Amalan Yang Papa Mama Kena Buat Untuk Lembutkan Hati Anak. Biar Tak Nakal Lagi



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive






amalan

Bukan mudah membesarkan anak di zaman yang sangat mencabar sekarang. Majoriti anak-anak walaupun masih di bawah usia 6 tahun tetapi sudah biasa dengan 'handphone'. Bayangkan berapa banyak maklumat dan pendedahan yang diperoleh oleh si kecil. Kalau  yang positif tak mengapa tapi kalau semuanya negatif, siapa yang tak risau.
Kanak-kanak memang terkenal dengan kelasakan dan 'kenakalan' mereka. Biasalah kalau budak-budak ada nakalnya, kita tak boleh harap mereka duduk diam 24 jam. Sebenarnya aktif dan 'nakal' kanak-kanak kerana mereka belajar banyak perkara di persekitarannya. Namun, demikian ada juga kalangan anak-anak yang terlalu aktif dan nakal hingga mengganggu orang lain atau persekitaran mereka.
Selain berusaha melakukan pelbagai tip dan kaedah mendidik anak yang dikongsi oleh para ilmuawan dalam bidang pendidikan awal anak, ibu bapa yang beragama Islam juga hendaklah berusaha mengamalkan amalan yang disarankan oleh para agamawan.
Ustaz Ismail Kamus, pendakwah terkenal turut berkongsi amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi melembutkan hati anak-anak.
1. Sediakan air satu jag.
2. Baca Bismillahirahmannirahhim sebanyak 786 kali.
3. Baca surah Yasin ayat 72 yang bermaksud "“Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” sebanyak 71 kali.
Selesai baca, tiup pada air dan bagi anak minum air tersebut. InsyaAllah anak akan mendengar kata dan tidak nakal. Sekiranya masih tak berubah, hendaklah diulang lagi amalan tersebut beberapa kali.
Selain dari amalan di atas, ibu bapa juga boleh membaca Surah Taha ayat 1-6 yang bermaksud
"Taa, Haa. Kami tidak menurunkan al-Quran ni kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah. Melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah. Diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas 'Arsy. Milik-Nyalah apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya, dan apa yang ada di bawah tanah."
Baca sebanyak 1000 kali. Jika tak mampu baca sekaligus boleh dibaca secara beransur-ansur.
Apabila selesai membaca, bila anak hendak tidur baca lagi sebanyak tiga kali dan ditiup di ubun-ubun anak-anak. InsyaAllah anak akan menjadi insan yang baik dan mendengar kata.


iklan iklan saiz 250


0 Response to "Amalan Yang Papa Mama Kena Buat Untuk Lembutkan Hati Anak. Biar Tak Nakal Lagi"

Post a Comment