Cermin pecah terkena batu pemesin rumput? Jangan panik.Ikuti langkah ini.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Sedang kita tengah fokus ketika memandu di jalanraya, tiba-tiba cermin kereta pecah akibat batu yang melantun dari pekerja yang sedang memotong rumput di tepi jalan.

Ketika perkara ini berlaku, anda jangan panik. Berhentikan kereta di tepi jalanraya dan ikuti panduan yang telah dikongsikan dari Facebook Malaysian Response Team.

Bayangkan anda sedang memandu di sebatang jalan dan secara tiba-tiba ada batu melantun ke cermin kereta anda sehingga pecah akibat daripada brader potong rumput kat tepi jalan tu. Apa nak buat? Restart handphone 3 kali untuk teruskan baca.

Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.

Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

Min Kongsikan Tips Keselamatan Di Jalan Raya untuk manfaat bersama

Adakah anda sering kali terdengar berita tentang kemalangan di jalan raya?

Mungkin di televisyen, di radio ataupun ianya telah terjadi di depan mata anda.

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa yang terjadi hampir setiap hari. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib.

Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap prihatin dalam setiap pengguna jalan raya amat penting.

Tips di bawah boleh dijadikan peringatan untuk kita semua supaya perkara ini lebih dititikberatkan pada masa hadapan.

1. Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.

Ha! Mesti ada yang malas nak pakai tali pinggang keledar kan?

Jangan malas. Tali pinggang keledar ini dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain. Pakai walaupun jarak destinasi yang ingin dituju itu adalah dekat. Nak pergi kedai dalam jarak 1 KM pun kena pakai tau!

2. Pakai dan ketatkan topi keledar.

Bagi penunggang motosikal & juga basikal, pastikan anda sentiasa memakai topi keledar ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan kepada seluruh bahagian kepala anda.

Dan, ketatkan tali semasa memakainya! Jangan setakat pakai, tapi talinya longgar. Nanti ia tidak memberi perlindungan yang sepenuhnya dan mungkin akan berlaku kecederaan jika terlibat dalam kemalangan.

3. Jangan pandu laju & awasi had laju.

Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila pandu di lorong paling kanan. Ingat, sentiasa berwaspada! Jangan fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan.

Mungkin ada kesesakan jalan raya di hadapannya nanti. Jika brek secara tiba-tiba, bahaya kan?

4. Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.

Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Jangan melintas sesuka hati. Bahaya! Lihat kiri & kanan dulu sebelum melintas ya!

5. Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.

Bagi pemandu yang mempunyai bayi, anda boleh letakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda tali pinggang keledar di kerusi tersebut ya.

6. Jangan guna telefon bimbit semasa memandu.

Ada tak dalam kalangan anda yang suka menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet & sosial media semasa memandu? Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda leka semasa memandu!

7. Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.

Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamat jika anda brek kecemasan.

Sumber: Sinar

iklan iklan saiz 250


0 Response to "Cermin pecah terkena batu pemesin rumput? Jangan panik.Ikuti langkah ini."

Post a Comment