Kita Ditipu Hidup-Hidup Oleh Barat! Sebenarnya Bukan Wright Bersaudara Peneraju Penerbangan Pertama Dunia Tapi Orang ISLAM TURKI UTHMANIYYAH!



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


360 TAHUN LAMPAU,MUSLIM TELAH PUN MELAKUKAN PENERBANGAN PERTAMA DI DUNIA

Salah satu tuduhan yang dibuat terhadap Empayar Uthmaniyyah adalah tahap intelektualnya sangat statik.

Sejarah Orientalis mendakwa Uthmaniyyah melihat sains dan agama sebagai saling eksklusif dan tidak serasi,tidak seperti dinasti awal Islam.

Walaupun dakwaan ini mungkin benar untuk beberapa tempoh masa dalam sejarah Uthmaniyyah,terdapat banyak contoh Uthmaniyyah sangat saintifik dan maju dari segi intelektual.
Satu contoh yang ketara adalah cubaan penerbangan pertama di dunia yang di lakukan oleh pasangan bersaudara pada 1600-an di Istanbul.

SEJARAH PENERBANGAN PERTAMA DI DUNIA

Idea manusia memiliki keupayaan untuk terbang adalah salah satu perkara yang mempesonakan.
Beribu-ribu tahun,ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia telah cuba untuk menentang graviti dan terbang seperti burung.

Pada tahun 800 M,Abbas ibn Firnas,saintis Islam Sepanyol telah berjaya merekodkan penerbangan ‘Glider’ yang tidak menggunakan kuasa di Cordoba,dengan mencipta sepasang sayap yang di liputi bulu burung.

Walaupun ‘Glider’ ciptaan beliau berjaya diterbangkan,namun akibat dari ketidakupayaan memperlahankan ‘Glider’ itu sewaktu pendaratan telah mengakibatkan kemalangan.
Disebabkan keadaan ini,cendiakawan-cendiakawan lain tidak lagi berminat untuk cuba memajukan apa yang telah Abbas Ibn Firras cipta.

Pada 1630,iaitu ketika era kegemilangan empayar Uthmaniah,seorang ahli matematik,Hezarafen Ahmed Celebi dari Istanbul telah berjaya mengatasi kegagalan Abbas ibn Firnas.

Beliau membina sepasang sayap yang melekat ditubuhnya.
Menurut sejarah Uthmaniyyah catatan seorang pengembara,Evliya Celebi,Hezarafen terjun dari atas Menara Galata di Istanbul dengan sayap ciptaannya dan berjaya meluncur merentasi selat Bosphorus ke Dataran Doğancılar.

Jarak penerbangannya menjangkau lebih 2 batu dan merupakan peberbangan pertama merentasi benua!!.
Kejayaan ini di bantu faktor ketinggian menara dan kedudukan menara itu yang terletak di atas bukit.

Sejak Selat Bosphorus di Istanbul memisahkan benua Eropah dan Asia,penerbangan Hezarafen Ahmed Celebi ini boleh di anggap sebagai penerbangan pertama antara benua dalam sejarah ketamadunan manusia.

Hasil dari pencapaian beliau ini,beliau telah di anugerahkan Sultan Murad IV dengan syiling emas.
Malangnya,beliau kemudiannya telah di kenakan hukuman buang negeri selepas beberapa penasihat sultan berjaya meyakinkan baginda bahawa Hezarafen merupakan ancaman kepada diri baginda.

PENERBANGAN ROKET PERTAMA

Di ihamkan dari pencapaian Hezarafen Ahmed Celebi,saudaranya Laragi Hassan Celebi juga cuba menentang graviti dan terbang di langit.
Pada 1633 beliau mencipta roket yang boleh memuatkan penumpang. Roket tersebut berkuasa lebih 300 paun serbuk letupan.

Bersenpena meraikan kelahiran anak perempuan Sultan Murad,Laragi Celebi menguji roketnya itu di pantai Bosphorus yang terletak berhampiran kediaman sultan,Istana Topkapi.

Selepas pembantunya menyalakan fius roketnya itu,Lagari telah meluncur 300 meter ke udara.
Setelah roket kehabisan bahan api,beliau membuka sepasang sayap yang ciptaannya dan perlahan-lahan mendarat ke laut Bosporus sebelum berenang menuju ke pantai.

Seperti juga saudaranya,beliau telah di anugerahkan sultan dengan beberapa kantung emas ekoran pencapaiannya.

Hayat beliau tidak panjang di mana Laragi Hassan Celebi telah meninggal dunia tidak lama selepas pencapaian hebatnya itu
Beliau telah terkorban dalam satu pertempuran yang tercetus di Crimea.

Sumber: DetikIslam.com

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Kita Ditipu Hidup-Hidup Oleh Barat! Sebenarnya Bukan Wright Bersaudara Peneraju Penerbangan Pertama Dunia Tapi Orang ISLAM TURKI UTHMANIYYAH!"

Post a Comment