4 Tips penjagaan bateri yang memanjangkan jangka hayat bateri telefon pintar



PM admin Jika ingin berikan iklan responsive

caj telefon
Kini, boleh dikatakana kebanyakan daripada kita sudah menggunakan telefon pintar. Ianya menjadi gajet wajib bagi memudahkan kita menguruskan urusan seharian seperti menyemak emel, menggunakan GPS untuk memandu, menghantar mesej dan sebagainya.
Apabila berbicara mengenai tips menjaga telefon pintar, antara topik yang hang diperkataka adalah mengenai teknik-teknik mengecas telefon agar bateri telefon tahan lebih lama dan tidak mudah cepat habis. Walaubagaimanapun, ada antara tips yang seringkali kita dengar hanyalah mitos semata-mata dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
smartphone
Berikut meruapakan antara mitos-mitos mengenai pengecasan telefon pintar yang seringkali kita dengar:

1. Menggunakan Telefon Yang Sedang Dicas Boleh Merosakkan Telefon

Tidak menjadi kesalahan menggunakan telefon yang sedang dicas. Pastikan ada menggunakan pengecas original atau yang berkuali, bukan pengecas murah yang tidak diketahui tahap keselamatannya.
Walaubagaimanapun, menggunakan telefon yang sedang dicas adalah tidak digalakkan. Sebelum ini, sudah terjadi kes telefon meletup ketika sedang dicas dan kes di mana pengguna terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon yang sedang dicas. Tidak dapat dipastikan punca terjadinya dua kes ini tetapi besar kemungkinan ianya berpunca daripada penggunaan pengecas telefon murah atau tiruan.

2. Menggunakan Pengecas Telefon Yang Murah Boleh Merosakkan Telefon

Betul pada kebanyakan kes. Pengecas telefon murah yang anda boleh beli di pasar malam tidak mengandungi ciri-ciri keselamatan yang boleh mendedahkan diri anda dan telefon anda kepada bahaya sepeti litar pintas.
Tidak mengapa melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan pengecas yang berkualiti. Jika tidak mampu untuk membeli pengecas kualiti original, beli pengecas telefon daripada jenama yang dipercayai.

3. Jangan Biarkan Telefon Dicas Sepanjang Malam Kerana Ia Boleh Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kebanyakan telefon pintar sekarang sudah mempunyai pengesan tahap indikator bateri, Apabila bateri sudah dicas penuh, telefon akan berhenti dicas. Mitos bahawa mengecas telefon anda sepanjang malam akan merosakkan bateri mungkin betul beberapa tahun lalu ketika telefon pintar baru sahaja diperkenalkan.

4. Mematikan Telefon Pintar Bagus Untuk Kesihatan Bateri

Seperti manusia, mesin juga perlukan waktu rehat. Untuk memastikan ketahanan dan jangka hayat bateri, sesetengah pakar mengatakan mematikan atau menutup telefon sekurang-kurangnya seminggu sekali dapat mememlihara bateri telefon agar tahan lebih


iklan iklan saiz 250


0 Response to "4 Tips penjagaan bateri yang memanjangkan jangka hayat bateri telefon pintar"

Post a Comment