Kerana kau bazir sebutir nasi,boleh jadi ia asbab terputus bantuan Allah.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Kita sering merungut ketikdakcukupan dalam banyak hal. Tanpa kita sedar, ianya berpunca dari kesilapan diri kita sendiri. Baca catatan yang dikongsikan Ustaz Zube Al-Kilawi ini.

Apabila kita membazirkan nikmat nasi yang Allah anugerahkan, rezeki boleh jadi tersekat dan tidak sampai. Allah memang tak suka dengan orang yang suka melakukan pembaziran.

Kerana Sebutir Nasi

Beberapa hari yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat berpeluang untuk menziarahi beberapa pondok dan madrasah di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

Dalam safar itu, kami sempat singgah di sebuah madrasah yang sangat unik yang terletak di Kampung Apo-apo, Pasir Mas, Kelantan.

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Nawawi bin Abdullah lebih kurang 11 tahun lalu. Madrasah ini memiliki sekitar 120 orang pelajar, tanpa mengenakan apa-apa yuran. Pelajar madrasah ini ditarbiyah dengan memelihara kambing, memerah susu kambing, dan bercucuk tanam.

Kami dijamu makan tengah hari di rumah Ustaz Nawawi. Ketika makan, beliau banyak memberikan nasihat kepada kami, serta menceritakan pahit manis beliau menjalankan madrasah ini selama lebih 11 tahun.

Di antara yang sangat memberi kesan kepada saya adalah, beliau bercerita,

“Di dalam kitab Fathul Wahhab, pengarangnya menuliskan, SETIAP MAKANAN YANG TIDAK MEMILIKI HARGA DI PASARAN, YANG KITA BAZIRKAN, AKAN MENJADI SEBAB TERPUTUSNYA KITA DARI BANTUAN ALLAH SWT.

“Contohnya seperti sebutir beras, ianya tidak memiliki harga, tapi apabila ianya kita bazirkan, ia sudah cukup untuk menyebabkan kita putus dari nusrah Allah SWT.”

kerana sebutir nasi yang dibazirkan, terputusnya bantuan dari Allah
Kredit foto : publicdomainpictures.net
Tak Pernah Seharipun Keputusan Beras.. Rahsianya?

Sejak dibukanya madrasah ini, sangat jarang berkalu madrasah perlu membeli beras. Kerana sentiasa ada orang yang menghantar beras ke madrasah secara percuma.

Tetapi pernah satu ketika, beras habis, tiada lagi orang yang menghantar beras kepada madrasah. Sehingga madrasah terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli beras.

Ini sangat menghairankan, maka saya telah mengumpulkan semua pelajar, dan bermesyuarat bersama mereka. Saya telah tanyakan kepada mereka, menurut kamu semua apakah yang salah dengan amalan kita?

Tiba-tiba seorang pelajar telah bangun dan berkata: ustaz, saya sering melihat banyak nasi-nasi yang dibuang ke dalam tong sampah. Kami telah bermesyuarat supaya pembaziran seperti itu tidak akan berulang lagi.

Maka diputuskan, setiap pelajar tidak dibenarkan untuk bangun daripada talamnya sehinggalah semua habis makan. Selagi talam tidak kosong tiada pelajar yang dibenarkan bangun.

Setelah membuat keputusan begitu, kami dengar sebuah kenderaan masuk ke kawasan madrasah. Kemudiannya terdengar bunyi bising seperti barang dipunggah.

Setelah keluar, kami melihat ada 7 guni beras di hadapan madrasah kami, dan kenderaan itu telah pergi. Sehingga sekarang kami tidak tahu siapa yang menghantar beras itu”.

-alKilawi

Sumber/Foto: Facebook Zube Al-Kilawi via mingguanwanita.my

4 Cara Untuk Kita Bersyukur.

Related image
Apa itu syukur? Syukur itu adalah ucapan, sikap atau perbuatan seorang hamba kepada Allah SWT diiringi dengan pengakuan secara ikhlas atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikanNya sama ada ketika senang mahupun susah.

Selain itu, menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’, syukur itu dapat didefinisikan sebagai menjunjung tinggi nikmat, seterusnya mengagungkan Allah SWT. Syukur juga merupakan salah satu maqam (darjat) yang paling tinggi dari sabar dan khauf; iaitu takut kepada Allah SWT.

Membicarakan soal syukur kita kepada Allah SWT atas segala nikmatNya, terlintas di fikiran pula bagaimana caranya untuk kita menzahirkan kesyukuran tersebut? Secara umumnya, terdapat empat iaitu:

#1 – Bersyukur Dengan Hati

Iaitu dengan mengakui dan mempercayai bahawa segala nikmat yang kita perolehi ini sama ada kecil, besar, banyak atau sedikit adalah daripada Allah SWT bukan yang lain. Walaupun, secara mata kasarnya kita melihat bahawa segala kenikmatan yang kita perolehi itu kadang datangnya dari manusia. Namun, perlu disedari bahawasanya manusia itu hanyalah sebagai perantara sahaja. Firman Allah SWT;

“Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl : 53)

#2 – Bersyukur Dengan Lisan

Iaitu dengan mengucapkan secara jelas ungkapan syukur itu berupa hamdalah; puji-pujian kepada Allah SWT dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ yang bermaksud ‘Segala Pujian bagi Allah’.

Semakin banyak dan kerap kita panjatkan kesyukuran, maka semakin banyaklah nikmat lain yang akan kita perolehi kelak. Hal ini sepertimana janji Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;

“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memberitahu, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Ibrahim: 7)

#3 – Bersyukur Dengan Amal Perbuatan

Iaitu dengan menggunakan nikmat tubuh badan seperti nikmat mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan dan kaki untuk hal-hal yang baik. Mata disyukuri dengan cara melihat setiap satu ciptaan Allah SWT serta merasai keagunganNya juga tidak melihat perkara-perkara yang diharamkan.

Telinga disyukuri dengan cara mendengar perkara yang baik-baik seperti bacaan Al-Quran mahupun tazkirah. Lidah pula disyukuri dengan cara memperbanyakkan zikrullah ataupun ucapan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Seterusnya, tangan disyukuri dengan cara menggunakannya untuk tujuan yang baik seperti membantu orang lain yang memerlukan. Nikmat perut disyukuri dengan cara memakan makanan yang halal dan tidak membazir.

Manakala nikmat seksual pula disyukuri dengan cara menggunakannya hanya pada yang halal sahaja iaitu antara suami dan isteri yang telah sah diijab kabulkan. Dan, kaki pula disyukuri dengan cara menggunakannya ke tempat yang baik seperti majlis ilmu atau masjid.

#4 – Bersyukur Dengan Nikmat Pemberian

Iaitu dengan cara memanfaatkan segala nikmat yang dikurniakannya berupa harta benda, wang ringgit, masa mahupun ilmu, ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Harta yang banyak boleh diinfakkan untuk mereka yang memerlukan. Nikmat ilmu yang diperolehi pula boleh dikongsi dan diajarkan kepada orang lain. Manakala nikmat masa pula digunakan dengan cara yang sebaiknya dan tidak sia-sia.

Begitulah antara beberapa perkara yang boleh kita laksanakan dalam mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT ini. Syukur itu bukan hanya dizahirkan melalui harta benda, bahkan melalui rukuk dan sujud kita kepada Allah juga sudah membuktikan syukur serta taat kita kepadaNya.

Mudah-mudahan, perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada penulis dan pembaca. Wallahua’lam.

Sumber: Tazkirah.net

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Kerana kau bazir sebutir nasi,boleh jadi ia asbab terputus bantuan Allah."

Post a Comment