Inilah 16 Cara Hilangkan Mulut Berbau. Boleh Cuba!



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Anda mempunyai masalah mulut berbau? Dah berusaha macam-macam tapi masalah mulut berbau tak juga hilang. Jangan susah hati. Kami faham, mulut berbau sememangnya boleh menyebabkan anda berasa rendah diri dan tak selesa untuk bergaul dengan orang ramai.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara hilangkan mulut berbau yang dijamin berkesan.

1. Penjagaan gigi yang betul
Adakah anda memberus gigi dengan cara yang betul? Memberus gigi bukan bermaksud hanya gigi yang perlu diberus. Sebaliknya, anda juga perlu memberus lidah, gusi, dan lelangit bagi memastikan mulut anda betul-betul bersih dari kuman dan bakteria yang menjadi punca nafas berbau.

Berus gigi juga perlu ditukar 4 bulan sekali walau pun ia masih berada dalam keadaan yang baik dan belum kembang. Selain itu, anda juga perlu menggunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada celah gigi. Dengan penjagaan gigi yang betul, insya Allah masalah mafas berbau anda dapat dihilangkan.

2. Jangan biarkan mulut kering
Nafas berbau boleh berlaku disebabkan oleh mulut yang kering. Oleh itu, sentiasa pastikan mulut anda tidak kering dengan cara minum air kosong dengan kerap. Bawa bekal air kosong ke mana-mana sahaja anda pergi. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut berbau malah mengambil air kosong yang secukupnya setiap hari membantu menjaga kesihatan anda.

3. Sentiasa bawa gula-gula dalam poket
Taknak nafas berbau? Kunyah gula-gula selalu. Tak kisahlah apa jenis gula-gula sekali pun. Chewing gum, gula-gula pedas seperti mentos, atau yang manis macam fuit gummy. Sentiasa bawa gula-gula dalam poket anda. Kalau rasa nafas anda mula berbau, boleh terus kunyah gula-gula yang dibawa. Mudah kan?

4. Elakkan makan makanan berbau seperti bawang putih
Kalau taknak mulut berbau busuk, elakkan daripada makan makanan yang boleh menyebabkan nafas anda berbau seperti bawang putih, bawang, dan ulam-ulaman seperti petai, jering, dan kerdas. Kalau dah makan makanan yang menyebabkan mulut berbau, terus berus gigi & kunyah gula-gula untuk menghilangkan baunya.

5. Bunga cengkih
Petua hilangkan mulut berbau yang seterusnya ialah dengan cara mengunyah bunga cengkih. Apabila mengunyah bunga cengkih, mulut anda akan dipenuhi dengan aroma bunga cengkih yang harum dan segar. Tiada lagi nafas berbau. Kalau anda tak mampu nak kunyah bunga cengkih, boleh juga kunyah gula-gula Hacks berwarna hitam yang pedas tu.

6. Jintan putih
Selain bunga cengkih, anda juga boleh kunyah jintan putih untuk mengatasi masalah mulut berbau. Mengunyah jintan putih akan menyebabkan nafas anda berbau jintan putih yang sangat harum. Cuma kunyah, kemudian buang jintan putih tersebut. Tak perlu dimakan.

7. Buah pelaga
Buah pelaga juga merupakan herba yang boleh digunakan untuk menghilangkan nafas berbau. Caranya:

Ambil sebiji buah pelaga
Kunyah sehingga minyak patinya keluar
Ludah buah pelaga
Mulut anda akan berbau wangi
8. Daun pudina
Daun pudina sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk menyegarkan nafas dan mengatasi masalah nafas berbau. Anda boleh kunyah daun pudina atau terus makan daun herba tersebut. Nafas anda pasti akan berbau segar seperti baru lepas memberus gigi.

9. Daun peppermint
Seperti daun pudina, daun peppermint juga digunakan didalam proses pembuatan ubat gigi. Daun peppermint juga boleh dikunyah atau dimakan untuk menghilangkan masalah mulut berbau.

10. Teh hijau & daun pudina
Anda juga boleh menghilangkan masalah mulut berbau dengan mengamalkan teh bersama pudina setiap pagi. Cara menyediakan teh pudina ialah:

Rendam 1 uncang teh hijau dalam 1 cawan air panas
Masukkan 3 helai daun pudina
Biarkan sehingga suam
Minum setiap pagi
11. Air asam jawa & gula merah
Amalan minum air asam jawa sebelum tidur setiap malam juga membantu mengatasi masalah mulut berbau. Caranya:

Rendam 1 sudu asam jawa & sedikit gula merah ke dalam 1 cawan air panas
Biarkan sehingga suam
Kacau sehingga sebati
Minum sebelum tidur setiap malam
12. Kelapa parut yang disangai
Kelapa parut yang disangai juga boleh membantu mengatasi masalah mulut berbau yang anda alami. Caranya:

Sangai 1 cawan kelapa parut sehingga garing
Kunyah kelapa parut tersebut setiap pagi
Kemudian minum air suam
Lebihan kelapa sangai boleh disimpan dalam bekas kedap udara
13. Berkumur Dengan Air Rebusan Daun sirih
Daun sirih juga boleh digunakan untuk menghilangkan nafas berbau. Caranya:

Rebus 10 helai daun sirih dalam 1 liter air
Tunggu sehingga mendidih
Biarkan suam
Gunakan air rebusan tadi untuk berkumur
14. Minum air rendaman daun sirih
Selain dijadikan sebagai air untuk berkumur, anda juga boleh minum air daun sirih untuk menghilangkan mulut berbau. Caranya:

Rendam 1 helai daun sirih dalam 1 gelas air panas
Biarkan sehingga suam
Masukkan sedikit madu
Minum setiap pagi
15. Daun limau kasturi & serai wangi
Anda juga boleh mencba petua hilangkan mulut berbau yang ini. Apa yang anda perlukan ialah 5 helai daun limau kasturi & sebatang serai wangi. Caranya:

Hiris halus-halus daun limau kasturi & serai wangi
Tumbuk sehingga lumat
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk yang berisi 4 gelas air
Rebus sehingga mendidih
Biarkan sehingga suam
Jadikan sebagai air kumuran setiap hari
16. Air Rebusan Daun Jambu Batu Muda
Tahukah anda, air rebusan jambu batu muda juga telah lama digunakan untuk mengatasi masalah mulut berbau. Caranya:

Rebus 10 helai daun jambu batu muda dalam 1 liter air
Biarkan sehingga mendidih
Tunggu air rebusan tadi menjadi suam
Gunakan air rebusan tadi untuk berkumur
Itulah dia 16 petua hilangkan mulut berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Inilah 16 Cara Hilangkan Mulut Berbau. Boleh Cuba!"

Post a Comment