Pernah ditolak menjadi pengurus ladang.Selepas 20 tahun,kini dia pemilik ladang sawit tersebut



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Tiada siapa tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Jika kita amati setiap perjalanan hidup kita,setiap dugaan yang menimpa pasti kita akan beryukurapa yang telah ditetapkan Allah kepada kita. Sungguh jalan hidup ini penuh hikmah. Begitulah juga dengan kisah lelaki ini yang dikenali sebagai Tan Sri Lee Shin Cheng. Beliau adalah orang nombor 5 terkaya di Malaysia. Pernah hidup susah. Beliau juga pernah ditolak daripada mengisi jawatan kosong sebagai pengurus ladang kelapa sawit kerana tidak tahu berbahasa ingeris. Siapa sangka,kini dia adalah pemilik ladang tersebut. Berikut kisahnnya yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik laman Facebook iaitu saudara Shahril A.Kadir.
Jom kita baca kisah yang penuh inspirasi ini. Semoga bermanfaat.

Lelaki tua ini kini berumur 77 tahun. Anak jati Kuala Lumpur ini mula naik basikal dan menjual ais krim seawal umur 11 tahun kerana nak membantu bapanya seorang pengusaha warung kopi. Lepas habis sekolah, dia mula bekerja di ladang getah hingga sampai sekarang lelaki berketurunan Cina ini fasih bercakap Tamil sebab pergaulannya dengan pekerja ladang berketurunan India.

Ketika umurnya mencecah 22 tahun, dia memohon jawatan penyelia di ladang kelapa sawit milik syarikat Eropah, Dunlopp. Namun permohonannya ditolak mentah-mentah kerana dia tak boleh berbahasa Inggeris.

Siapa sangka, 20 tahun kemudian, lelaki ini BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut!

” Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings. Nak tahu kenapa, dulu saya pernah minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah.

” Agaknya kalau saya diterima bekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang, ” katanya dalam satu temubual dengan akhbar NST sembilan tahun lalu.

Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan ucap I LOVE U. Kalau tak berbuah, dia akan cakap SAYA BAGI TEMPOH ENAM BULAN LAGI YEA…kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata kat pokok tersebut;

” MAAF DARLING, AKU TEBANG KAU DULU! ”

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah LELAKI KE LIMA TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN HARTANYA YANG DIANGGARKAN BERJUMLAH RM19 BILLION!

Dia yang aku maksudkan adalah pemilik IOI Corporation, pemilik IOI Properties, pemilik ladang kelapa sawit seluas 230,000 hektar termasuk di Indonesia, pemilik empat kilang pemprosesan sawit, pemilik kilang penapis terbesar di Eropah iaitu di Belanda – pendek kata apa saja yang bermula dengan tiga huruf iaitu I-O-I termasuk IOI Mall, adalah dimiliki lelaki yang ‘low profile’ ini.

Namanya ialah Lee Shin Cheng. Lebih tepat lagi – TAN SRI LEE SHIN CHENG….pergh!!!


Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng adalah seorang usahawan Malaysia yang terlibat secara mendalam di dalam industri perladangan. Lee Shin Cheng mengetuai IOI Corporation Berhad (lebih dikenali sebagai IOI Group) sebagai pengerusi eksekutif. IOI Group, yang mana telah tersenarai di Bursa Malaysia, adalah salah satu daripada konglolerat dunia yang menerajui pengurusan ladang minyak kelapa sawit, khususnya lemak, oleokimia dan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Kilang penapisan minyak sawit IOI di Rotterdam, Netherlands merupakan kilang penapisan minyak sawit yang terbesar di Eropah. Ladang kelapa sawit IOI di Malaysia dan Indonesia mengeluarkan minyak sawit dan juga minyak kernel. Minyak ini kemudiannya diproses menjadi minyak, “metallic stearates” dan lemak yang digunakan untuk membuat sabun, pembersih, bahan kosmetik dan bahan penambah dalam makanan.

IOI Group juga merupakan peneraju bidang pembangunan hartanah di Malaysia: projek-projeknya termasuk, bandar perlabuhan, pusat membeli-belah, kondominium, menara pejabat dan pusat peranginan.

Sumber 1: Shahril A.Kadir.
Sumber 2: artikel usahawan berjaya
Disediakan oleh: Suaramedia.org

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Pernah ditolak menjadi pengurus ladang.Selepas 20 tahun,kini dia pemilik ladang sawit tersebut"

Post a Comment