Monday, 24 December 2018
petua
Jenis2 Krim Kulit dan Fungsi, JANGAN BELI SEBARANGAN!
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.
Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yg Allah pinjamkan ini.
Saya bahagikan krim kepada 6 jenis utk mudah faham:
1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM
Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil ” krim”, tapi ada beberapa persediaan ” krim” ini, iaitu:
1- OINTMENT : ianya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus( lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit ( more potent). Kita gunakan “krim” jenis ointment ini pada kawasan kulit yg dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel ( lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yg sudah lichenfied.
2- CREAM : ianya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yg less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
3- LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yg berbulu , juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) spt kawasan ketiak , kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.
Jadi, bila dapat “krim”, tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?
Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yg saya tulis kat atas, ada 6 jenis…
1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh:
– Hydrocortisone – Clobetasone – Mometasone – Fluticasone – Betamethasone.
Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.
Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudia di ikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan ( systemic absorption ).
2) ANTI FUNGAL CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh:
– Miconazole – Clotrimazole – Econazole – Ketoconazole – Fluconazole
Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)
Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.
3) ANTIBIOTIC CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN”
Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin
4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:
– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.
Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka —- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.
6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yg lama, Insya Allah no problem ( tak macam krim steroid). Kita sarankan utk mereka yg ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu ( 50 % – 50% , 60% – 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembab yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian. Cakap pasal mandi, utk org yg kulitnya ada eczema / sensitive skin, hati hati guna sabun mandi yg berubat …contohnya Dettol…Protex..sebab chemical dari sabun2 ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So guna kan mandian yg ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Utk kulit yg super sensitive juga, kita advised utk jangan lap badan terlalu kuat dgn towel. Tinggalkan sikit basah2 / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab utk maintain kelembapan area tu.
ANTI VIRUS CREAM
KRIM PELEMBAB – AQUEOUS CREAM
KRIM STEROID
ANTI FUNGAL CREAM
KRIM PELEMBAB YG BEST..HIHIHIHI
KRIM PELEMBAB – BRAND EZERRA
COMBINATION CREAM: STEROID + ANTIBIOTIC
ANTIBIOTIC CREAM
KRIM STEROID CLASS 1 ADALAH PALING SELAMAT. KELAS IV PALING POWER.
CONTOH LICHENIFICATION, IAITU KULIT JADI MENEBAL SEBAB KRONIK ECZEMA – kesan di garu lama
CONTOH LICHENIFICATION juga.
krim anti fungal.
KRIM POWER. COMBINATION 3 IN 1.
SEMUA ADA!
TOPICAL STEROID CREAM POTENCY
ANTI FUNGAL + STEROID CREAM
INI IALAH ANTIGUNGAL JENIS TERBINAFINE.
Brand name popular LAMISIL
=============================================
So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya ” saya nak krim warna putih tu “. Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu ” serasi ” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Jenis2 Krim Kulit dan Fungsi, JANGAN BELI SEBARANGAN!"
Post a Comment