Monday, 26 November 2018
petua
Ramai Tak Tahu Tapi Inilah Manfaat Kuning Telur Pada Kucing Anda
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Kami pasti ramai diantara kita memilih untuk memelihara kucing sebagai teman di rumah. Balik kerja dengan penatnya, bila tengok “cik meow” tunggu depan pintu memang boleh hilang penatlah. Lebih lagi kalau encik meow gesel muka mereka ke kaki atau ke muka kita, rasa geli-geli sedap
Tak pun bila malam berehat depan tv, dapat belai bulu kucing kita pun best juga kan. Tapi kita mesti tertanya-tanya kan bagaimana hendak menjaga kucing yang berbulu lebat dan lembut dan bagaimana mahu maintain supaya bulunya lebat dan bersinar dengan cara yang paling murah.
Sebenarnya tak perlu pun pakaikan mereka dengan syampoo rejoice untuk lebatkan bulu kucing, kalau nak lebatkan mereka hanya perlu menjaga pemakanan mereka. Bulu akan semakin kuat apabila makan makanan yang seimbang.
Seorang lelaki yang bergelar BAPA KUCING telah kaedah yang mudah dan jimat untuk menjaga kucing berbulu lebat supaya bulunya tidak gugur.
Ini adalah sedikit tips penjagaan bulu kucing untuk kucing anda dengan cara yang paling murah dan jimat
Langkah yang pertama sekali beri kucing anda makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.
Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri mereka makan masa lapar lagi senang berbanding masa kenyang, tapi berdasarkan pemerhatian admin kucing memang suka makan kuning telur, dengan laju je mereka boleh habiskan.
Tak susah pun, cuba tengok video kat atas ni kucing makan dengan berseleranya. Mungkin ada sesetengah kucing yang demand tak mahu makan makanan murah macam ni. Tapi kucing admin yang biasa makan friskies memang suka makan kuning telur macam ni, seolah-olah mereka minum milo ais. Laju giler cepat je habis.
Sumber: BAPA KUCING
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Ramai Tak Tahu Tapi Inilah Manfaat Kuning Telur Pada Kucing Anda"
Post a Comment