Bangla minta playwood. Ingatkan dia nk buat port ‘Ngular’.Tak sangka ini niatnya.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Bila sebut mengenai pendatang asing yang bekerja di negara ini, yang sering kali terlintas di fikiran sesetengah daripada kita tentu sahaja perkara-perkara yang negatif kan.
Ada yang merasa marah kerana mereka merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan dan ada juga yang mengaitkan kehadiran mereka ini dengan meningkatnya kadar jenayah dalam negara.

Tidak dapat dinafikan kebenarannya, namun harus diakui juga bukan semuanya yang hadir ke sini berniat tidak baik. Ada juga yang terpaksa meninggalkan negara asal kerana benar-benar mahu mencari rezeki di sini.

Namun, apa yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Ammar Naufal mengenai para pekerja asing di tempat kerjanya mungkin boleh memberi perspektif yang sedikit berbeza mengenai warga pendatang ini.

Menurut Ammar, beberapa orang pekerja asing berasal daripada Bangladesh memintanya menyediakan staging dan plywood untuk dijadikan sebagai tempat rehat.

”Semalam Bangla minta staging dan plywood lebih katanya nak buat tempat ‘rehat’. Mulanya aku tak bagi sebab nanti diaorng mengular bila aku tak ada. Harini datang site baru aku nampak tempat ‘rehat’ diorang,” katanya.

Rupanya tempat rehat yang dimaksudkan oleh warga Bangladesh ini adalah untuk mendirikan sebuah tempat solat, ataupun sebuah surau kecil yang sangat ringkas.

Ammar kemudian yang terharu dengan semangat para pekerja asing ini untuk menunaikan tanggunjawab agama turut menghulurkan bantuan apabila membantu menentukan arah kiblat dengan bantuan rakannya yang lain.

Menurut Ammar, alat menentukan arah kiblat itu dibeli daripada kedai yang menjual barang kelengkapan untuk menunaikan ibadah haji. Dia juga berharap bahawa alat berkenaan memberikan ukuran yang tepat.


Perkongsian yang dibuat Ammar turut menerima reaksi positif daripada beberapa orang netizen. Menurut Anis Ariana, agama Islam selalu meminta penganutnya supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain.


Manakala Muhammad Shahir pula berpandangan bahawa bukan semua pekerja asing warga Bangladesh ini suka curi tulang ketika menjalankan tugas.


Hafiz Amirun_ pula memuji tindakkan Ammar yang  memunaikan permintaan pekerja-pekerja tersebut dan berpendapat Ammar juga memperoleh pahala daripada kebaikkan tersebut.

Semoga kisah diatas mampu memberi pengajaran kepada kita semua.

Sumber : Ammar Naufal

Husnuzon (Bersangka Baik)

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfit  nah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Fadhilat Bersangka Baik

Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:

1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.

2. Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,

3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya.

4. Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

5. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.

6. Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)

Sumber 1: siakapkeli

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Bangla minta playwood. Ingatkan dia nk buat port ‘Ngular’.Tak sangka ini niatnya."

Post a Comment