Seorang ‘cleaner’ mahu minta ‘sign’ cikgu utk saksi penjawat awam.Rupanya dia seorang….



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai lulusan universiti yang gagal mendapatkan pekerjaan seiring dengan kursus yang diambil. Namun, ada juga tidak kisah untuk tetap mencari rezeki dengan melakukan apa sahaja kerja asalkan halal dan mendapat sedikit pengalaman.

Seorang guru, Noorihsham A Rahim menceritakan kisah pekerja pembersihan di sekolahnya yang tanpa disangka-sangka merupakan seorang…

Guru berkenaan berkongsi kisah pemuda yang bekerja sebagai pembersih tiba-tiba ingin berjumpa dengannya. Pekerjanya itu kemudian meminta satu pertolongan untuk menjadi saksi sebagai penjawat awam. Tindakan lelaki itu membuatkan guru berkenaan terpinga-pinga.

TABIK HORMAT!

Pemuda ini masuk bekerja sebagai pekerja pembersihan swasta di sekolah saya.Orangnya tidak banyak bicara dan tekun melaksanakan tugasnya.Kelmarin, dia ingin berjumpa dengan saya.Bermacam-macam perkara yang terlintas dalam pemikiran saya…Pelik!

“Cikgu, saya nak minta tolong!” Katanya penuh tertib. “Kenapa?” Saya bertanya sambil memerhatikannya.

Dia tersenyum penuh keikhlasan.Makin pelik!

“Cikgu, saya nak minta tolong untuk cikgu jadi saksi sebagai kakitangan kerajaan,” katanya sambil tersenyum.“Aduhai, Apa pulak ni!” Getus hati.  Saya tenung wajahnya. Tiada sebarang kejanggalan. Pelik! Pelik!

Dalam kesusahan pasti ada jalan

Saya semakin berperang dengan perasaan, antara logik dan andaian.Dia menyua satu borang. Saya ambil, baca & merenung dia kembali! Saya kagum! Secara spontan saya bertanya kepada dia, “Kenapa kerja di sini?”

Dia menjawab dengan senyuman, “Cari duit, cikgu. Duduk rumah pun bukan dapat apa-apa.”

“Dah berapa lama tak dapat kerja dengan kerajaan ni?” Tanya saya penuh kekaguman. “Dah setahun lebih. Saya buat dulu kerja-kerja lain dan macam-macam kerja,” katanya.

Saya menandatangan pada ruangan yang diperlukan tanpa rasa curiga. Saya berjabat tangan dengannya.

“SELAMAT UNTUK SEMUANYA!” Ucap saya penuh ikhlas. Terasa saya ingin berikan satu tabik hormat kepadanya serta mereka yang bersikap sepertinya.

INGATLAH! DALAM KESUSAHAN PASTI ADA JALAN,DALAM UJIAN PASTI ADA PENYELESAIAN. SATU KESILAPAN BESAR JIKA KITA MERATAPI TAKDIR & APATAH LAGI MENYALAHKANNYA. JANGANLAH JUGA BERSIKAP SEBAGAI SEORANG PENGHUKUM. KERANA KITA SENDIRI TIDAK PASTI ADAKAH KITA TELAH BENAR-BENAR MELETAKKAN SESUATU YANG HAK ITU PADA TEMPATNYA!

Siapa pemuda itu tadi?

BELIAU BAKAL SEORANG DOKTOR YANG BARU MENERIMA SURAT PANGGILAN UNTUK BERTUGAS DI SALAH SEBUAH HOSPITAL KERAJAAN. BELIAU MERUPAKAN SEORANG GRADUAN DARIPADA MESIR.

Sumber: Noorihsham A Rahim  Via ohbulan

Berusaha Mencari Rezeki

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”  [Riwayat At-Tabrani]

Huraian :-

i)Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

ii)Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

iii)Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Seorang ‘cleaner’ mahu minta ‘sign’ cikgu utk saksi penjawat awam.Rupanya dia seorang…."

Post a Comment