1001 Khasiat Cekur. Rugi Besar Kalau Orang Perempuan Tak Amalkan Sebagai Ulam.



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive


Cekur atau nama botaninya Kaempferia Galanga merupakan tumbuhan dalam keluarga halia iaitu Zingiberaceae. Nama lain baginya ialah kencur. Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom yang mendatar dibawah permukaan tanah.

Kebiasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Negara kita tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu.

Kebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Untuk mendapat rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat dituai diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.

1. Memecahkan angin dalam urat saraf
Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan Air kencur:

2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air
Cara penyediaan:

Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan. Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.

2. Anti penuaan
Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitaminc dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.

3. Menguncup dan memulihkan rahim
Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang. Di samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.

4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin
Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin. Ambil akarnya yang berisi dan direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.

5. Membanyakkan susu ibu
Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu. Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.

6. Memberikan tenaga
Khasiat lain cekur ialah mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.

7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran
Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Rebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.

8. Sembelit
Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.

9. Menghilangkan gatal tekak
Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur.

10. Menyembuhkan bengkak
Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.

11. Menyembuhkan selsema
Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.

12. Menyembuhkan demam malaria
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.

13. Menyembuhkan penyakit resdung
Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.

14. Mengurangkan penyakit asma
Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.

15. Menghilangkan sakit gigi
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.

16. Menghilangkan kelemumur
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk menghilangkan kelemumur.

17. Memanaskan perut wanita lepas bersalin
Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.

18. Membuang angin dalam perut
Masyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk membuang angin dalam perut.

19. Mengubati sakit kepala
Masyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk mengubati sakit kepala.

20. Menyembuhkan luka dalam perut
Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut.

21. Membunuh kutu kepala
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk membunuh kutu kepala.

Khasiat lain cekur ialah:

Mengubati batuk.
Mengubati sakit tekak.
Meredakan demam panas.
Anti bakteria.
Anti fungus.
Anti keradangan.
Mencegah sakit sengal tulang.
Minum air rebusan pokok bagi merawat demam panas, pening, pitam dan darah tinggi.
Hidung berdarah dan penyakit puru boleh meminum air rebusan daun dan akar.
Melegakan muntah-muntah.
Itulah dia khasiat kencur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

iklan iklan saiz 250


0 Response to "1001 Khasiat Cekur. Rugi Besar Kalau Orang Perempuan Tak Amalkan Sebagai Ulam."

Post a Comment