Rupanya Ini Sebab Cristiano Ronaldo Hadiahkan Banglo Dan Kereta Mewah Kepada Lelaki Ini, Ramai Terkedu Lepas Tahu Kisah Sebenar



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Penyair Inggeris terkenal William Shakespeare pernah berkata, ” Kata-kata mudah dibuat kerana ianya seperti angin. Tetapi kawan setia sukar dicari ”

Kisah yang menyentuh jiwa ini berdasarkan kisah benar perjalanan hidup bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Pemain yang pernah mengetuai Real Madrid untuk memenangi Liga Juara-Juara sebanyak 3 kali ini mempunyai satu kisah yang cukup mengharukan tentang kuasa sebuah persahabatan.

Kisah ini dikatakan didedahkan oleh Ronaldo sewaktu beliau bersama Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara 2014 di Stadium of Light, Lisbon.

Selepas perlawanan, apabila seluruh rakan sepasukan lain meraikan kemenangan bersama, Ronaldo dilihat mengasingkan diri dan menuju ke suatu sudut di dalam stadium itu.

Dia kemudian berlari ke arah tempat duduk penonton dan memeluk seorang lelaki sambil menangis. Orang ramai lantas terkejut. Siapakah lelaki tersebut dan apakah kaitannya dengan Ronaldo sehingga mendapat penghormatan sebegitu dari pemain terkemuka dunia itu?

Kemudian dalam sesi wawancara, Ronaldo akhirnya mededahkan kisah ini. Lelaki tersebut bernama Albert Fantrau, kawan baiknya ketika masih seorang pemain junior di Akademi Andorinha, Funchal, kampung halamannya ketika masih kecil.

Pemain yang pernah memenangi gelaran pemain terbaik dunia sebanyak 5 kali ini juga mengatakan bahawa dia tidak akan berjaya seperti ini tanpa kemurahan hati sahabatnya itu.

” Saya sangat berterima kasih kepada Albert Fantrau atas semua kejayaan yang telah saya capai sehingga hari ini” kata Ronaldo.

Dia kemudian menceritakan lagi. Mengimbas kembali, ketika kedua-duanya masih pemain junior di Andorinho, dirinya sendiri dan Fantrau adalah berasal dari akademi bola sepak.

Menurut Ronaldo, pada waktu itu beliau dan Frantau antara bakat yang paling menyerlah. Tiada pemain muda lain yang dapat menyaingi bakat yang ada pada kedua mereka. Sehingga suatu hari datang pemandu pemandu dari sebuah kelab Portugis besar, Sporting Lisbon.

Pemandu tersebut dikatakan seorang pencari bakat pemain muda dan mencari calon untuk menarik diri ke pasukan junior Sporting. Malangnya hanya satu slot yang tinggal.

Jadi, Ronaldo dan Fantrau mesti bersaing dan menewaskan antara satu sama lain untuk memasuki pasukan yang diimpikan oleh hampir semua pemain muda di Portugal.

Cara persaingan dilakukan dengan adil. Ronaldo dan Fantrau sama-sama bermain dalam perlawanan Andorinho. Pemain yang boleh menjaringkan gol lebih banyak, maka dia akan dipilih.

Perlawanan itu berlangsung dengan menarik dimana kelab Andorinha menguasai perlawanan itu. Ronaldo menjaringkan gol pertama untuk Andorinha melalui rembatan jarak jauh.

Walaubagaimanapun Fantrau mengejar kembali dengan menjaringkan gol kedua menerusi tandukan. Jumlah mata antara Ronaldo dengan Fantrau terikat buat seketika.

Sehingga pada kesempatan terakhir, Fantrau berjaya merampas bola dari kaki pihak lawan. Waktu itu dia dikatakan berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol pihak lawan

Dikatakan Frantau dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol dan hanya perlu melakukan tendangan mudah ke dalam gawang gol.

Walau bagaimanapun, suatu perkara yang dilakukan Fantrau yang sangat mengejutkan. Daripada memasukkan bola ke gawang lawan, dia telah melorongkan bola tersebut kepada Ronaldo yang turut dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol.

Akibatnya Ronaldo dengan mudah melakukan ‘tap-in’ dan menjaringkan goal. Perlawanan itu berakhir dengan jaringan 3-0 untuk Andorinha.

Dengan keputusan itu, Ronaldo menjaringkan lebih satu gol berbanding Fantrau. Ini bermakna pemain yang nama penuhnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro telah lulus ujian pemilihan tersebut.

Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada rakannya mengapa dia melakukannya. Fantrau hanya menjawab ringan dengan senyuman, ” Kerana sesungguhnya, kamu memang lebih hebat daripada saya.”

Ronaldo akhirnya berpindah ke Sporting. Persembahannya telah digerakkan sehingga ia direkrut oleh Manchester United dan akhirnya berhijrah ke Real Madrid.

Walau bagaimanapun, tanpa pengorbanan sahabatnya, Ronaldo tidak mungkin menjadi begitu hebat seperti  sekarang

Selepas temubual dengan Ronaldo, wartawan Portugis telah mencari jalan untuk berjumpa Frantau. Pada kesempatan berasingan, mereka pergi ke rumah Fantrau untuk ditemubual.

Kemudian Fantrau telah mengaku kepada wartawan bahawa beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap. Jawapannya itu mengejutkan pihak wartawan kerana sahabat Ronaldo itu dilihat mampu tinggal di sebuah rumah yang besar, mempunyai perabot mewah, dan sebuah kereta sport..

Wartawan bertanya lagi, bagaimana dia mampu mempunyai semua kehidupan seperti orang kaya jika tidak mempunyai kerja yang bagus, ” Itu semua adalah pemberian daripada Ronaldo,” jawab Fantrau.

Sememangnya dunia ini sentiasa adil. Kesetiaan dibayar dengan ketulusan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Kredit: intisari.grid

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Rupanya Ini Sebab Cristiano Ronaldo Hadiahkan Banglo Dan Kereta Mewah Kepada Lelaki Ini, Ramai Terkedu Lepas Tahu Kisah Sebenar"

Post a Comment