Pergi Kenduri Bawa Orang Yang Tak Dijemput. Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu!
PM admin Jika ingin berikan iklan responsive
Assalamualaikum ustaz. Nama saya Atiqah. Saya ada kemusykilan yang saya harap ustaz boleh jelaskan. Ada viral di whatsapp tentang isu di bawah:
Hukum Membawa Rakan Menghadiri Kenduri Tanpa Dijemput.
Lately ni, ada satu kemusykilan melanda kengkawan aku termasuk aku sendiri. Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus…
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan(kwn kita tak dijemput), kawan kita tu *TIDAK BOLEH* makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, *WAJIB BERTAUBAT* dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.
2) *WAJIB* ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama… SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
Soalan yang ditanya oleh hadirin :Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, *haram* dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita *wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya*. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
Nota Jemari: Marilah kita sebarkan dan kongsi maklumat ini bersama-sama. Wallahualam.
Soalan saya:
1) Betulkah haram jika kawan yang di ajak pergi bersama makan makanan di kenduri tersebut?
2) Jika bawa anak-anak, adakah haram juga makanan2 kenduri itu untuk dimakan?
Bantuan ustaz amat dihargai.
Jawapan:
Assalamualaikum. Apa yang disebutkan oleh Ustaz Azhar Idrus itu benar.
Ini berdasarkan hadis berikut:
عن أَبي مسعود البَدْريِّ – رضي الله عنه – ، قَالَ : دعا رَجُلٌ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – لِطَعَامٍ صَنعَهُ لَهُ خَامِسَ خَمْسَةٍ ، فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ ، فَلَمَّا بَلَغَ البَابَ ، قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – : (( إنَّ هَذَا تَبِعَنَا ، فَإنْ شِئْتَ أنْ تَأْذَنَ لَهُ ، وَإنْ شِئْتَ رَجَعَ )) قَالَ : بل آذَنُ لَهُ يَا رَسُولَ الله . متفقٌ عَلَيْهِ .
Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a, seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi s.a.w berkata: Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq ‘Alaih].
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tidak dijemput. Jika sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tidak sedangkan teman tidak dijemput sudah ada di situ.
Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.
Begitu juga, kita tidak tahu adakah tuan rumah suka atau tidak individu yang kita bawa tersebut.
Hormatilah hak tuan rumah.
Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi tiada masalah. (kalau perasan kat dalam kad jemputan memang akan tulis dijemput seisi keluarga)
Dr. Rozaimi berkata:
Waalaikumussalam
Ada hadis dalam sahih Bukhari yang nabi pergi kenduri bersama dgn orang yang tak dijemput dan baginda minta izin dahulu untuk benarkan yang tak dijemput itu makan. Ia harta orang maka nak makan kena dapat keizinan.
Wallahua’lam. -ADMIN- Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
kredit: redempire03.com
iklan iklan saiz 250
0 Response to "Pergi Kenduri Bawa Orang Yang Tak Dijemput. Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu!"
Post a Comment