!
Berikut perkongsian nasihat daripada Pakar Ortopedik Dr Mahyuddin Mohamedsebagai rujukan;

“Saya baru sahaja buat pembedahan bagi sambung balik urat keting (tendon Achilles) yang putus”.

Sepanjang kerjaya saya, ada 2 sebab utama urat keting putus:
1. Main badminton tanpa warm-up yang cukup. Terutamanya masa smash.

2. Mencangkung atas jamban duduk. Jamban tak dapat tampung berat badan kita & pecah. Buku lali yang sedang mencangkung terhiris oleh ceramik jamban yang pecah.

Nasihat saya,
1. Bila nak bersukan, pastikan panaskan badan dan buat regangan dulu.

2. Kalau melabur di jamban duduk tu, duduk la. Kalau nak mencangkung, sila cari jamban cangkung.

Kalau mencangkung di atas jamban duduk tu memang anda sengaja cari nahas. Kalau anda budak kecik & ringan tu mungkin tak pecah jamban tu, tapi kalau… anda sambunglah ayat ni sendiri.

Proses penyembuhan selepas urat keting dijahit mengambil masa 6 minggu minimum. Perlu memakai simen & buat fisioterapi untuk dapatkan fungsi terbaik. Itu pun mungkin masih ada kemungkinan sendi agak ketat kerana tisu sembuh secara fibrosis. Tisu fibrous ini tidak sama kualiti dengan tisu asal yang Tuhan cipta.

Jaga diri anda.

Kongsikan ye. Anda boleh ikuti perkongsian nasihat & tips perubatan saya di Channel Telegram saya:
https://t.me/NotaDrMahyuddin

#drmahyuddin
#achillestendonrupture

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi lebih berhati-hati iya  dan jaga diri dalam melakukan dua aktiviti ini dalam kehidupan seharian.

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Mana Lagi Baik, Guna Tandas Cangkung Atau Duduk?

Bab pilih tandas sebenarnya agak peribadi. Ia mengikut kehendak dan keselesaan individu itu sendiri. Kalau diikutkan kini terdapat dua jenis tandas yakni tandas duduk dan tandas cangkung. Ada sesetengah rumah, ada dua jenis tandas ini dan sebaliknya.

Tiada bezanya dua tandas ini, ia bekerja sebagai tempat sistem pembuangan sisa dari manusia iaitu najis, muntah, darah haid atau apa sahaja. Tapi apa bezanya tentang rekaan tandas ini, satu anda kena mencangkung dan satu lagi anda hanya perlu duduk.

Ada pula yang kata sistem perkumuhan lebih baik dengan tandas cangkung. Benarkah?

Cangkung vs duduk
Tandas cangkung digunakan secara meluas di negara-negara Asia dan Afrika. Pergilah sampai ke China, Jepun, Turki atau Uganda sekalipun pasti anda akan jumpa tandas cangkung. Namun di Perancis telah digunakan sejak abad 20 termasuklah negara-negara Eropah Timur dan Russia. Jadinya, tandas cangkung dikategorikan sebagai tandas tradisional berbanding tandas duduk yang dianggap lebih moden.

Ramai yang berpendapat tandas cangkung lebih bersih, ini kerana tiada sentuhan kulit berbanding tandas duduk. Ada betulnya, tandas jenis duduk punya risiko mengotorkan pakaian dari percikan air takungan tandas. Namun tandas duduk paling sesuai untuk warga tua dan kelainan upaya yang susah untuk mencangkung.

4 alasan kena pilih tandas cangkung

#1 Secara azalinya, najis lebih mudah keluar apabila bukaan rektum yang luas dan otot sekeliling lebih rileks.

#2 Kajian mendapati pengguna tandas cangkung rendah risiko dalam jangkitan kolon usus.

#3 Kebanyakan pengguna tandas duduk lebih banyak meneran dan menyebabkan buasir luar!

#4 Perasan tak, pembuangan lebih rasa puas dan terelak dari masalah sembelit.

Kalau tak biasa atau tiada tandas cangkung, anda boleh guna teknik ini…

Squat potty atau tapak kekuda ini dapat menukar cara tandas duduk dengan mencangkung. Ia sudah digunakan secara meluas di barat atau mana-mana rumah yang tidak punya tandas cangkung. Walaubagaimanpun cara ini kurang berkesan dan tidak sama semulajadi dengan mencangkung.

Persoalannya sekarang ternyata kebaikan dalam sistem pembuangan lebih menjurus kepada tandas cangkung. Namun seperti yang dikatakan ia lebih kepada sifat peribadi dan keselesaan pengguna.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Suka cangkung ats jamban ddk? Percayalah,urat keting anda akn putus……"

Post a Comment